Pages

Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu

Fakta : aku tidak menangis.
Auta : Datin juga tidak menangis.

Datin memang dah lama menunggu nak tengok Filem Ombak Rindu ni. Nak dapatkan tiket pun agak susah sebab tiket selalu habis. Demi nak menunaikan hasrat Datin yang nak sangat tengok filem ni, aku usahakan jugak la..

Mula-mula sebelum tengok filem ni, aku takde la meletakkan harapan yang tinggi. Semuanya gara-gara tengok cerita Lagenda Budak Setan. Ingatkan sedap sama macam novel. Tapi serabut..
Tapi lain pulak dengan Filem adaptasi novel Ombak Rindu ni. Jalan ceritanya lebih tersusun dan mudah untuk difahami. Tidak terlalu terburu-buru dalam menterjemahkan sesuatu babak seperti dalam novel.

Cerita ni memang agak menyentuh perasaan. Ramai yang menitiskan air mata dalam panggung.

Thursday, July 7, 2011

Sekali Lagi; Cinta itu milik kita..

Rabu, wayang RM7. dan naik harga. dulu RM6 je.. semua nak naik harga.. ape pun tak boleh..

Ok, bukan nak cerita pasal harga naik. SEKALI LAGI.. tak dapat tengok T3 minggu ni. SOLD OUT. Best sangat ke ha citer T3? sampai boleh habis tiket? takpe la, minggu ni tengok cerita melayu lagi dengan Datin.

SEKALI LAGI.. lakonan Shahizey Sam, Lisa Sughihani dan adik Mia Sagha. Rating aku bagi 5/10. Kedekut betul aku bagi Rating. haha.. Ok, review sikit citer ni.

Mengisahkan seorang ibu tunggal (Lisa Sughihani) yang membesarkan seorang anak perempuan (adik Mia Sagha) setelah ditinggalkan suami. Juga mengisahkan seorang lelaki yang mengidap penyakit Autistik (Sam). Kisah sedih + lucu terjadi apabila Emi (mia) dan Arman (Sam) mula berkawan rapat.

"Awak ni menade la.." kata adik Mia Sagha.

Friday, June 24, 2011

KL Gangster Best.

Niat nak menulis entry baru asyik terbantut je bila buka Blog. Sebab bila buka blog je terus datang rasa nak membaca blog orang lain dulu. Bila dah baca blog orang lain yg best2, terus hilang idea yang aku fikir sebelum ni. Ciss, hampeh tul..

Ok, cerita pasal hari rabu lepas. Member2 JKR ajak main badminton kat Titiwangsa lepas kerja. Sexcited nak main sebab dah lama tak belasah main dgn diorang ni. Tapi harus diingat bahawa hari rabu adalah hari bersama keluarga. atau dengan kata lain, hari menonton wayang bersama yang tersayang. FullStop.

Jadi, aku harus ketepikan kepentingan peribadi demi kepenting bersama. hehe.. Makanya, pergilah Dato' dan Datin ke ALAMANDA Putrajaya untuk buat menonton wayang. Dan cerita apakah yang ditonton??

Aku taknak la cerita sinopsis cerita ni. Nanti ada plak yang kata hilang keterujaan nak menonton bila baca sinopsis. tapi kalo nak tau jugak sinopsis dia, korang boleh tengok kat blog lain la. banyak je..

Aku bukannya peminat cerita2 arahan anak UcopSelam ni.Dan aku bukannya tengok citer ni sebab ada SethTanNowaElenayangkononromantikgiler ni. tapi bila tengok je ada gambar MailLambung (ZizanRL) aku memang rasa nak tengok je citer ni. Lantak la cerita ni arahan pengarahkononpandaiberlakontapikaku tu. Tapi cerita ni memang best berbanding cerita2 arahan sebelum ni. Dan memang boleh dipuji la cerita ni. BEST. Dan memang layak untuk dapat kutipan filem melayu tertinggi. Tahniah kepada SoulAnakUcopSelam. Cerita lu memang best bro, tapi lu berlakon tetap kaku.

GoodLuck kepada anakucopselam ni. buat la cerita yang best lagi.

Sunday, May 1, 2011

Bila si dia tengok TV


dengan semangatnya nak sangat tengok citer Lake Placid.

dengan semangatnya tercongok di depan TV.

bila nak keluar buaya yg ganas ni.

menunggu penuh debaran.

terus menunggu setiap babak.

bila adegan terkejut.. dia menjerit!!!

bila ada benda jatuh.. dia menjerit!!!

bila orang jatuh sampan.. dia menjerit!!!

bila buaya pemangsa tiba.. dia tutup muka dan menjerit!!!

sampai habis cerita pun dia tak dapat tengok buaya..

kata-kata keramat si dia, "takde keja lain ke nak main kat tempat tu, pergi la tempat lain. pergi la Rantau Panjang ke, KB Mall ke, Wakaf Che yeh ke.."

Tuesday, April 26, 2011

taiko vs jambu.

assalamualaikum..

"kau nak jadi taiko ke jambu?"

"muka jambu ada hati nak jadi taiko"

antara beberapa dialog yg diterapkan dalam drama bersiri terbaru JUVANA. aku dah tengok episod 1 semalam. memang best la. sesuai la menggantikan drama mantap sebelum ni iaitu GEMILANG. memang mantap la..

jom kita layan drama melayu di TV3 yg best.

Monday, March 14, 2011

hikayat merong mahawangsa

assalamualaikum...



baru je lepas booking tiket wayang citer merong mahawangsa.. jadi, rabu malam nanti, boleh la pi alamanda tengok wayang. dah lama tak tengok wayang ni. oleh kerana terdapat banyak komen menarik mengenai filem merong mahawangsa ni, jadi aku pun tertarik la nak pi tengok..

selamat menonton...

Thursday, October 21, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2


assalamualaikum..

poster filem JPBC2 ni aku taruk sini sebab aku sudah pegi tengok ini cerita sama itu datin dan adikku cik pura. (eh,apsal plak aku cakap bebelit ni..)

semalam punya cerita la ni. aku pi Alamanda nak tengok citer ni. tiket datin dah booking kat internet. biasalah, zaman IT serba canggih ni, buat apa nak beratur panjang kat kaunter. sampai giliran ko, "tiket dah habis dik, mamat tak hensem ngn awek cun dia tu dah beli last tiket. harap maaf ye.." baik beli je kat internet kan.. lagi senang. pandai datin..

mai sini aku kasi cerita sikit pasal filem ni.
filem ni aku kasi 3bintang je la... sikit? tu pun dah kira banyak dah tu.. banyak cantik muka kau..

jalan cerita dia simple je, dua orang keturunan pak sudir ni (lan dan cat) rasa macam depa ni dah kena badi hantu dari cerita JPBC1. so, depa 2 orang ni pi la cari bomoh nak buang badi tu. sebenarnya depa bukan kena badi, tapi depa diganggu oleh tok moh (azli) dan Mustika (lisa suRihani) yg nakkan saka pak sudir untuk kekal muda.

so, punai (Lan) dan Cat (cat farish) jumpak la Wak Ketari (Bob) dan anaknya Seha (Nora Danish). wak ketari ni ajar la depa ni ilmu kebomohan untuk menentang hantu jembalang.. last2 depa kalahkan Mustika dan Tok Moh. itu saja.. tamat..

memang la ada kelakar2 dia.. ada jugak la yg aku gelak kuat. tapi bagi aku biasa je la filem ni.

nantikan plak filem seram komedi seterusnya iaitu Ngangkung lakonan Sam (adnan Sempit).

Friday, October 16, 2009

jom makan papadom...


assalamualaikum pembuka bicara...

papadom, satu lagi karya afdlin shauki yang sgt aku kagumi. papadom mengisahkan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga anak perempuannya yang semakin meningkat dewasa.
memang aku tunggu2 sangat nak pi tengok filem ni kat panggung.. tambah2 lagi bila filem ni dah menang award Festivel Filem.
so, hari rabu 14/10/2009 aku dan wife terus buat plan nak pi tengok citer ni. nak booking tiket, tapi dah fully book. susah la plak nak tengok citer ni. dengar kata, hari ke4 citer ni ditayangkan, dah berjaya dapat sejuta. waaaa...
dengan slambernya takde tiket aku main redah je pergi alamanda dengan harapan dapat beli tiket untuk menonton jam10 malam. masa tu dah kul9 baru sampai alamanda. wife aku masuk carrefour, aku pi beli tiket. beratur dalam 10 minit, sampai turn aku, tinggal 2 tiket je lagi, tu pun depan sekali dan tepi sekali. mana best tengok camtu.. tak mau la beli..
tunggu tiket release je la kul9.30. nasib baik dapat tiket yg org booking tapi tak amik.. puas hati..
saadom nasi kandar...
memang best sangat citer ni. boleh membuatkan orang gelak tak henti2.. dan ada gak part yg memang menyentuh perasaan. wife aku mengalirkan air mata sebanyak 2 kali. sedih... aku?? (mana boleh aku mengalirkan air mata...) macho beb... jaga ke'macho'an anda.. (air mata tak mengalir sebab aku dah kesat sebelum ianya mengalir..hehe)
inilah pengorbanan seorang bapa.. teringat plak ayah di kampung yg sentiasa berkorban demi anak2. kalau bukan kerana ayah, pasti aku tidak capai seperti apa yg aku kecapi sekarang ni..
inilah masanya untuk aku balas jasa ayah..

tahniah buat afdlin yg berjaya membuat filem yg berkualiti. teruskan usaha anda..





Tuesday, August 11, 2009

Bio-Nik buat aku sakit hati

Bio-Nik ditayangkan setiap hari Isnin jam 9malam. hampir setiap minggu aku mengikuti episod drama melayu ni. pelakonnya adalah kamal adli, intan ladyana, fizo omar dan ramai lagi la. aku takde la kenal semuanya. penerbitnya plak adalah KRU Studios. kira cerita ni KRU punya la. dan sebab tu la aku ada minat mau tengok ini cerita. ye la, citer KRU ni kira boleh layan la jugak kan??? minggu demi minggu aku tengok citer ni, aku dah rasa pelik je.. ape punya citer la ni.. skrip memang terabur habis.. hancur.. jalan citer, macam budak2... citer superhero, tapi aksi macam citer teater kanak2.. ada hati nak samakan citer ni ngn citer superhero omputeh. hampeh.. sape la pengarah citer ni.. penulis skrip memang hingusan... budak sekolah buat citer lagi best la... buat sakit hati je tengok.. kalo ye pun nak buat citer bersiri suoerhero, buat la betul2... ni macam main2 je... buat malukan industri per'drama'an melayu je... sekarang ni aku tengok drama melayu kat TV dah semakin mengarut... satu lagi citer yg tak best adalah PUTERI AURORA BERADU... memey, setakat berlakon tido je... hahaha... kelakar... baik tak payah berlakon drama la.. berlakon dalam dunia realiti hebat sangat... "keluarga saya sokong dengan segala apa yg kata lakukan". berkhalwat pun keluarga boleh sokong ke??? pelik tul...

aku yg sakit hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...