Pages

Wednesday, December 30, 2009

2010..

selamat tahun baru..

esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009..
setahun telah berlalu dengan begitu pantas sekali..
2009 banyak melakar sejarah yg tersendiri..

januari 2009 bermula dengan keindahan dan kebahagiaan..
aku yg baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan pada masa itu mula merasa kebahagiaan hidup berkeluarga..

di pertengahan tahun, aku menerima tawaran kerja di sektor kerajaan.
aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana setiap apa yg aku inginkan menjadi kenyataan.

kini 2009 menemui penghujungnya..
tetapi bukanlah penghujung bagi perjuangan hidup yg baru aku mulakan.
di penghujung 2009 ini banyak dugaan yg menimpa keluargaku..
aku redha, begitu juga keluargaku..

semoga 2010 membawa sinar harapan baru..
semoga apa yg aku hajatkan akan tercapai..
semoga Allah memberkati setiap apa yg terdetik di hati ini.
2010.. aku bahagia..

Thursday, December 17, 2009

skuad malaysia, terus berjuang..


assalamualaikum...

hari ini skuad bola sepak malaysia akan turun sekali lagi menentang pasukan Vietnam. vietnam dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mendapatkan pingat emas bagi perlawanan pada hari ini. malaysia sebelum ini telah ditewaskan oleh vietnam dengan jaringan 3-1 dalam peringkat kumpulan.

hari ini skuad malaysia diharapkan dapat mencipta kejayaan dan menyumbangkan emas yang telah sekian lama diidamkan. kali terakhir malaysia memenangi pingat emas bagi acara bola sepak sukan SEA adalah pada tahun 1989. 20 tahun yang lalu.


kejayaan malaysia ke peringkat akhir telah sedikit membuka mata rakyat malaysia yg selama ini memberikan kritikan hebat kepada skuad bola sepak malaysia. memang diakui skuad malaysia masih lagi lemah dan jauh ketinggalan dalam sukan ini. tetapi dengan kejayaan menjadi juara pada sukan SEA kali ini akan dapat memberi sinar harapan untuk sukan ini terus mendapat tempat di hati peminat sukan tanah air.

corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad malaysia pada kali ini dilihat lebih baik dan teratur. serangan pantas yg dilakukan memang dapat membuatkan pihak lawan berasa bimbang. kepantasan pemain2 muda membuat larian dan kawalan bola yg baik dapat menghasilkan kejayaan.

sama-samalah kita menyokong skuad bola sepak malaysia. jangan menyerah sebelum bertempur.. teruskan semangat juang anda..

Tuesday, December 15, 2009

separuh jiwaku pergi..

ahad 2 hari lepas, aku ditinggalkan oleh isteri aku, siti mujahadah. dia tinggalkan aku dalam keadaan aku belum bersedia..

kenapa aku ditinggalkan??

apakah salahku??

aku belum bersedia untuk ditinggalkan seorang diri..

aku sedih sangat..

duduk di rumah seorang diri.

tengok TV sorang diri..

rasa seperti tidak berguna lagi hidup di dunia ini..

sepi..

aku sendiri..

apakah salahku..

kau tinggalkan aku tanpa sebab..

ke mana kau menghilang wahai isteriku??

bergenang air mata ini mengenangkanmu..

mungkin inilah perasaan suami yg ditinggalkan..

mungkin inilah perasaan bila ditinggalkan kekasih..

sepi..

semalam..

pukul 10 malam..

tengok rancangan TV yg digemari olehnya..

AWAN DANIA.. terasa kosong jiwa ini..

kembalilah..

kembalilah sayang..

bini aku balik kampung la.. cuti sekolah.. cikgu takde keje..
mungkin seminggu la aku membujang..

Tuesday, December 8, 2009

katakan TAKNAK!

apakah pandangan anda tentang perokok??

semua orang tahu yg merokok ni membahayakan kesihatan.
semua orang tahu, merokok ni boleh membawa kepada kematian.
semua orang tahu yg merokok ni bukan saja beri kesan pada diri sendiri, tapi juga pada orang di sekeliling..

kebanyakan perokok adalah terdiri daripada golongan LELAKI.
tapi tidak dinafikan juga terdapat WANITA yg merokok.
bagi lelaki, merokok mungkin membuatkan mereka kelihatan MACHO dan lebih MATANG.
tapi bagi lelaki juga, WANITA yg merokok kelihatan sangat la BURUK..

aku dilahirkan dalam keluarga yg ramai LELAKI.
kesemua 4 orang abang aku merokok.
ayah juga merokok.
AKU?? semestinya TIDAK merokok.
dan ADIK2 aku juga pasti tidak akan merokok, INSYAALLAH..
kerana merokok tidak membawa sebarang kebaikan bagi aku.

pernah juga dulu aku cuba2 untuk merokok.
masa tu umur baru 8tahun, seingat aku la..
curi rokok ayah, hisap dalam bilik.
sampai terbatuk2..huhu..tak best pun.

perokok juga ada beberapa jenis.

ada yang merokok sesuka hati.
tak kira masa, tempat dan perasaan orang lain.
HEAVY SMOKER.

ada juga yang merokok ikut mood.
kalo rasa stress, baru la merokok.

ada juga yang merokok hanya di rumah.
depan orang lain, NO SMOKING.

ada juga yg merokok bila orang ajak je..
SOSIAL SMOKER..

macam2 jenis perokok..
apa yg aku tahu, merokok memang tidak berfaedah.
bagi adik2 yg masih belum terjebak, jangan la cuba2 plak..

'amaran kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan.'
hanya sekadar amaran..

Friday, December 4, 2009

Shut Up!

adakah aku seorang pendiam??
ya, aku memang sorang pendiam. aku akan diam bila aku rasa aku patut diam.
aku akan diam bila aku rasa diam lebih baik dari berkata2.
aku akan diam bila aku rasa tidak perlu untuk aku berbicara.

kenapa aku selalu berdiam??
diam itu lebih baik dari mengeluarkan kata2 yg menyakitkan hati.

adakah aku seorang yang sombong??
aku tak sombong la...percayalah..
hanya orang yang kenal aku je tahu macam mana diri aku.

adakah aku seorang yang membosankan??
mungkin juga la bagi orang yang memang bosan.
dah ajak aku sembang benda yang membosankan, malas la nak layan..

adakah aku seorang yang tidak pandai berbicara??
susah la nak cakap. kalau kena dengan topik yang aku suka, memang aku banyak cakap.
kalau aku dah cakap, susah plak nak berenti.

adakah aku kelakar??
kelakar??? huh..xde la.. aku ni garang.. bengis...

hehe..
sedikit sebanyak soalan yg susah aku nak jawab sebenarnya..
orang selalu kata aku ni pendiam..
memang aku selalu diam je.. kalau dengan orang yg diam jugak la..
kalau aku duk ngn orang yg sekepala ngn aku, memang kecoh..
kalau aku duk ngn orang2 yg lebih tua dari aku, takkan la aku nak buat kecoh plak.
kena la tunjukkan rasa hormat.
kadang2 tu susah sangat untuk aku mulakan perbualan.
tapi bila aku mula berkata2, mungkin akan ada yang terasa hati.
sebab aku ni cakap tak bertapis..
bagi sesiapa yg selalu kena sindir tu harap maaf la..
hanya gurauan semata-mata.

terima kasih kepada mereka2 yg memahami diri aku..


Wednesday, December 2, 2009

berkorban apa saja..

rabu, 2 disember 2009..
dah masuk bulan 12 dah.. cepatnya 2009 hampir meninggalkan kita..
dah seminggu tak masuk office.. cuti tahunan telah aku habiskan untuk balik kampung raya haji. sempat la balik kelantan dan perak. hati rasa tenang sangat bila dapat berada di samping keluarga tercinta.

Tahun ni aku menunaikan ibadah korban di kelantan kampung halaman isteriku. kemeriahan menyambut raya haji memang terasa bila aku sama2 turut menjalani ibadah korban. ini merupakan pengalaman pertama aku.. belum pernah aku menunaikan ibadah korban sebelum ni. kalau di perak, ibadah korban dijalankan di masjid. dan aku tidak begitu terdedah dengan aktiviti menyembelih binatang korban. tahu2 je, daging korban dah ada di rumah.

hari raya ke-3, aku bertolak balik ke kampungku di perak. pukul 4 ptg sampailah ke FELDA Ijok. perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. sebaik saja melihat wajah mak dan ayah, hati aku rasa tenang sangat. segala kekusutan yg bersarang dalam kepala ni boleh hilang begitu saja. seronok bila dapat berada bersama keluarga. melihat mak dan ayah gembira, adik2 riang bergelak tawa..

inilah nikmat hidup berkeluarga.. jasa mak dan ayah takkan aku lupakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...