Pages

Saturday, June 26, 2010

Edit Blog Layout

salam..

hmm... aku baru saja membaharui wajah blog ni. setelah begitu lama tidak edit background, mungkin boleh dikatakan tak pernah edit langsung sejak mula blog ni dilancarkan. so, sekarang ni nampak macam ok sikit la kot.
bukannya apa, sementara tunggu game Spain vs Chile ni, aku punya masa yg begitu banyak untuk edit blog. jadi, inilah hasilnya.. nampak menarik, kan???

Monday, June 21, 2010

Piala Dunia

assalamualaikum..

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Demam Piala Dunia sedang melanda. aku pun turut merasa kehangatan dan semangat Piala Dunia. kalau masa kecil2 dulu, aku langsung tak peduli dengan kehadiran piala dunia. mungkin kerana aku tidak begitu gemar menonton Siaran Langsung Bola Sepak. sekarang ni, sudah lain. aku dah mula minat menonton bola sepak. ada satu masa tu, aku cakap kat mak, aku nak ke kedai menonton perlawan Bola Sepak. mak jadi hairan. sejak bila pula aku suka tengok bola??? mak kata, dulu aku tak kisah langsung pasal nak tengok bola.. haha..

kalau dulu, aku suka main bola je.. tengok bola tak minat..

tapi sekarang ni dah terbalik.. nak main bola dah tak larat, so tengok je la..

berbalik kepada piala dunia, bagi aku Piala Dunia 2010 agak berlainan dengan yg sebelum2 ni. bagi edisi kali ni, banyak keputusan2 yg tidak dijangka berlaku.

pasukan2 gergasi banyak yg tumpas.
terlalu banyak keputusan seri.
susah sangat nak tengok gol.
banyak pasukan main bertahan je..

so, kesimpulannya, agak hambar la.. tapi aku tetap akan mengikuti perkembangan Piala Dunia. aku ramalkan Argentina akan menjadi juara edisi 2010. Majulah sukan untuk negara.

saya yg melaporkan,

Thursday, June 3, 2010

Bila Boleh Tetap???


assalamualaikum...


sekarang dah masuk bulan Jun 2010. habis je bulan ni, genaplah setahun aku berkhidmat di Jasa Kepada Rakyat ni...


Kontrak aku adalah 2 tahun. Kalau mengikut kebiasaan sebelum2 ini, kontrak SPA macam aku akan diserap ke jawatan tetap sebelum cukup setahun... adakah aku pun akan menerima kebiasaan yg sama... macam tak je... hu, kena tunggu lagi la... dan sebenarnya aku tidak suka menunggu sesuatu yg belum pasti..


persoalan yg timbul..


1) adakah aku akan diserap ke jawatan tetap??


2) bilakah aku akan diserap??


3) adakah kontrak aku akan ditamatkan selepas 2 tahun dan aku tidak akan diserap?


4) sekiranya aku tidak diserap ke jawatan tetap selepas 2 tahun, adakah kontrak aku akan dilanjutkan?


5) kalau kontrak aku tidak dilanjutkan, ke manakah hala tuju aku??


TIDAKKKK...


naim, think positif... aku pasti akan diserap ke jawatan tetap... aku pasti boleh.. hahaha...


selamat maju jaya naim ab rahman.


saya yg menurut perintah,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...