Pages

Monday, November 22, 2010

Pokke oh Pokke..

ini adalah gambar seekor POKKE. ada jugak yang panggil menatang ni cicak Gecko @ Tokke. kalau dekat kelantan plak, orang panggil POKKO.

sebab apa aku letak gambar menatang ni?? sebab... masa kat kampung hari tu kecoh cerita pasal pokke ni. kecoh kat rumah aku je la.. sejak beberapa hari lepas, rumah pak haji man (ayah aku la) didatangi oleh menatang ni.. kejap2 keluar la bunyi menatang ni... camana bunyi dia ntah.. tak ingat plak aku.. apa yang menarik pasal menatang ni? dikhabarkan yg menatang pokke ni boleh dijual dengan harga yang mencecah 100 ribu ringgit malaysia.. sejauh manakah kebenarannya?? aku pun tak tau..

disebabkan khabaran inilah yang membuatkan semua orang kat rumah tu asyik cerita pasal pokke je.. kalau betul la boleh jual mahal, wahhh... pak haji man kayo... hahaha... pokke ni dikatakan dapat menjadi penawar kepada penyakit AIDS.. tu yg jadi mahal tu. dan menatang ni jugak sukar untuk dijumpai masa sekarang ni. pokke ni jugak adalah binatang yg sangat berbisa. dikhabarkan lebih bisa dari ular tedung. betulkah??

ada sesiapa nak beli menatang ni???



3 comments:

  1. POKKE DGN POK KO NI BERBEZA...

    ReplyDelete
  2. berbeda ke?? musykil aku.. nama hampir sama..

    ReplyDelete
  3. Kami mencari pokke untuk dibeli .Kami menawarkan harga yang paling tertinggi di negara ini.

    Berat minimum 380gram.
    Pokke mestilah original,tulen dan tidak disuntik.
    Pokke dari siam tidak diterima.
    Pokke batu (hanya lidah bulat) lidah bercabang tidak diterima- 3kg keatas sahaja.
    Hubungi segera En.Azmi Che Lam (Bang Mie) 013-9681093.
    Pastikan tulen,ori dan tidak disuntik.
    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...