konvokesyen...
time konvokesyen ni ada plak dibuka gerai2 yg menjual pelbagai barangan seperti, bunga, hadiah konvo, pakaian, dan segala macam benda la.. oleh itu, gerai2 ini dinamakan gerai konvo..
seperti biasa, konvo ni dibuat selalunya serentak bagi semua institusi pengajian tinggi. kalau bukan serentak pun, dalam lingkungan masa yang hampir sama la.. sepanjang majlis konvokesyen ni berlangsung iaitu lebih kurang seminggu, maka gerai konvo pun seminggu la.
aku tidak ketinggalan untuk meluangkan sedikit masa untuk ke gerai konvo bersama isteri tercinta, siti mujahadah bt md kamal (nama sebenar). namanya disebut disini atas permintaannya tuan punya nama. hehe..
wife aku ni telah secara senyap2 membuat jadual dan rancangan untuk mengunjungi beberapa gerai konvo di beberapa universiti sekitar lembah klang. antaranya adalah Universiti Malaya (gerai konvo paling best), Universiti putra Malaysia (sunyi sepi) dan UKM (belum dikunjungi).
satu lagi universiti yg turut tersenarai adalah Uniten. kedudukan rumahku yg strategik iaitu di kawasan yg berhampiran 3 universiti ni telah memudahkan isteriku untuk menjayakan rancangannya.
setakat ni aku telah diheret ke 2 lokasi gerai konvo iaitu UPM dan UM. seperti dinyatakan di atas, gerai konvo UM memang the best manakala suasana di UPM agak suram dan lengang. mungkin kerana terkena tempias langkah berjaga2 H1N1. maka student UPM mengambil langkah bijak agar tidak bersesak2 di gerai konvo.
kalau diikutkan jadual, semalam iaitu hari ahad sepatutnya giliran gerai konvo UKM. tapi rancangan tidak dapat dilaksanakan kerana sebab2 tertentu. tapi aku pasti minggu ni akan tercapai juga cita2 isteriku untuk mengunjungi gerai konvo UKM.. aku memang pasti.. ikut je la...
memang seronok tengok student bertungkus-lumus menguruskan gerai masing2..
ye...pasti....
ReplyDeletememang pasti...
jgn lupe janji mu mlm nih abg.....
i love u=)
janji??? ade ke??
ReplyDeleteabg mungkiri janji lg................
ReplyDeleteuis,toksah nk gaduh2 kat blog ni,kat umh dah le...hehe....jgn marah ar
ReplyDelete