khamis, 13 ogos 2009.
jangan biar otak jadi beku...
hari ni aku sampai office awal, seawal jam 8.00 pagi. takde jem sgt hari ni. tak macam semalam, sgt2 jem..sampai office dah pukul 8.45.. lewat la maknanya... itu la masalahnya kalau hujan di pagi hari.. jalan akan jadi sesak sgt...KUALA LUMPUR kota kesesakan...
dah pukul 11 pagi. baru lepas siapkan kerja yg ditangguhkan dari hari Isnin hari tu. bukan ditangguhkan sebab aku malas, tapi sebab bos takde nak semak surat. so, hari ni dah siapkan dan dah hantar untuk dipos kepada si penerima.
apa yg akan aku buat hari ni?
a) jalan2 kacau orang buat kerja
b) pergi bilik wan azhar dan tido
c) main FM season3
d) tunggu keje baru sambil buat2 ade keje
dah 35 hari aku memperhambakan diri di sini.. kerja dah ade la sikit2. belum banyak kerja lagi. ataupun memang kerja tak banyak. kalau macam ni la kerja kat sini, memang aku goyang kaki. mana boleh goyang kaki je.. tak nak la makan gaji buta je.. tapi aku buat keje jugak.. bukan aku tak buat keje langsung. cuma keje aku tak banyak. takkan la aku nak mintak buat keje orang lain plak. hehe..
kalau dulu keje kat SHAL CORPORATION, aku memang kaki rayau. mana nak lekat kt office. ade je keje aku kt luar. kalau takde keje pun, aku tetap keluar. jalan2 cari makan. tapi sekarang, aku kena duduk je kat sini walaupun takde keje.. tunggu habis waktu keje..
hari masih muda... mungkin nanti ade lagi keje selambak untuk aku.. apa yg ada dalam kepala hotak aku sekarang ni adalah, 'bila gaji nak masuk da???'
No comments:
Post a Comment