Pages

Monday, November 26, 2012

Salam 0-3 Malaysia

Salam 0-3 Malaysia...

Harimau Malaya longlai di depan ribuan penyokong sendiri.
Siapa punya angkara?
Sang singa membawa bala bencana.
Siapa punya angkara?
Si Raja Eksperimen kelu bicara.

Harimau Malaya..
Bangkitlah!!!

Friday, October 5, 2012

Happy 4th Anniversary

Salam,

Sedar tidak sedar dah 4 tahun aku melayari hidup berumah tangga. Terasa masa berlalu terlalu pantas. Pantas sehinggakan tak sempat untuk aku mengejarnya. Banyak yang aku pelajari dalam kehidupan rumah tangga ni. Hanya bagi mereka yang telah mengalaminya yang tahu pahit manis hidup bersama keluarga sendiri. Yang pastinya, aku bahagia dengan kehidupan ini walaupun kurasakan belum cukup sempurna.

Semalam tanggal 4 Oktober 2012, genap 4 tahun aku dan isteri hidup bersama. Kalau diikutkan dah 10 tahun kami saling mengenali. Sejak dari zaman belajar di KYPM Kota Bharu. Kenangan bersama tidak akan aku lupakan.

So, semalam kami sambut hari bermakna ni di Restoran Horizon Garden Seri Bangi. Sambutan yang ala kadar sahaja. Cuma makan-makan dalam mood yang romantik. Tapi takde la sampai candle light dinner.
 
 
Sesi bergambar wajib sebelum makan.

Di depan Restoran.

 
Ini je la menu ringkas yang kami makan. 

Semoga perhubungan yang suci ini kekal sehingga ke dalam syurga Ilahi. Amiin..

Tuesday, September 25, 2012

Suami isteri

Salam..

Tadi pagi, dengar radio Panas.FM.
Dalam kereta nak pergi kerja.
Cerita pasal 'perkara kecil yang boleh buat gaduh'.
Serius lucu.

Ada satu kes laki bini.
Sampai nak cerai-berai.
Sebab ubat gigi.
Tekan dari bawah kata isteri.
Suami suka tekan kat tengah.
Gaduh.

Kes lagi satu.
Suami pengotor.
Suka buka seluar dalam.
Gulung-gulung jadi bentuk nombor lapan.
Gaduh.

Serius lucu.
Dunia ni memang pelik.
Manusia super pelik.
Suka cari gaduh.

Suami isteri perlu tolak ansur.
Bukan tolak menolak.
Bila tidak sebulu, perlu bincang dengan tenang.
Jangan sampai tegang.

Suami isteri perlu banyak sabar.
Bukan ikut nafsu.
Guna akal yang waras.
Bukan amarah.

Suami isteri perlu saling menghormati.
Bukan keras hati.
Suami perlu dihormati.
Isteri perlu disayangi.

Saturday, August 11, 2012

Kasih ibu

video

Iklan ni memang sangat menyentuh jiwa. 
Sayangilah mereka selagi mereka masih ada.

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhanku tanpamu

Selamat menyambut Ramadhan.

Mungkin agak terlewat ucapan ini diungkapkan. Dah masuk hari ke-11 Ramadhan. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya.

Ramadhan tahun ini sangat berbeza. Perbezaannya memang jelas aku rasakan. Dengan ketiadaan bonda tercinta, hilang satu kebahagiaan menyambut Ramadhan. Hilang satu dahan tempat aku berpegang. Duka hati tiada siapa yang tahu.

Sudah hampir setahun Mak pergi menghadap Ilahi. Jujur aku katakan, aku masih bersedih atas pemergiannya. Masih belum terubat luka di jiwa. Pedih. Sangat pedih. Seperti ada bom masa yang sedang berdetik di dalam dada ini. Mak sentiasa ada dalam ingatanku. Tidak sedetik pun aku mampu melupakannya.

Tahun lalu, Ramadhan pertama aku masih bersama Mak. Berbuka bersama beramai-ramai di kampung. Memang indah. Sehari sebelum puasa kami masih bersuka-ria menghabiskan masa bersama. Sangat bahagia. Sehinggalah Mak jatuh sakit pada minggu seterusnya. Aku berulang-alik ke hospital. Minggu akhir Ramadhan, minggu paling menyedihkan. Sehinggalah mak menghembuskan nafas terakhir pada Hari Raya Ke-2. Bersamaan 31 Ogos 2011.

Mak, selamat menyambut Ramadhan..
Ramadhanku tanpamu..


Wednesday, June 27, 2012

Kehilangan

Kehilangan

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..

Tuesday, March 6, 2012

Itu Bukan Aku

Aku bukan anak hartawan,
Untuk kau minta segala kemewahan.

Aku bukan seorang cendekiawan,
Untuk kau rujuk semua soalan.

Aku bukan seorang sasterawan,
Untuk kau tagih kata pujangga.

Aku bukan orang kenamaan,
Untuk kau puja jadi kebanggaan.

Aku bukan pahlawan,
Untuk kau jadikan benteng serangan,

Aku hanyalah seorang insan,
Untuk kau jadikan teman penunjuk jalan ke Syurga Idaman.

Friday, February 10, 2012

Rumah kena pecah

Salam.

Rumah aku kena pecah masuk masa cuti minggu lepas. Aku balik kampung kat Selama Perak, si celaka2 ni berdatukmaharajalela plak kat rumah aku. Aku beli rumah ni untuk aku suka2 hati, tapi diorang suka2 hati buat rumah ni macam diorang yang beli. Lahanat tul pencuri tarbus ni.

Apa yang hilang?
Pencuri ni tak dapat cari barang2 kemas bini aku. Atas kebijaksanaan seorang isteri menyorokkan barang kemasnya, maka terselamatlah ia. Apasal la bini aku tak sorokkan TV tu sekali? Kalau tak, takde la hilang TV 2 bijik. TV murah kat dapur dia takmau curi. Dia baham TV besar2 je.

Hei si pencuri.
Aku sumpah kau jadi TV 50inci setiap seorang sebagai ganti TV aku yg korang curi tu.

*kalau hukum hudud dijalankan di negara ni, mungkin akan berkurangan kes2 kecurian ni.

Thursday, February 9, 2012

ayahku kahwin lagi

Sejak kebelakangan ini, lagu "Ayahku kahwin lagi" memang asyik bermain-main dalam kepala aku ni. Sape yang nyanyi lagu ni pun aku tak tahu.

Huh..memang ayah dah kahwin lagi. Selepas 5 bulan pemergian mak. Semoga ayah bahagia di samping isteri barunya. Ayah kahwin dengan seorang janda anak sepuluh. Jadi sekarang ni anak ayah dah ada 20 orang. 10 anak kandung, 10 anak tiri. Pening kepala bila difikirkan.

Kalau diberi peluang untuk menyatakan pendapat kepada ayah, memang semua anak2 ayah tidak akan bersetuju dengan keputusan ayah. Bukan tak bagi ayah kahwin lagi, tapi memikirkan beban yang ayah perlu tanggung selepas dia berkahwin dengan makcik beranak sepuluh ni.

Tapi, jodoh di tangan Allah. Ayah telah selamat diijab kabulkan dengan isteri barunya. Semoga ayah bahagia dengan pilihan yang dibuat. Kami anak2 hanya boleh berdoa demi kebahagiaan ayah. Harap makcik baru dapat jaga ayah dengan baik.

*sedih sangat bila teringatkan arwah mak.

Friday, January 6, 2012

Melayu dan Islam

1. Sepatutnya orang Melayu tidak bermasaalah berkenaan agama mereka. Semua orang Melayu beragama Islam. Sejak sebelum merdeka lagi, dimasa penjajahan oleh British pun mereka semua beragama Islam. Jika mereka tidak beragama Islam maka mereka tidak diiktiraf sebagai orang Melayu. Apabila Malaysia merdeka, Perlembagaan negara menentukan bahawa walaupun mereka berbahasa Melayu dan beradat-istiadat Melayu, tetapi jika tidak beragama Islam, mereka bukan Melayu.



2. Perjanjian dengan British oleh Raja-Raja Melayu mengandungi larangan terhadap pendakwah Kristian mengkristiankan orang Melayu. Justeru itu tidak ada orang Melayu yang beragama Kristian dan hilang identiti sebagai Melayu.

3. Mungkin dari segi pengetahuan dan amalan, ramai orang Melayu tidak mencerminkan peribadi Islam sepenuhnya tetapi mereka tetap mempertahankan keislaman mereka. Bahkan mereka akan marah jika mana-mana pihak berkata mereka tidak Islam.



4. Orang Melayu juga tidak menghadapi masaalah kelainan mazhab. Mereka semua adalah dari kumpulan Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah, berimam dengan Imam Shafie. Dengan itu tidak ada perbezaan fahaman agama yang boleh memecahbelahkan mereka. Perpecahan dan permusuhan seperti yang terdapat di antara Sunni dan Syiah tidak terdapat dikalangan orang Melayu. Sudah tentu tidak berlaku bunuh-membunuh kerana kelainan mazhab antara mereka seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab.



5. Sesungguhnya orang Melayu amatlah bahagia kerana menikmati Islam yang tidak berbeza-beza. Apabila seruan dibuat supaya orang Melayu bersatu untuk menentang Malayan Union, dengan mudahnya mereka menyahut seruan, mereka bersatu tanpa mengambilkira dari negeri mana mereka datang.



6. Tetapi sekarang orang Melayu Islam di Malaysia sudah berpecah dan bermusuh-musuhan dengan teruknya sesama mereka. Agama yang satu, mazhab yang sama tidak terdaya menangkis serangan oleh ahli politik yang menciptakan syarat-syarat baru bagi agama Islam demi politik duniawi yang dikejar oleh mereka ini.



7. Oleh kerana syarat dan tafsiran-tafsiran ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith-hadith yang sahih atau dalam mana-mana kitab tulisan ulama-ulama silam yang muktabar, maka majoriti daripada orang Melayu Islam menolak syarat-syarat ciptaan mereka yang berkepentingan ini. Dengan itu berpecahlah orang Melayu Islam kepada dua kumpulan yang saling bermusuh antara satu sama lain.



8. Hasil dari perpecahan ini maka berlakulah sembahyang dua imam, larangan perkahwinan antara ahli dan penyokong parti yang tidak terima syarat-syarat ciptaan pemimpin parti dan perkuburan berasingan antara yang tidak terima dengan yang terima.



9. Yang lebih buruk lagi ialah ketaksuban pengikut kepada pemimpin ini sudah sampai kepada tahap menghalalkan apa sahaja yang dilakukan atau diperkatakan oleh pimpimpin. Apabila pemimpin berkata orang Islam boleh mencarut, kerana Tuhan juga kononnya mencarut, tidak ada sesiapa daripada anak buah pemimpin yang membantah, atau menegur pemimpin berkenaan. Demikianlah apabila pengikut yang taksub dengan pemimpin mendakwa bahawa pemimpin mereka adalah sama dengan nabi, tidak ada pembetulan atau bantahan daripada pemimpin berkenaan dan penyokong-penyokongnya.



10. Agama Islam di Malaysia sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya sudah menjadi luntur kerana Islam diperalatkan untuk kepentingan politik duniawi. Orang Melayu yang bahagia kerana bangsa mereka dikait secara langsung dengan agama Islam, sudah hilang nikmat yang datang dari ikatan ini. Hasilnya ialah perpecahan, kelemahan dan kehinaan. Hasilnya ialah mereka menjadi pengemis di negara sendiri, pengemis yang meminta-minta sokongan dari orang lain. Mereka yang mengemis tetap akan menjadi orang suruhan kepada yang membantu mereka.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tuesday, January 3, 2012

2012

Tahun 2012.

Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Begitu juga aku, semoga menjadi insan yang lebih baik. Di dunia dan akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...