aku baru pulang dari kelantan. sudah setengah tahun aku menjalani pengajian matrikulasi di KYPM Kota Bharu... aku sampai di rumah lebih kurang pukul 2ptg. sebenarnya aku sampai di kamunting pukul 10pg. aku merayau-rayau dahulu di bandar taiping. saja melihat karenah manusia di bulan Ramadhan.. kulihat ramai anak2 muda yg sebayaku berpakaian kurang manis di pandangan mata.."dalam bulan puasa pun nak pakai baju tak cukup kain" detik hati kecilku.. walaupun aku rasa kurang senang dengan cara pemakaian mereka, tapi aku tetap mencuri-curi pandang. kurang pahala puasaku..
setibanya aku di rumah, kulihat semua ahli keluargaku sibuk membuat persiapan menjelang aidilfitri. kepulanganku disambut gembira oleh kaum keluarga..aku bersyukur kerana dapat pulang ke kampung bertemu ahli keluarga..setelah beramah mesra dengan mak dan ayah, aku pun menghantar SMS kepada insan istimewa. "saya dah sampai kul2 td, imissu"..
sehari sebelum raya, 8.30 pg.
aku baru bangun dari tidurku..aku dah bangun tadi semayang subuh, tapi terlelap plak lepas solat..
"Ya Allah, kenapa gelap je ni? dah kul berapa ni?" aku cuba memandang jam di dinding.. kelihatan kabur.. aku tidak dapat melihat dengan jelas. penglihatanku kabur... Ya Allah... apa dah jadi ni??
"mak...mak..." aku pun memanggil emak.
"awatnya? org punya la ramai kat depan ni pun nak menjerit panggil mak lagi ka? bangun2 ja dah melalak panggil mak. mcm budak2.." sahut kak norli.
aku mencari-cari dari mana datangnya suara tadi.
"kak, naim tak nampak"
"nampak apa?mengigau la tu. tu la, lepas subuh sapa suruh tidoq..."
"naim tak nampak apa2 la kak..macam org buta..pasai apa ni??"
aku memang tak nampak apa2 dah...semua kabur..macam dah hilang penglihatan. memang gelabah gila la time tu... takut la wei, kalau2 aku dah buta...
abg ngah terus bawa aku pi hospital selama. lepas doktor check, dia cakap aku kena demam denggi.. aku tak nampak disebabkan demam aku memang dah teruk sangat. boleh bawak mati.. dah seminggu aku demam, kata doktor. aku sendiri pun tak tau aku kena denggi. memang ada rasa tak sedap badan, tapi biasa la aku ni memang malas nak pi klinik. malas makan ubat.
sebenarnya aku kena denggi masa kat kelantan lagi. memang dah ramai member2 matriks yg kena tahan wad. aku je malas nak pi check doktor, takut kena tahan.
last2 aku kena tahan wad kat hospital selama. esok hari raya.. aku beraya la kat hospital. 1st time aku tak berada di rumah berhari raya ngn mak ayah. memang sedih giler...akan ku cari nyamuk aedes yg membuatkan aku menderita.. aku bunuh kau... sampai sekarang aku memang dendam ngn nyamuk aedes..
selama sebulan gak la aku hidup dalam kekaburan.. pas kuar hospital, aku nampak gak la sikit2.. tak clear sangat.. aku tak amik cuti sakit pun. habis cuti raya terus balik kelantan.. belajar la aku dalam keadaan tak nampak tu.. hujung minggu je pi hospital kelantan check mata.. ingat lagi member aku, nasrul bawa aku pi hospital.. dah macam pimpin orang buta dibuatnya.. nak lintas jalan kena pegang bahu dia.. thanks bro. jasamu dikenang..
bersyukurlah dengan keistimewaan deria yg tuhan berikan kepada kita... memang susah sgt kalau hidup tanpa penglihatan...
gambar kenangan di hari raya keluarga Haji Ab Rahman
*bersyukur dilahirkan dalam keluarga Haji Ab Rahman..
insan istimewa tahun 2002 tu..sama ke ngan insan istimewa 2009? hehe..
ReplyDeletehahaha...aku seorang yg sgt setia.. sama la..
ReplyDeleteserius tak tau plak denggi bisa buat jadi tak nampak. risau aku. kat sini dah la nyamuk berbulu katu. aku tepis2 je. nak bunuh banyak sangat. uwaaaaaaaa..!!!!!!!!!
ReplyDeletekahkahkah... xlama lagi la tu...
ReplyDeletekalo rasa tak sedap badan tu, baik pi klinik terus...
ReplyDelete