Pages

Wednesday, August 26, 2009

maafkan aku, aku bukan yg sempurna..

emak,
maafkanlah segala kesalahan anakmu ini,
anakmu ini telah banyak menyusahkan emak,
anakmu ini telah banyak menyakiti hati emak,
anakmu ini terlalu mementingkan diri,
anakmu ini lupa pada segala jasa emak,
anakmu ini telah banyak berdosa padamu,
maafkan aku kerana aku bukanlah anak yg sempurna untukmu,
maafkan aku emak..

ayah,
maafkanlah segala kesalahan anakmu ini,
anakmu ini memang degil,
anakmu ini tidak pernah memahami ayah,
anakmu ini selalu membelakangi ayah,
anakmu ini selalu lupa menghormati ayah
anakmu ini banyak memberi masalah padamu ayah,
maafkan aku kerana tidak menjadikan impianmu satu kenyataan,
maafkan aku ayah..

abang, kakak, dan adik2ku,
maafkan aku,
aku telah banyak menyusahkan kamu semua,
aku memang mudah lupa pada jasamu,
aku terlalu mementingkan diriku,
aku selalu mengganggu hidup kamu,
aku selalu menyakiti hati kamu,
maafkan aku kerana tidak menjadi ahli keluarga yg baik untuk kamu,
maafkanlah aku..

kawan2ku,
maafkan aku,
aku lupa pada kebaikanmu,
aku tidak berterima kasih atas pertolonganmu,
aku marah atas kesilapan kecil yg kamu lakukan,
aku selalu menyusahkan kamu,
aku selalu memburukkan kamu,
aku terlalu mementingkan diri,
maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat yg baik,
maafkan aku kawan..

isteriku,
maafkan aku,
aku selalu menyusahkan kau isteriku,
aku selalu mementingkan diriku,
aku selalu lupa pada tanggungjawabku,
aku bukanlah suami yg baik padamu,
aku selalu lupa pada kamu,
aku selalu meletakkan kamu pada yg terakhir,
kerana yg terakhir itu adalah yg teristimewa bagiku,
aku bukanlah suami yg tahu menilai kebaikanmu,
aku tidak pernah berterima kasih padamu,
aku selalu memarahi kamu,
aku selalu gagal menunaikan permintaanmu,
aku mengecewakan kamu,
aku mudah lupa pada janji2ku,
aku terlalu mementingkan diri,
aku selalu menitiskan air matamu,
maafkan aku kerana tidak menjadi suami yg sempurna buatmu,
maafkan aku sayangku..
maafkan aku..
maafkan aku..

maafkan aku atas segala dosa dan kesalahanku..

ikhlas,

1 comment:

  1. nie pa hal nie, sentimental sngat nie...terharu2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...