Pages

Tuesday, August 18, 2009

sapa cium bontot...

pukul 7.10 pagi..
aku bertolak dari rumahku di bangi ke destinasi kerja di ibukota..
hari ni aku keluar agak lambat dari kebiasaannya. lambat 10 minit je..
hati berbicara, "takpe, jalan dah tak berapa jem sekarang ni, ramai orang dah kuar awal.."

radio memutarkan lagu-lagu pilihan masa kini. Hot FM menjadi pilihan tetap kancil 850 DAT224 plat Kelantan, kereta yg banyak berjasa ni. sepanjang aku mengenali DAT224 ni, pernah la sekali dia buat hal.. kira ok la... kedengaran suara Faizal Ismail yg membuat panggilan hangit sedang mentertawakan mangsa yg dihangitkan. hari ni dia keseorangan tanpa ditemani farah fauzana. agak suram dan kurang ceria AM krew bila tiada gabungan farah dan FBI.

aku meneguk air sarsi yg dibekalkan isteri untuk menghilangkan mengantuk. memang agak mengantuk memandu seorang diri di pagi hari. aku dah melepasi tol sg.besi yg sebelum ini menjadi tempat bermulanya kesesakan lalu-lintas. sampai sahaja di depan Desa Petaling, kereta mulai banyak dan bergerak perlahan-lahan. mulalah kesesakan lalu-lintas.. aku juga terpaksa mengharungi kesesakan ini untuk ke tempat kerja.

perlahan-lahan aku menggerakkan DAT224 mengikut tempo pergerakan kenderaan di hadapan. kenderaan di hadapan bersilih ganti. mataku berkedip-kedip.. terasa berat untuk membuka mata. alunan muzik di radio tidak dihiraukan lagi. air sarsi diteguk lagi.. segar seketika. perjalanan yg sgt lembab membuatkan aku 'mamai'..

Waja di hadapanku... zzzzzzzzzzz dan zzzzzzzzzz lagi...
'GEDEGANGGGGG' keretaku terhenti...
"kuang haja... sapa plak yg langgar belakang keta aku nih??" eh, takde plak...
kelihatan waja dihadapan yg berhenti..
"kuang haja punya aku, sapa suruh cium bontot waja nih??? mampos aku, bala menjelma untuk menghapuskan dosa2 kecilku..huhu"

nampaknya melayang la duit aku kali nih...

cerita seterusnya adalah babak2 berkenalan dan memohon maaf yg tidak perlu aku huraikan. bayar tetap bayar...

8 comments:

  1. ehemmmmmmm..........
    tu laaa,titon lg bwk kete tuh....
    aiseyy...abg nih...gaji pon x dpt lg dh hutang ngn org.....isy3

    ReplyDelete
  2. hg keja di ibukota kat mana?HQ ka?
    saja tanya.

    ReplyDelete
  3. KETA DEPAN TU TAK MAU JALAN.. LANGGAR JE LA.. HUHU..

    AKU KEJE KT HQ LA.. JLN SULTAN SALAHUDDIN..

    ReplyDelete
  4. eleh norihan tu tanya kot2 hang sepejabat dengan ahmad harizal dia...hehehehehe...cak?? cak??? menyampah aku tgk cerita sampah cak caka zwan ali tuh.

    ReplyDelete
  5. sapakah itu ahmad harizal?? doktor? majestret?

    ReplyDelete
  6. takziah tok naim...dugaan nak berpuasa barangkali...

    tinggal lg 2 hr..pas nie soh Muja bekalkan ayer kopi not sarsi..hehheehhe...tp kang dtg keje ari senin...jgn lak dok bt mintak ayaq kopi...x pasal2 kena tangkap pulak...

    ReplyDelete
  7. lor....patut pon jem smalam...aku antara mangsa terperangkap jem gara-gara si naim nih....tidak ku tau itu rupaya naim...memang ada nyumpah gak la smalam.

    ReplyDelete
  8. haha...ayer sarsi itu minuman feverit kami...
    hehehe=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...