Pages

Thursday, August 20, 2009

rabu=movie night

hari rabu=movie night...

dulu masa kt UM ada boling day iaitu hari selasa..

sebab hari selasa boleh main boling dengan harga murah iaitu 4game 10ringgit.

dekat Bangsar Shopping Centre je..

tapi BSC dah takde boling dah sekarang nih..


memang xtvt di hari rabu malam khamis adalah menonton wayang.

di mana?? ALAMANDA Putrajaya... sebab?? MURAH.. berapa?? RM6 seorang..
so aku selalu pergi menonton dengan cikgu Siti Mujahadah. 2orang.. so kena bayar RM12 je la.. bagi aku yg tak berapa kaya ni, kena la cari masa yg boleh dapat tiket murah untuk menonton wayang. tak mau membazir la...

semalam aku menonton.. cerita melayu.. diulang, filem MELAYU... diulang lagi, filem MELAYU..
ye la, sapa lagi yg nak sokong wayang kita.. kalo bukan kita..kan,kan.. aku sokong citer2 melayu yg agak boleh layan je.. kena tgk pengarah gak.. dan sebelum nak pi tgk citer tu, kena la tanya2 org dulu, sedap ke tak citernye.. kalo tak best memang la aku takmau tgk..
SETEM.. filem arahan Khabir Bhatia.. tayangan unggul..
pelakonnya adalah, afdlin shauki, rashidi ishak, vanida imran, sathia, Que haidar, Indi nadarajah dan ramai lagi la.. jalan citer mengisahkan beberapa kumpulan yang ingin mendapatkan setem lama yg bernilai $4juta.. banyak la scene2 yg menarik dalam citer ni yg akan membuatkan anda tidak mahu berganjak dari tempat duduk.. (ye la, dah bayar tiket, buat apa nak berganjak plak kan..)


memang bising la satu panggung tgk citer ni. gelagat afdlin shauki memang mencuit hati.. wife aku yg duk sebelah asyik gelak je tak henti2.. sesekali dia bertanyakan sesuatu pada aku..

"kenapa camtu?"

"kenapa camni?"

"dia buat ape?"

"dia kata ape?"

aku yg sedang asyik menonton ni, jawab je la semua soalan dia. ntah betul ke tak, aku jawab je.. hehe..
keseronokan menonton citer setem membuatkan wife aku nak tgk sekali lagi.. tak pernah aku tgk wayang citer yg sama 2 kali.. tak pe la, nanti kita cari kat internet je la yek..
kepada sesiapa yg masih belum tengok, boleh la tgk citer setem ni..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...