Pages

Friday, December 23, 2011

Kursus at Pangkor

Aku ada kat Pulau Pangkor ketika ini. Menjalani kursus Pengurusan Risiko anjuran KPKT. Kursus dijalankan di Pangkor Coral Bay Resort. Hotel ni berapa bintang tak tau. Tapi, keselesaan ok la jugak. Cuma makanan biasa2 saja.

Duduk kat hotel ni tak nampak pun pantai. Padahal sebenarnya dekat je ngan pantai. Mung aku masih tak berpeluang utk ke pantai sebab sibuk berkursus.

Pada asalnya aku nak bawa datin datang sama. Tapi bila tengok balik tentatif program, macam agak sibuk jugak la. Kesian pulak kalau datin ikut sama. Takkan nk duduk kat bilik hotel je. Kenderaan nak jalan2 pun takde. So, datin ambil keputusan utk tidak ikut sama. Maka, seorang diri je la aku drive ke lumut dan naik ferri ke sini.

Inilah kali pertama anak jati perak ni jejakkan kaki di Pangkor Island. Esok nak terus balik kampung. InsyaAllah.

Kepada datin, lain kali kita datang sama2 ye.

Wednesday, December 14, 2011

Bila dia tiada

Seperti menjadi satu kebiasaan, bila hujung tahun menjelma, bila disember tiba.

Hanya aku. Di rumah sepi ini.

Bila dia tiada. Bila dia ke sana. Pulang ke pangkuan keluarga. Tanpa aku. Hanya dirinya.

Aku tetap di sini. Menatap dinding. Merah dan hitam. Lakaran indah. Hiasan tanda cinta. Aku dan dia.

Aku masih di sini. Menunggu kepulangannya. Untuk menceriakan kembali, rumah sepi ini.

Pulanglah.

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu

Fakta : aku tidak menangis.
Auta : Datin juga tidak menangis.

Datin memang dah lama menunggu nak tengok Filem Ombak Rindu ni. Nak dapatkan tiket pun agak susah sebab tiket selalu habis. Demi nak menunaikan hasrat Datin yang nak sangat tengok filem ni, aku usahakan jugak la..

Mula-mula sebelum tengok filem ni, aku takde la meletakkan harapan yang tinggi. Semuanya gara-gara tengok cerita Lagenda Budak Setan. Ingatkan sedap sama macam novel. Tapi serabut..
Tapi lain pulak dengan Filem adaptasi novel Ombak Rindu ni. Jalan ceritanya lebih tersusun dan mudah untuk difahami. Tidak terlalu terburu-buru dalam menterjemahkan sesuatu babak seperti dalam novel.

Cerita ni memang agak menyentuh perasaan. Ramai yang menitiskan air mata dalam panggung.

Thursday, December 8, 2011

100 hari

Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari kak Norli.

"Hari ni genap 100 hari emak pergi meninggalkan kita semua... Al Fatihah."

Emak sentiasa dalam hati kami.

Saturday, November 12, 2011

Berkorban apa saja

Raya haji.
Aku pulang beraya di kelantan iaitu kampung isteriku. Ramai orang kata raya haji di kelantan meriah. Memang aku akui ianya lebih meriah jika dibandingkan dgn negeri lain. Kerana ibadah korban dijadikan upacara utama. Setiap keluarga pasti akan mengambil bahagian. Rasa seperti betul2 menghayati raya haji.

Rindukan keluarga di perak. Rindu mak. Rindu ayah. Berkorban apa saja.

Monday, October 31, 2011

2 bulan sudah.

31 Oktober 2011. Genap 2 bulan pemergian Bonda tercinta. Semoga mak ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amiin.

1.  Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2.  Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
3.  Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
4.  Yang Menguasai hari pembalasan
5.  Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
6.  Tunjukanlah kami jalan yang lurus
7.  (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani)

(Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, dengan segala keterbatasan mencuba memaknai kalam-Mu)

Pengembaraan ke pulau langkawi

Pada minggu lalu, aku dan isteri telah bercuti ke Pulau langkawi. Aku ambil cuti 2 hari, iaitu Khamis dan Jumaat. Rabu plak memang cuti Deepavali. So, dapat la cuti lama sikit. Jadi, ni la gambar2 sepanjang percutian kami.

Dataran Lang UnderRenovation la pulak
Tetap nak bergambar walaupun under renovation.
Di hadapan Makam Mahsuri.
Ni Telaga Mahsuri.
Aktiviti membeli minyak gamat.
Depan Langkawi Cable Car. Beratur panjang nak naik kereta kabel ni.

Berjaya jugak sampai atas. Di atas jambatan yg bergoyang-goyang ni.

Mandi di Tasik Dayang Bunting. Pemandangan yg sangat cantik di sini.
Beras Basah Island.
Di dalam Under Water World.
Banyak ikan besar2 kat sini.
Di sebelah Under Water World ada Coco Valley. Time for Shopping.
Pantai Cenang. Destinasi terakhir sebelum pulang.

Tuesday, October 11, 2011

11 oktober

naim : Hello mak, Assalamuaikum.
mak : Waalaikumsalam.
naim : mak, hari ni hari lahir naim.
mak : oo..selamat hari lahir.
naim : terima kasih mak sebab lahirkan dan membesarkan naim. jasa mak tak dapat naim balas. sayang mak.
mak : ye la. dah tua dah. buat perangai elok-elok. jangan malas-malas lagi.
naim : ye mak.

11 Oktober.
Setiap tahun aku akan telefon mak pada tarikh ni. Dan dialog di atas akan terjadi. Tapi tahun ni lain. Sepi tanpa mak. Aku rindu mak.

Monday, October 10, 2011

Hari Keluarga

Pada 8 dan 9 Oktober 2011 yg lalu, PIMB/PP (tempat kerja aku) buat hari keluarga. So, aku comfirm la kena pergi bersama Datin Mujahadah. Aktiviti ni mmg seronok. Diadakan di Pantai Kuala Linggi. Tempat ni memang best jugak la. Memang sesuai untuk aktiviti2 macam ni.

Setiap organisasi memang seharusnya mengadakan hari keluarga kerana aktiviti ini banyak mendatangkan kebaikan dan dapat lari dari kerja2 yg menimbun buat sementara waktu.

On the way balik ke Bangi, aku dan Datin sempat menginggah di Teluk Kemang, Port Dickson. Minum ABC dan air kelapa serta bergembira.

Wednesday, October 5, 2011

Happy 3rd anniversary

4 oktober 2008. Tarikh yg menyatukan kami berdua.

Semalam 4 oktober 2011. Genap 3 tahun aku dan isteri mengharungi hidup bersama. Semoga perhubungan suci ini kekal hingga ke akhir hayat. Amiinn.

Monday, September 26, 2011

Hijrah

Setiap manusia perlu berhijrah. Hijrah mencari kehidupan yang lebih baik. Hijrah kepada kebahagiaan. Hijrah mencapai kejayaan.

Banyak perkara yg berlaku di luar dugaan. Segalanya berlaku dgn begitu pantas. Aku penat. Mungkin hijrah ini punya hikmah.

Friday, September 23, 2011

kenangan

Cerita kenangan.

Dulu kalau tengok cerita melayu kat TV dengan mak, memang best.Sebab mak mesti akan keluarkan nasihat yang penuh tersirat. Kalau tengok cerita kisah ibu bapa yang dibuang anak-anak, mesti mak akan kata

"Nanti bila mak dah tua, dah tak larat, mesti hangpa pun buat mak ayah macam tu. semua takmau nak jaga mak. Kalau mak duduk dengan hangpa, mesti selalu kena marah. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Lepas tu, hantar mak pi rumah orang tua."

Kami anak-anak hanya akan diam dan tersenyum. Jauh di sudut hati menafikan kata-kata mak.

Sekarang memang kami tak sempat nak jaga mak. Mak dalam kenangan...

Sunday, September 4, 2011

Kuseru rindu itu

5 hari pemergian mak. Rindu semakin dalam.

Mak tetap dalam ingatan. Dalam setiap nafasku.

Friday, September 2, 2011

2 syawal 31 ogos. Emak telah kembali...

2 syawal 1432H bersamaan 31 ogos 2011. Emak telah kembali. Kembali mengadap Tuhan Maha Pencipta. Kembali ke Rahmatullah.

Semoga roh emak ditempatkan bersama orang2 beriman.

Tuesday, August 30, 2011

Doa untuk emak

Jam sudah hampir 4.00 pagi. Aku masih di sisi emak. Membacakan surah yasiin untuk emak. Mengajar emak menyebut nama Allah, Tuhan maha pengampun. Sebak di hati. Tidak dapat dibendung lagi. Kuulang bacaan ayat suci AlQuran ditelinga emak. Air mata emak mengalir perlahan. Tanpa suara. Tanpa bicara. Yang ada cuma lirikan redup mata emak yg terbuka sedikit.

Aku masih di sisi emak. Di pagi raya. Hampir terlupa kehadiran syawal. Di saat orang lain bermimpi bersuka di hari raya. Aku masih di sini. Berdoa kepada Tuhan maha kuasa. Menyebut kalimah 'kun fa ya kun'. Diulang-ulang. Moga Allah kurangkan kesakitan emak.

Monday, August 29, 2011

Malam Raya: Emak

Malam raya. Emak masih di ICU. Begitu juga anak2 mak. Ayah setia di samping mak.

Kata Doktor. Mak semakin lemah. Tenat.

Doa pada Allah. Semoga ringan derita emak. Amiin. Allah maha kuasa.

Friday, August 26, 2011

Menjelang Raya

Tinggal lagi 4 hari sebelum menjelang raya. Masih tiada mood raya.

Mak sedang berada di Bilik Pembedahan.

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Emak 3

23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432H.

Jam 6.50 petang, mak kembali ke Wad ICU. Hanya 3 hari mak berada di wad biasa selepas keluar wad ICU hari tu. Semua anak2 kembali bersama mak selepas sehari pulang ke kota. Kembali risau. Dan semakin risau.

Friday, August 19, 2011

Ramadhan Emak 2

Hari ni dah genap 7 hari mak kat ICU. Setiap hari aku akan call Kak Norli untuk tanya keadaan mak. Alhamdulillah, hari demi hari keadaan mak semakin baik. Itu berita yang aku terima setiap hari. Semoga mak cepat sembuh dan kembali seperti sediakala. Amiinn.

Esok, insyaAllah aku akan pulang untuk lihat keadaan mak di hospital. Semoga segalanya berjalan lancar.


Rindu untuk melihat mak kembali sihat.

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Emak 1

Semakin hari semakin serabut. Aku senyum, tapi dalamnya sangat pahit. Aku ketawa, tapi dalamnya ada tangisan.

Aku semakin serabut hari demi hari. Jiwa rasa bercelaru. Hati cepat terasa. Dalam hati ada taman. Sangat sensitif. Bila terkenangkan Emak.

Ya, Emak. Dah masuk hari ke-6 emak di ICU Hospital Taiping. Rasa sebak sentiasa bermain dalam hati. Bila dilayan pasti tidak dapat dibendung. Aku sebak.

Sejak Hari Jumaat lepas lagi emak dimasukkan ke ICU Hospital Taiping. Ramadhan mak tanpa sedar. Ramadhan mak dengan kesakitan. Aku nampak kesakitan mak. Aku dapat rasa di setiap tubuh mak. Kesakitan. Dan ia mengalir ke setiap salur darahku.

Aku sempat bersama mak ketika dia masih sedar pada hari Jumaat. Sebelum dia dimasukkan ke ICU. Mak masih boleh bercakap. Masih masih mampu tersenyum. Aku mohon ampun pada mak kerana lambat pulang. Sambil tangisan yang tidak dapat aku bendung. Aku sakit melihat keadaan mak. Mak hanya tersenyum.

Sehinggalah mak ditidurkan. Diberikan bantuan pernafasan. Semakin sebak.

Ya Allah, Kau ringankanlah kesakitan yang mak alami. Ringankanlah ujian-Mu ini Ya Allah. Semoga mak kembali ceria. Seperti dahulu.

Monday, August 8, 2011

Eat, Pray, Love

Semalam, Hari Ahad minggu pertama Ramadhan. Bangun tidur dah tengahari. Biasalah hari minggu. Tidur mau lebih. InsyaAllah aku akan berubah. huhu.

Sememangnya Datin akan menonton Melodi pada hari Ahad. Sementara menunggu si suami bangun tidur. Teruk tul si suami. Bila nampak je aku turun, Datin terus berbicara. "Aduh, peningnya duduk lama-lama dalam rumah ni... Jom keluar." Haha..ayat nak ajak keluar jalan-jalan memang ada klass.

So, hari ni mau ke mana? KLCC? Tidak! Aku sudah muak dengan KLCC. Sejak zaman bercinta asyik ke KLCC. Aku sudah bosan. Jauh sangat la KLCC.. The Mines. Ok, setuju. Sambil aku angguk2 kepala dan senyum. Nak beli 'tetikus tanpa wayar' kata Datin. Katanya 'tetikus tanpa wayar' boleh membuatkan laptopnya jadi pantas. Aku setuju sahaja.

Jadi, kami ke The Mines. Tidaklah terlalu jauh dari rumah. Mengambil masa 15 minit sahaja. Dekat. Aku suka. Jalan-jalan dalam The Mines dari jam 3 hingga jam 6. Setelah mendapatkan 'tetikus tanpa wayar', kami pun keluar. Perlu mencari tempat untuk berbuka puasa. Dan pilihan Datin adalah Chop N Steak Sri Serdang. Aku setuju juga. Aku tidak cerewet tentang makanan. Asal boleh, semua aku sebat.

Selepas membuat tempahan, aku ajak Datin ke Bazar Ramadhan Serdang. Mencari murtabak sedap. Bazar Serdang sudah tidak semeriah tahun2 sebelum ini. Agak kurang peniaga di sini. Mungkin peniaga semua sudah lari ke Bazar Putrajaya dan Bazar Bangi. Di sana lebih meriah. Mungkin.

Selepas kenyang menikmati Chicken Chop dan Chicken Rice Sizzling, kami mula merancang tempat untuk menunaikan Solat Maghrib, Isya' dan Terawih. Dan semestinya Masjid UPM menjadi pilihan. Menunaikan Solat Terawih 8 rakaat. Keberatan untuk meneruskan hingga 20 rakaat.

Pulang ke rumah sebelum jam 10 untuk menonton Perlawanan Bola Sepak. Man United lawan Man City.

Ramadhan

Salam,

Sekarang dah masuk minggu kedua Ramadhan. Alhamdulillah, minggu pertama Ramadhan dapat aku tempuhi dengan jayanya.

Hari pertama, aku berpeluang berpuasa di kampung bersama keluarga tercinta. Dan aku juga berpeluang berbuka bersama mak dan ayah. Lepas berbuka barulah aku pulang semula ke kota Kuala Lumpur. Nikmat berbuka bersama keluarga adalah sesuatu yang tiada tandingannya. Memang sangatlah bahagia. Akan ku nantikan peluang begitu sentiasa.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Amiin..

Tuesday, August 2, 2011

Pakcik Kayooo...

 Bukak je emeil, terus baca yang ni. entah Sape la insan pemurah ni.

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
           
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.
Reply to: mrs.shahsillabinti@live.com.my


aku akan jadi kayoo dalam sekelip mata. huh. 

Friday, July 29, 2011

Harimau vs Singa

"Hari ni kita mesti menang. Hapuskan kebongkakan sang singa." kata Datuk Harimau.

"Hari ni kita main guling-guling je. Jangan serius sangat. Kalau harimau sentuh sikit kita jatuh guling-guling. Itu strategi kita. Mari tambah lagi keangkuhan kita." kata Singa Import.

Aku benci Singa.

Monday, July 25, 2011

Demam.

Isnin.
Aku ke pejabat seperti biasa.
Ada lawatan tapak di Gua Musang.
Esok hari. Sila hadir.
Arahan dari Bos.
Saya Yang Menurut Perintah.

Selasa.
Pukul 6.30 pagi. Sudah keluar rumah.
Ke Gua Musang.
Bersama Bos.
Dan Bos kepada Bos.
Lunch hour. Makan ikan Klah.
Mahal.
Makan durian Musang King.
Banyak.

Rabu.
Mesej. "Bos, saya EL. Kurang sihat."
Malas.
Malam. Mari menonton wayang.
Maraton.

Khamis.
"Sayang, abang rasa macam deman."
"Kenapa malas kerja ni?" balas datin.
Huhu. Hidupkan enjin motosikal, pergi kerja.
Di pejabat, pening. Terus ke Klinik.
Terima kasih doktor.
MC 2 hari.

Jumaat.
..................zzzz.................

Aku memang jarang sangat demam. Setahun mungkin sekali je demam. Dan bila demam, memang susah. Sakit badan.
Masa sekolah dulu, lagi jarang demam. Mungkin ada demam. Tapi aku sendiri pun tak tahu aku demam. Demam dan tak demam, sama saja. Kerana aku sentiasa bersukan bila petang. Gaya hidup sihat.
Tapi sekarang, bukan lagi gaya hidup sihat. Tapi gaya hidup SEHAT dan LEBIH SEHAT.

Sekian. Aku demam, mak pun demam. Rindu mak. Rindu ayah.

Monday, July 18, 2011

Lagi Best.


Lagi best.
Wo..oo..oo..

Lagi Best.
Wo..oo..oo..

Lagu ni bermain-main di fikiran sejak pagi tadi. 
huh..

Friday, July 15, 2011

Blog Datin Terhebat.

Semalam.

Buka blog Datin. Wajah Rahsia Hati.

Dah semakin ramai Follower.

Dah lebih dari blog aku.

Datin senyum lebar sambil membuat muka riak. haha..

Comel sangat.

Teka-Teki 2

Petang semalam masa balik kerja dah dapatkan cara untuk cari jawapan Teka-teki tu.

Dan jawapannya, aku salah lagi.. haha.. Demm..

Firasat aku selalu salah.

Thursday, July 14, 2011

ASTRO tayang Liverpool vs Kelab Divisyen 2 China. Sengal..

Bayar mahal, tapi nak tayang siaran langsung bola sepak pasukan negara pun tak boleh.
Malaysia lawan Arsenal tu. Takkan takmau tayang. Sengal betul la.
Sanggup pulak pi tayang siaran langsung kelab Divisyen Dua China main lawan Libepool..
Ceh.. Sengal ganda 32.

Punya la aku tunggu siaran langsung semalam. Tengok info, takde.
"Info ni salah kot." ayat nak sedapkan hati.
Datin dah 4 kali tanya, bola pukul berapa? Huh..
Dah la aku cancel tengok wayang sebab nak tengok bola. Boleh pulak takde Live.

Nak salahkan siapa?
Astro tak mampu nak buat Live Malaysia main.
RTM plak dah hilang semangat kecintaan pada negara.
Asyik tayang drama yang ta berkualiti je.

Malaysia kalah 0-4


Rasa nak campak je dekoder Astro.

Wednesday, July 13, 2011

Teka-teki

Teka-teki teka tekuk,
Ular mati dalam mangkuk.

haha.. ni la teka-teki paling femes masa kecik2 dulu. Walaupun semua orang dah tau jawapannya, tapi teka-teki ni tetap femes. haha..

Aku memang suka dengar teka-teka. Boleh menguji minda. Berfikir di luar kotak. Berfikir melangkaui kemampuan otak. Berfikir secara kreatif. Tapi kalau jawapannya tak masuk akal, memang menyakitkan hati. Setiap teka-teki mesti ada jawapannya. Kalau yang jenis suka bagi teka-teki, lepas tu taknak bagi jawapan, memang menyampah. Baik kau tak payah bagi teka-teki kalau jawapannya adalah rahsia. Punya la penat orang duk fikir jawapan, lepas tu kau kata jawapan dia semua salah, dan kau tak pulak nak bagi jawapan yang betul. Memang kau ni sangat menyakitkan hati.

Ok, kenapa aku keluarkan entri pasal teka-teki. Sebabnya aku memang ada satu teka-teki yang sedang bermain di fikiran. Aku memang tak boleh tenang selagi tak tau jawapan daripada teka-teki ni. Jadi aku akan membuat tanggapan bahawa jawapan yang aku berikan adalah betul dan menggembirakan aku. Tapi ianya tetap hanya satu tanggapan selagi tidak dibuktikan.

Jadi, harap2 boleh dapat tau jawapan daripada teka-teki ni. Biarpun jawapannya adalah lain dari tanggapan aku, aku akan terima.

Apa teka-tekinya?? haha.. rahsia.. sakit hati tak?

Thursday, July 7, 2011

Sekali Lagi; Cinta itu milik kita..

Rabu, wayang RM7. dan naik harga. dulu RM6 je.. semua nak naik harga.. ape pun tak boleh..

Ok, bukan nak cerita pasal harga naik. SEKALI LAGI.. tak dapat tengok T3 minggu ni. SOLD OUT. Best sangat ke ha citer T3? sampai boleh habis tiket? takpe la, minggu ni tengok cerita melayu lagi dengan Datin.

SEKALI LAGI.. lakonan Shahizey Sam, Lisa Sughihani dan adik Mia Sagha. Rating aku bagi 5/10. Kedekut betul aku bagi Rating. haha.. Ok, review sikit citer ni.

Mengisahkan seorang ibu tunggal (Lisa Sughihani) yang membesarkan seorang anak perempuan (adik Mia Sagha) setelah ditinggalkan suami. Juga mengisahkan seorang lelaki yang mengidap penyakit Autistik (Sam). Kisah sedih + lucu terjadi apabila Emi (mia) dan Arman (Sam) mula berkawan rapat.

"Awak ni menade la.." kata adik Mia Sagha.

Tuesday, July 5, 2011

Rindu.

Dah lama tak balik kampung. Setiap kali nak balik, mesti ada hal yang menghalang. Huh. Rindu sangat nak balik kampung. Rindu pada Mak dan Ayah serta keluarga yang lain.

Kali terakhir aku balik kampung awal bulan April yang lalu. Abang Mat bertunang masa tu. Jadi, dah masuk 3 bulan tak balik kampung. Tapi setiap bulan jumpa mak dan ayah sebab mak ayah datang KL bulan Mei dan Jun. Terubat sikit rindu.

Minggu ni masih lagi tak dapat nak balik kampung. Datin dah 3 minggu berturut-turut ada aktiviti di sekolah pada hari Sabtu. Guru2 sekarang ni dah semakin sibuk. Lebih sibuk dari guru2 zaman dulu.

Keinginan berjumpa dengan ahli baru keluarga Haji Ab.Rahman terpaksa ditangguhkan lagi. Ahmad Khalid Iman, anak Kak Norli yang baru lahir hampir sebulan yang lepas. Harap2 cepat boleh balik kampung.

Friday, July 1, 2011

Setiap hari lubang yang sama

Memang betul tajuk kat atas ni. Setiap hari aku masuk lubang yang sama.

Setiap hari pergi kerja naik motosikal. Melalui laluan motosikal dari Bangi ke Damansara. Sebelum pukul 8.00 pagi kena keluar dari rumah. Untuk sampai di pejabat sebelum 8.30 pagi.

Bila sampai je kat laluan terowong bawah 'flyover', memang akan masuk lubang yang sama. terowong gelap memang tak nampak jalan yg berlubang. huh.. bila sampai je kat terowong tu, mesti tak ingat kedudukan lubang tu. memang masuk lubang la..

Huh. Bila la jalan motosikal nak elok..

Thursday, June 30, 2011

Pasar Malam

4.00 ptg.

Dato': Malam ni nak makan apa?
Datin: Takpe, hari ni balik awal. Boleh pergi Pasar Malam kat Seksyen 7. Nanti beli je la..
Dato': Ok, ape2 pun boleh..

Nasib baik datin tak ajak aku pi pasar malam. hehe

5.15 ptg.

Datin: Abang, pasar malam baru bukak la. takde ape2 lagi. Awal sangat.
Dato': ye ke?
Datin: A'ah, nanti la tunggu abang balik kita pergi sama-sama.

huhu..

Dengkuran umpama Enjin Lori.

3 hari aku di AnCasa Allsuite Port Dickson. Menjalani Kursus Induksi Modul Khusus. Biasalah, kerja gomen ni, sebelum sah jawatan kena kursus dulu. huh..

Kehidupan 3 hari memang biasa2 saje. Walaupun hotel dekat dengan pantai, tapi takde masa nak menghayati ketenangan dan keindahan pantai. Asyik dengar ceramah je.

Satu perkara yang paling tak best adalah waktu tidur yang diganggu. Aku diletakkan sebilik dengan seseorang yang berbadan besar sangat. Ya, lebih besar dari aku. aku badan kecil. haha.. Bila waktu tidur je, memang aku diganggu dengan bunyi dengkuran yg sangat la kuat. dah macam bunyi enjin lori. 2 malam aku tak cukup tidur.

Dewan Kursus, 8.30 pagi - 9.30 pagi.
Tidur... huh..

Orang yang badan besar ni memang dengkur kuat ke? minta dielakkan...

Saturday, June 25, 2011

Bihun Sup Usahawan Muda vs. Burger Otai vs. Burger Mc.D

Balik dari Karnival Usahawan SMK Perimbun. Menyokong aktiviti sekolah Datin. Makan Bihun Sup dalam mangkuk kecil dibeli di gerai Usahawan Muda. Mangkuk kecil. Nak beli Nasi + Sambal + Ayam Goreng, tapi ramai sangat orang. Ayam tengah goreng 'Pakcik'. Aku dipanggil 'Pakcik'. huh!! Lapar lagi ni.

Datin sangat cantik.
Balik rumah dengan perut masih lapar.
Niat hati nak beli burger Otai depan Anugerah Cafe. Tapi terbeli Burger McD di seberang jalan. Juga Ayam Goreng McD utk Datin dan MJ. Ayam sorang seketul je. Budget RM2.80 dah jadi RM18.00.

Sekarang sedang makan Burger McD depan TV sambil baca buku Catatan Nizam Sani. Kelakar.
Buku kecil sangat. Macam buku Hutang 555

SEPAH menang la wei..

Dah ramai yang update pasal Maharaja Lawak. Memang pantas.

Semua orang dah tahu, siapa yang menang. S.E.P.A.H. Ya, memang Sepah yang menang. Mengalahkan JOZAN, Nabil dan JAMBU. Mungkin ramai yang menyangka JOZAN akan menang pada malam ini. Tapi, dengan persembahan mantap dari SEPAH telah mengenepikan Dominasi Jozan setiap minggu.

Apa yang aku nampak malam akhir ni, hanya SEPAH yang membuat persembahan menarik. Memang tidak boleh disangkal lagi kemenangan Sepah memandangkankan persembahan yang mereka lakukan setiap minggu memang konsisten.

RM 400 Ribu menjadi milik Sepah. Banyak tu. Lebih baik masuk Maharaja Lawak dari masuk AF.

Sepah memang Sempoi..

Friday, June 24, 2011

KL Gangster Best.

Niat nak menulis entry baru asyik terbantut je bila buka Blog. Sebab bila buka blog je terus datang rasa nak membaca blog orang lain dulu. Bila dah baca blog orang lain yg best2, terus hilang idea yang aku fikir sebelum ni. Ciss, hampeh tul..

Ok, cerita pasal hari rabu lepas. Member2 JKR ajak main badminton kat Titiwangsa lepas kerja. Sexcited nak main sebab dah lama tak belasah main dgn diorang ni. Tapi harus diingat bahawa hari rabu adalah hari bersama keluarga. atau dengan kata lain, hari menonton wayang bersama yang tersayang. FullStop.

Jadi, aku harus ketepikan kepentingan peribadi demi kepenting bersama. hehe.. Makanya, pergilah Dato' dan Datin ke ALAMANDA Putrajaya untuk buat menonton wayang. Dan cerita apakah yang ditonton??

Aku taknak la cerita sinopsis cerita ni. Nanti ada plak yang kata hilang keterujaan nak menonton bila baca sinopsis. tapi kalo nak tau jugak sinopsis dia, korang boleh tengok kat blog lain la. banyak je..

Aku bukannya peminat cerita2 arahan anak UcopSelam ni.Dan aku bukannya tengok citer ni sebab ada SethTanNowaElenayangkononromantikgiler ni. tapi bila tengok je ada gambar MailLambung (ZizanRL) aku memang rasa nak tengok je citer ni. Lantak la cerita ni arahan pengarahkononpandaiberlakontapikaku tu. Tapi cerita ni memang best berbanding cerita2 arahan sebelum ni. Dan memang boleh dipuji la cerita ni. BEST. Dan memang layak untuk dapat kutipan filem melayu tertinggi. Tahniah kepada SoulAnakUcopSelam. Cerita lu memang best bro, tapi lu berlakon tetap kaku.

GoodLuck kepada anakucopselam ni. buat la cerita yang best lagi.

Wednesday, June 22, 2011

Debat Ala-Parlimen

Masa sekolah menengah dulu, aku diperkenalkan dengan Debat Ala-Parlimen. Aku tak faham pun apa yg dimaksudkan dengan 'Ala-Parlimen'. Kenapa perlu ada perkataan tu. Dan aku juga sempat menjadi pelatih kepada Pasukan Debat Sekolah. Tapi tak sempat wakil sekolah. Sempat belajar skill2 debat je la sikit2.

Dan semalam, buat pertama kalinya aku masuk Parlimen. Aku bertugas di Dewan Rakyat sebagai Wakil Pegawai dari KPKT. Sebagai pencatat soalan2 berkaitan KPKT. Sebelum ni aku hanya pernah sampai dekat pagar Parlimen sebab tersilap jalan je, dan buat pusingan-U sebab takut tengok Polis depan pagar. haha..

Pengalaman berada di dalam Dewan Rakyat memang agak menyeronokkan. Melihat perbahasan antara Ahli2 Parlimen mengenai isu2 kepentingan negara. Juga agak menyeronokkan melihat tatacara dan peraturan berada dalam Dewan Rakyat. Perlu beri tunduk hormat kepada Yang Dipertua Dewan setiap kali hendak bangun dan duduk. Walaupun YDP tak lihat pun tindakan kita tu.

Bahasa yang digunapakai oleh YB semasa berbahas juga perlu mengikut peraturan. Tidak dibenarkan berkata kesat dan melemparkan tuduhan terus kepada Ahli Dewan yg lain. Penggunaan perkataan 'dengan izin' kerap digunapakai. Aku agak kurang pasti sebab penggunaan perkata tersebut dalam perbahasan. Bila diperhatikan secara mendalam, baru aku sedar yang perkataan 'dengan izin' digunakan dalam perbahasan apabila perkataan bahasa inggeris ingin digunakan.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian aku adalah sering berlaku pertengkaran antara Pihak Kerajaan dan Pembangkang yg sentiasa tidak setuju dengan pandangan lawan masing2. Pertengkaran sehingga mengeluarkan kata2 hina kepada pihak lawan memang menggegarkan dewan sehingga YDP sendiri tidak tahan dengan tindakan sesetengah Ahli Dewan.

Walaubagaimanapun, keadaan akan kembali tenang setelah YDP berjaya mengawal ketegangan yg berlaku. Memang agak mencabar apabila menjadi seorang YDP. Walaupun pertengkaran begini sering berlaku, ianya adalah untuk mencari penyelesaian terbaik dalam satu2 permasalahan yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia. Memang perlu wujudnya pembangkang dalam sesebuah organisasi untuk mencambahkan idea bagi kebaikan organisasi. Tetapi tidak perlulah keterlaluan sehinggakan perkara2 kebaikan pun dibangkang demi kepentingan sendiri dan membelakangkan kepentingan ramai.

Satu pengalaman yang menarik walaupun terpaksa pulang lewat malam.

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Kalau aku seorang bapa.

1. Aku akan jadi bapa yg terbaik untuk anak-anakku.

2. Aku akan sentiasa berada di sisi anak-anak dalam apa jua keadaan.

3. Aku akan ajarkan mereka cara menjadi anak yang soleh dan solehah.

4. Aku akan ajar mereka berdikari.

5. Aku akan ajar mereka berakhlak mulia dan menghormati orang lain.

6. Aku akan ajarkan mereka cara berkasih sayang.

7. Aku akan ajar mereka menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

8. Aku akan ajar mereka mengenali keindahan Islam.

9. Aku akan ajar mereka menghargai kehidupan.

10. Aku akan pastikan mereka bangga menjadi diri mereka.

Selamat hari bapa 'ayah'. Ayah adalah sumber inspirasi untuk aku lebih berusaha. Semoga aku dapat menjadi bapa yang sehebat ayah.

Thursday, June 9, 2011

Permaisuri sudah pulang.

Bangun pagi,
Pasti ada orang di sebelah.

Baju kerja,
Sudah siap digantung tepi pintu.

Sarapan pagi,
Siap dalam bekas Tupperwere.

Pergi kerja,
Ada orang melambai di pintu.

Bakul baju kotor,
Pasti akan kosong semula.

Ruang tamu,
Kemas kembali.

Pulang kerja,
Ada orang menunggu.

Nasi Kukus,
Selamat tinggal.

Nasi 'towednesday',
Sayonara.

Daging goreng, Tomyam ayam,
Menjadi santapan malam.

Nora Elena,
Menonton berdua.

Maharaja Lawak,
Ketawa bersama.

Permaisuri sudah pulang,
Berdua kan lebih baik...


Saturday, June 4, 2011

kalau aku seorang guru.

salam,

dah 3 hari aku keseorangan. bila cuti sekolah menjelma, memang aku akan keseorangan. bosan bila duk sorang2 ni. aku nak berborak dengan sape? datin muja dah balik kampung la. cuti sekolah, memang dia balik kelantan. balik sekejap je tu. 4-5 hari je.. nanti balik la..

kalau masa zaman sekolah dulu memang suka sangat bila cuti sekolah. boleh duduk rumah bermanja dengan mak ayah. boleh pergi jalan2. dah tak payah nak bangun awal2 pagi, siap2 pergi sekolah.. boleh bermalas-malas di rumah. haha.. memang best cuti sekolah.

tapi sekarang dah tiada makna lagi cuti sekolah ni. cuti sekolah 2 minggu, bagi guru2 memang la seronok boleh cuti lama2. tapi bagi yang bukan guru, biasa je... sama jugak, kena kerja.. kan best kalau aku pun seorang guru. cuti sekolah, laki bini cuti. 2 minggu cuti, seminggu di kelantan, seminggu di perak.. wahhh, seronok sangat. kalaulah aku seorang guru.. guru tuition tak boleh kira la..

boleh ke aku jadi seorang guru?


kalau aku seorang guru, pasti aku tidak akan keseorangan di hari cuti sekolah.. hehe..

Wednesday, June 1, 2011

Terhenti Di sini

Terhenti Di Sini.

Sedangku membaca wajahmu,
Senyumanmu menggambarkan sesuatu,
Jika kau fahami isi hatiku,
Ku tak ingin waktu terhenti tanpamu.

Dirimu menyalahkan semua erti,
Tapi diriku masih terhenti di sini,
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti,
Namun diriku masih terhenti di sini.

Andai kau dapat memahami,
Bahawa ku menanggung semua ini,
Bukan niatku ingin kau pergi,
Kerna ku masih terhenti di sini.

Tiada daya untuk ku lakukannya,
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta.



Tuesday, May 31, 2011

siapa abang chik

umur 9 tahun.

bangun pagi je main guli. ajak kawan2 tepi rumah. main guli memang best. walaupun takde faedah ape pun. tengah dok syok2 main guli, adik pompuan aku datang dekat aku.

"abang chik, mak panggil balik." adik aku nama siti.

"hang pi la balik dulu. jap lagi abang balik la." aku jawab.

adik aku pun berlalu pergi. tetiba dengar kawan2 aku dok gelak kuat.
"hahaha..abang chik. banci penduduk. banci penduduk, banci penduduk." kata mizi mula mengejek aku.

"woi, diam la. ada yang nak kena ni." balas aku.

"banci penduduk. banci penduduk."

"woi goji. tak guna. hang mai sini.****@#$#%." memang aku marah.

maka terjadilah pergaduhan antara aku dan mizi.pergaduhan antara budak lelaki 9 tahun. mizi ni badan dia besar jugak. tinggi. aku pulak kecik je. dalam masa tak sampai seminit aku dapat jatuhkan mizi. terus aku paut leher dia dari belakang sambil duduk atas badan dia. hahaha.. merah muka dia.. bila dah macam nak lemas je, baru aku lepas. dia terus lari balik rumah.

aku balik rumah. "siti, hang jangan panggil abang chik dah." panggil abang je. kalau dak siap la hang. sejak hari itu tiada lagi panggilan abang chik.

sejak hari tu jugak, mizi dah tak berani cari gaduh dengan aku.

Monday, May 30, 2011

polis baikkk punye...


jangan sembarangan keluarkan kata-kata. silap kata membawa padah.

seorang wanita berusia 19 tahun bakal dibicarakan atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang polis. apakah kata-kata yang dikeluarkan sampai boleh kena masuk mahkamah ni?

"polis bodo" katanya.. satu laporan telah dibuat kerana 2 perkataan tersebut. tak pasal-pasal plak. sensitif orang zaman sekarang ni. so, jangan la sesedap mulut je nak kata kat orang lain.

lepas ni, kalau ada sesiapa yang mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati orang lain, harap cepat2 la minta maaf. boleh membawa padah kalau kata-kata tersebut dikeluarkan kepada manusia-manusia yang terlebih sensitif ni.

tak boleh ke kalau selesai luar mahkamah je? rasa macam kelakar la plak bila masuk mahkamah sebab perkara-perkara remeh ni.

yang perempuan ni pun tak boleh ke berbahasa sopan sikit. bahasa kan budaya kita. kalau kau kata "polis baikkk punyeee" mesti tak jadi masalah.

Tuesday, May 24, 2011

Aku Budak Tadika Islam

Hari ni lain dari hari2 sebelumnya. aku bangun awal. mak dah kejut aku bangun awal pagi. sama pagi dengan abang mat yang nak pergi sekolah. sama awal dengan kak norli yang nak pergi sekolah. memang hari yang lain dari sebelum ni. dan perasaan aku juga terasa kelainan itu.

sejurus selepas mandi, aku memakai pakaian yang mak sediakan. kenapa aku tak pakai baju sama macam abg mat. kenapa tiada pakai seragam sekolah? aku hanya memakai pakaian biasa yang aku pakai harian. agak hampa. setelah siap berpakaian, mak menyambil sisir dan menyisir rapi rambutku ke tepi. kemas. "pergi tunggu tokwan kat depan." kata mak selepas menyapukan bedak ke mukaku. aku menuruti arahan mak sambil menyapu-nyapu muka yang agak keputihan kerana bedak yang tebal.

"mak, kenapa kena tunggu tokwan? ayah mana?" soalku. mak berlalu tanpa memberi jawapan. meninggalkan aku di tangga depan rumah. aku mencari jawapan sendiri. ayah awal2 pagi lagi dah keluar berniaga ikan. aku menunggu sambil menongkat dagu. mana tokwan.

5 minit menunggu, tokwan pun sampai dengan motor buruknya. aku pun bersalaman dengan mak dan mencium tangannya. dengan perlahan aku memanjat naik motor tokwan. tak sampai. mak mengangkat aku dan diletakkan di belakang tokwan. peluk tokwan. aku sayang tokwan. tokwan selalu tersenyum. seperti juga aku.

"mak, pi mak, assalamualaikum.."

aku ke tadika islam. kenapa aku tidak ke tadika yang sama dengan abg mat? abg mat belajar di tadika kemas semasa dia berumur 6 tahun. kenapa aku tidak dihantar ke situ. mungkin aku tidak cukup bijak, fikirku. di tadika islam tiada permainan. serba kekurangan. pelajar yang ada pun sangat sedikit. mungkin 10 orang. kawan2 setadika denganku yang masih kuingat adalah Paeh, Juki, Lan, Farid Abdullah, amen dan syuar. Pain anak Pakcik syukur hanya sekejap di tadika islam. Lepas kejadian aku kejar dia di tadika islam, dia terus lari ke tadika kemas yang terletak tidak jauh dari situ. dan dia kekal di situ.

di tadika islam tiada permainan. agak bosan. waktu rehat kami hanya diberikan sebiji bola untuk bermain. berkejaran kami bermain bola hingga ke tengah jalan. belajar menulis jawi. tiada belajar menulis rumi. belajar membaca Muqaddam, tiada cerita dongeng dari guru2. hanya dibekalkan pensil kontot. sebatang pensil yang dipatah 3. mewarna menggunakan warna lilin. tiada pensil warna Luna. aku memandang sepi ke arah rakan2 sebaya yang belajar di tadika kemas. mereka bermain riang di taman permainan. ada jongkang-jongkit, ada buaian dan ada papan gelongsor. aku ingin berada di situ. kenapa aku dihantar ke sini.

kenapa aku di tadika Islam?

kerana ayah mahu aku faham Islam sejak kecil.

Monday, May 23, 2011

blog ni dah berusia 2 tahun

Salam...

Bila aku tengok balik entry aku yg pertama, baru aku sedar yg blog ni dah berusia 2 tahun. Kalau la blog ni adalah seorang anak kecil, pasti ia dah boleh berlari2 anak. Haha...

Pada awalnya aku pun tak tahu apa tujuan aku menulis. Kalau masa sekolah dulu, jangan harap la aku nak tulis karangan secara sukarela. Selagi cikgu tak suruh buat karangan jangan harap la nak menulis. Disebabkan sikap yang malas buat karangan masa sekolah dulu, maka memang agak susah la untuk aku menulis entry yg menarik. Jadi aku pun hanya menulis kisah2 peribadi. Hanya sekadar untuk mengabadikan kenangan yang aku lalui seharian.

Jadi apa tujuan aku menulis? Saja suka suka...

Blog dgn iPhone4

Salam... Aku cuba nak menulis blog menggunakan iPhone4. Macam agak susah je. Jadi aku tulis pada notes, copy dan paste semula pada blog. Macam pelik je cara ni. Haha.. Kenapa aku nak tulis blog guna iPhone plak? Mana laptop? Ade je, saje aku nak tulis dengan cara lain plak. Ade ke cara lain untuk tulis blog guna iPhone?

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru

salam semua.

selamat hari guru. selamat hari guru. selamat hari guru.

masa sekolah dulu, hari guru adalah hari yg best. cikgu2 akan naik ke pentas dan menyanyikan lagu "kami guru malaysia".. so, dapat la dengar suara merdu cikgu2. dapat la tau cikgu mana yg pandai menyanyi. bukan senang nak dengar cikgu menyanyi wei..

hari guru jugak, para pelajar akan buat persembahan. ada yang bersajak, nyanyi nasyid, koir, ada jugak yg buat pentomen. tak tau pentomen?? ala, yang berlakon tapi tak keluarkan suara tu.. ada background muzik dengan suara orang baca sajak dan bercerita je.. pelakon hanya melakonkan watak tanpa dialog. ok, faham.

cikgu2 memang suka sangat la hari guru ni. masa ni la cikgu2 akan dapat hadiah daripada para pelajar yang menghargai pengorbanan mereka. ada yang dapat bunga, dapat cokelat, mug, pen dan macam2 lagi la.. dan jugak berserta kad ucapan. palajar2 plak memang bersemangat untuk memberikan hadiah. mesti sehari sebelum tu dah suruh mak ayah beli hadiah. mak ayah jugak la yg kena keluarkan duit beli hadiah.

aku pun ada jugak la bagi hadiah kat cikgu2 yang mengajar aku. bagi hadiah apa, aku dah tak ingat la.. sebenarnya nilai hadiah bukanlah sesuatu yg diharapkan oleh seorang guru, cukuplah sekadar diri mereka dihargai.

pagi tadi masa dalam perjalanan datang office, aku cuba ingat balik nama cikgu2 yang pernah mengajar aku. antaranya adalah, cikgu rosnah, teacher ng. , cikgu siti zawiyah, cikgu razak yusuf, teacher rozita, ustaz yunus, ustazah samsiah. ni semua cikgu2 sekolah rendah. cikgu2 sekolah menengah memang ramai sangat la yang aku masih ingat. tak larat pulak nak tulis nama sorang2.

bagi aku kerjaya sebagai seorang guru ni memang sangat mulia. aku memang sangat mengagumi kerjaya seorang guru. walaupun nampak macam senang, tetapi hanya guru yang tahu beban yang dipikul. di sebalik senyuman seorang guru, tersimpan seribu masalah dan kesulitan yang perlu difikirkan.

terima kasih cikgu.

pagi tadi, tetiba aku rasa sebak bila menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan masa sekolah rendah. lagu yang dicipta oleh cikgu razak yusuf. masa sekolah dulu, menyanyi tanpa perasaan. sekadar membuat persembahan. bila sekarang ni, dinyanyikan balik, memang menyentuh hati.

engkau mendidik dan membimbing,
mengajar kami berdikari,
demi wawasan yang suci murni,
guru-guru.

engkau bekerja sepenuh masa,
jadi kemegahan anak bangsa,
moga tercapai cita-cita,
guru-guru.

bagiku engkaulah ratu,
pelita di kala ku merindu,
engkau yang disayangi dihormati,
guru-guru.

jasamu akan ku sanjung tinggi,
baktimu kusematkan dihati,
suci sejernih embun pagi,
guru-guru.

tiada seindah kata-kata,
kuiring sekalung doa,
bahgialah hidupmu sentiasa,
guru-guru.

buat isteri tercinta, cikgu siti mujahadah binti md. kamal, jadilah seorang guru yang terbaik. curahkan ilmu seikhlas mungkin. jalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan sepenuh hati. pasti jasamu akan dikenang hingga akhir hayat.

selamat hari guru.

Wednesday, May 11, 2011

mak datin dan anak ikan

salam semua,

orang kata, kalau berbelanja kenalah berhemah.
membeli biar yang perlu, jangan ikut nafsu.
kalau tak perlu, jangan beli.

beberapa hari yang lepas aku telah berbelanja. agak besar perbelanjaannya.
beli apa dato' harimau? beli telefon bimbit.
kenapa panggil telefon bimbit ha?

wei dato', bukan ke kau baru je beli henpon hujung tahun lepas?
eh, ye ke? hujung tahun ke? bukan ke dah lama tak beli henpon?

hehe..
bukannya sengaja aku nak membeli henpon baru. henpon lama dah rosak la..
masuk air. bateri kong kong. tukar je la bateri baru. kohkoh..

atas jasa baik seorang mak datin yg sanggup memayung aku.
aku ni kira macam anak ikan mak datin ni la. opss...
terima kasih datin hajah muja atas hadiah harijadi tu. haha..

jasamu akan dikenang.

kata2 keramat datin: "nanti bagi hadiah harijadi kat sayang plak ye. warna putih."

kau ado?

henpon dah best, tapi tak reti guna. ape kes?

Sunday, May 1, 2011

Bila si dia tengok TV


dengan semangatnya nak sangat tengok citer Lake Placid.

dengan semangatnya tercongok di depan TV.

bila nak keluar buaya yg ganas ni.

menunggu penuh debaran.

terus menunggu setiap babak.

bila adegan terkejut.. dia menjerit!!!

bila ada benda jatuh.. dia menjerit!!!

bila orang jatuh sampan.. dia menjerit!!!

bila buaya pemangsa tiba.. dia tutup muka dan menjerit!!!

sampai habis cerita pun dia tak dapat tengok buaya..

kata-kata keramat si dia, "takde keja lain ke nak main kat tempat tu, pergi la tempat lain. pergi la Rantau Panjang ke, KB Mall ke, Wakaf Che yeh ke.."

Wednesday, April 27, 2011

Red Warrior vs. Gergasi Merah Kuning

kisah bola sepak tempatan, Liga yg sgt SUPER..

Kelantan sekali lagi menunjukkan kehebatan dengan mengalahkan selangor poyo dengan jaringan gol 1-0. gol seawal minit ke-4 oleh norshahrul idlan talaha sudah cukup untuk membuktikan selangor hanyalah pasukan adik2 sahaja.

ada member yg tanya aku kat FB. aku sokong mana, kelantan ke, selangor. aku jawab, "jangan tanya aku sokong mana, tanya la aku tak sokong mana, sebab lebih senang untuk aku jawab. pasti jawapannya adalah SELANGOR."

"Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut." ulasan Kosmo. perkataan 'dibantu' memang membawa seribu makna.

Memang dah terang lagi bersuluh dan memang jelas TV dan surat khabar sememangnya Kipas Susah Mati Merah Kuning.

Kalau menang, "Selangor HEBAT, meneruskan penguasaan."

kalau kalah, "Selangor menguasai 90 minit perlawanan, tetapi lawannya lebih bernasib baik."

entri emosi dari aku.

berita baik, Man U menang 2-0. Perak menang 5-3.

Tuesday, April 26, 2011

taiko vs jambu.

assalamualaikum..

"kau nak jadi taiko ke jambu?"

"muka jambu ada hati nak jadi taiko"

antara beberapa dialog yg diterapkan dalam drama bersiri terbaru JUVANA. aku dah tengok episod 1 semalam. memang best la. sesuai la menggantikan drama mantap sebelum ni iaitu GEMILANG. memang mantap la..

jom kita layan drama melayu di TV3 yg best.

Wednesday, April 20, 2011

HAJJAH MUJA

cikgu: kumar, tolong hantar buku ni kat meja cikgu dalam bilik guru.

kumar: baik cikgu.

cikgu: awak tau tak nama saya?

kumar: hehe, tatau cikgu. saya tatau.

cikgu: nama saya Cikgu Mujahadah. M.U.J.A.H.A.D.A.H. cuba sebut.

kumar: MUJAHADAH. ok cikgu.

cikgu: masuk bilik guru, tanya tempat cikgu MUJAHADAH. sebut sekali lagi.

kumar: MUJAHADAH. ok cikgu, senang. boleh punya.

sampai je kat bilik guru,

kumar: tempat cikgu HAJJAH MUJA mana???

cikgu hajjah muja dan muridnya.

Thursday, April 14, 2011

pakej bahaya.


perempuan+ tua + cina + kereta besar = pakej lengkap untuk membahayakan pengguna jalanraya.

berhati-hati di jalan raya.

Tuesday, March 29, 2011

asmara Dato' dan Datin


kisah dato' dan datin semasa menonton Asmara 2.
****************************************************

Melati : macam mana hari pertama di pejabat?
Asmara : saya ok je. tapi Ikram tu macam tak berapa ok je. saya rasa dia tak suka dekat saya la..
****************************************************

Datin : tengok tu, isteri dia tanya je, banyak di cerita. macam2 dia nak cerita kat isteri dia.
Dato' : Abg pun cerita jugak la. try tanya..
Datin : macam mana kat pejabat?
Dato' : saya ok je. tapi Ikram tu macam tak berapa ok je. saya rasa dia tak suka dekat saya la.. (tiru dialog asmara)
Datin : huhu..

Lelaki memang kurang bercerita. betul kan???

Wednesday, March 23, 2011

Tahniah kepada Girl tu...

ucapan tahniah diucapkan kepada:

1) Girl yang selalu tolong bukak pintu pagar rumah aku.

2) Girl yang selalu buat air teh masa aku balik kerja.

3) Girl yang selalu buat cendawan goreng kat rumah.

4) Girl yang melekatkan 'L' pada Nouvo aku.

5) Girl yg suka menjeling-jeling.

6) Girl yg suka sangat tengok cerita Merlin.

7) Girl yg main Facebook tak ingat dunia.

8) Girl yg baru Lulus P memandu belajar dengan cikgu Khusairi.

9) Girl yg suka sangat pi Pasar Malam.

10) Girl yg suka beli goreng pisang naik motor tak pakai helmet.

....kerana telah berjaya dalam peperiksaan SPM.

Tuesday, March 22, 2011

budak2 zaman sekarang

kejadian di sebuah restoran di pusat bandar damansara..

"assalamualaikum, pakcik... saya dari maahad tahfiz, nak minta sumbangan."

"cis, ade ke panggil aku pakcik.." dalam hati.
"umur adik berapa?"

"ermm..ermm.. 12."

"biar betul, badan besar, macam 15 tahun je.."
"minta tengok IC"

"IC belum buat. bulan depan baru buat."

"ni tak pi sekolah ka?"

"dah kena buang sekolah."

"haa?? kenapa?"

"pukul cikgu"

terdiam terus aku. terus bagi derma sikit. adik tu pun berlalu pergi..
ganas betul budak zaman sekarang..

Monday, March 14, 2011

hikayat merong mahawangsa

assalamualaikum...



baru je lepas booking tiket wayang citer merong mahawangsa.. jadi, rabu malam nanti, boleh la pi alamanda tengok wayang. dah lama tak tengok wayang ni. oleh kerana terdapat banyak komen menarik mengenai filem merong mahawangsa ni, jadi aku pun tertarik la nak pi tengok..

selamat menonton...

Thursday, March 3, 2011

aku langgar awal ashaari..

ini adalah cerita 2-3 hari yang lepas. masa aku nak balik keje. lalu la kat kerinchi Link. dengan gaya seorang pelumba pro aku menyelit-nyelit di celah kereta yang terperangkap dalam kesesakan. ni la untungnya naik motosikal. boleh menyelit-nyelit. tapi kena la hati2. jangan syok sangat menyelit, sampai tak sedar kereta nak tukar lorong. tak pasal2 tersungkur di tengah jalan.. aduh, sakit...

aku takde la suka sangat menyelit tengah2 ni. main tepi2 je.. keselamatan diutamakan. tetiba ada plak 2 bijik kereta yang berenti kat depan. berenti kat tepi je la, kat laluan motosikal. dah menyusahkan penunggang moto. bahaya bagi penunggang yang tengah bawa laju. kena tekan brek tetiba.. aku pun elak la ke tengah sikit. tetiba ada plak mamat ni nak masuk kereta dia. dah menghalang jalan aku. dah macam nak terlanggar dia dah ni. aku elak sikit. mamat tu boleh plak senyum kat aku sambil angkat tangan. aku pun senyum je la.. eh, ape kejadahnya aku senyum kat lelaki. ceh..

"awal ashaari" hati berbisik. nasib baik aku tak terlanggar dia.. kalo tak, dah masuk TV dah aku. kehkehkeh...

Thursday, February 24, 2011

Asyik mesyuarat je..

salam..

dah dekat sebulan aku kat KPKT Pusat Bandar Damansara. setelah ditukarkan kembali dari Bandaraya Ipoh.

Di sini kerja memang banyak. memang tak menang tangan. berada di Seksyen Pengurusan Projek menjadikan aku seorang yang sibuk. Mesyuarat sepanjang masa. memang memenatkan. Berbeza dengan semasa aku di Ipoh. Masa kat Ipoh memang aku takde kerja sangat. Rileks je. Kat sini, tanggung jawab pun lebih besar. Adoyaiii..

Apa-apa pun aku bersyukur sebab dah dapat kembali bersama keluarga di Bangi. dah tak perlu lagi hidup berjauhan. Hujung minggu dah tak perlu nak cari tiket bas balik KL. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah..

Semoga hidup ini dipermudahkanNya..

Monday, February 21, 2011

PilihanRaya Kampus UM. lagi calon hilang..

"KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin." petikan Kosmo Online.

haha.. dah macam main nyorok2 plak. pilihan raya kampus di Universiti Malaya memang sentiasa mencuri perhatian media. macam2 peristiwa yang berlaku sepanjang pilihan raya berjalan. memang dah macam pilihan raya umum malaysia dah.

pada dasarnya pilihan raya kampus dibuat adalah untuk memilih pemimpin mahasiswa yang akan memimpin dan menjaga kebajikan mahasiswa. setiap pemimpin yang dipilih tidak kiralah dari pihak mana sekalipun seharusnya memperjuangkan hak dan kepentingan mahasiswa. pemimpin yang dipilih akan menjadi suara mahasiswa. jadi, biarkan mahasiswa yang membuat pilihan sendiri. kenapa perlu ada campurtangan politik kotor tidak kira dari mana2 parti politik samada kerajaan atau pembangkang.

kenapa perlu wujud pro-pembangkang atau pro-kerajaan. sepatutnya hanya ada pro-mahasiswa. kenapa perlu ada rekrut dari parti politik negara? biarkan pilihan raya kampus berjalan dengan bersih tanpa ada campurtangan politik luar.

sekadar pandangan bekas pelajar UM.

Friday, February 18, 2011

terima email dari Najib Razak. ape kes??

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga

Monday, February 14, 2011

happy besday to u..


selamat hari lahir diucapkan kepada datin.. 13 februari 2011.

00.07 : kelewatan aku mengucapkan happy besday telah mengundang kemuncungan di bibir manis datin.

tapi segalanya telah ditebus dengan sebiji kek secret recipe. hehe..

semoga datin sentiasa diberikan kehidupan yang bahagia..

iloveu...

Tuesday, February 8, 2011

Kata Beliau


“Misi ini untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali dan tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera,” kata beliau.

apa pula kata anda?

Monday, February 7, 2011

aku suka cuti tahun baru cina, tapi aku tak suka Genting Sempah

haha.. assalamualaikum..

selamat tahun baru cina kepada semua.. tahun baru cina, mesti cuti 2 hari. banyak suka. lagi suka bila cuti jatuh pada hari khamis dan jumaat. selasa pula hari wilayah. dan semestinya rabu wajib mengambil cuti. supaya dapatlah aku bercuti panjang. dan seperti tahun2 sebelumnya, tahun baru cina dato' dan datin akan bercuti di Kelantan.. hari isnin lagi kami dah meninggalkan bandar baru bangi.. haha.. seronotnya cuti...

siapa yang tak suka bila dapat peluang cuti panjang.. cina punya raya, melayu cuti panjang.. haha.. memang best.. bagi orang yang malas bekerja.. balik seawal hari isnin memang tidak mendatangkan sebarang masalah semasa perjalanan pulang ke kelantan.. perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan..

mengharungi percutian di kelantan bukan sesuatu yang mudah.. sangat mencabar.. setiap hari ada sahaja program yang diatur. kenduri kendara adalah agenda utama. membeli-belah agenda sampingan yang menjadi kewajipan. berada di kelantan tidak banyak bezanya dengan kuala lumpur. bandar pasir mas dan kota bharu sentiasa sesak dengan manusia yang pulang ke kampung halaman. SESAK tetap diharungi bersama keluarga.. inilah masa yang harus digunakan sepenuhnya bersama keluarga.. bila dah balik KL, dah berjauhan dengan ahli keluarga..

keseronokan bercuti berakhir bila AHAD menjelma.. biasalah, kena balik ke KL semula. dan perjalanan yang lebih MENCABAR perlu dihadapi. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebihkurang 7 jam, telah berganda. memang memeritkan bila terpaksa berada di jalanraya selama 15jam. aku bertolak dari kelantan jam 12 tengahari dan tiba di bangi jam 3.30pagi. memang perit. aku benci hentian GENTING SEMPAH.. penyebab kepada kesesakan yang amat teruk. perjalanan di KARAK sahaja memakan masa hampir 4jam disebabkan kesesakan yang berlaku di Genting Sempah. selepas sahaja hentian genting sempah, perjalanan menjadi sangatlah lancar.. genting sempah memang menyakitkan hati..


bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...