… 4 oktober 2008, tarikh yg cukup bermakna buat aku dan insan tercinta… Alhamdulillah, kami dah selamat diijabkabulkan pada tarikh ni…dah bergelar suami isteri…aku bersyukur sebab aku dah melangkah ke alam baru… menjadi seorang suami ni bukanlah sesuatu yg mudah… aku perlukan kekuatan untuk menjadi seorang suami yg baik… aku perlu belajar untuk menjadi seorang ketua keluarga… segalanya bergantung kepada aku untuk membentuk keluarga yg bahagia… memang aku akui yg aku masih mempunyai banyak kekurangan dalam segala hal… tapi aku cuba untuk memperbaiki diri ini demi keluarga yg tercinta, demi isteriku yg telah banyak memberikan aku harapan… siti mujahadah, suatu pemberian dan kurniaan yg cukup besar maknanya dalam hidupku… aku mencintainya dengan sepenuh hatiku…
kalau diberikan emas setinggi gunung, aku pilih cintanya..
kalau diberikan takhta takluki dunia, aku pilih hatinya..
kalau diberikan mahligai intan permata, aku tetap pilih dirinya..
cintaku kepadanya adalah cinta suci.. aku seorang suami.. aku mahukan seorang isteri yg memahami diriku.. aku mahukan seorang isteri yg ada disisiku walau dalam apa jua keadaan.. aku mahukan seorang isteri yg sanggup mencintai aku hingga ke akhir hayatku.. aku bukanlah lelaki yg terlalu sempurna seperti Muhammad, dan aku bukanlah mengharapkan isteri yg terlalu sempurna seperti Khadijah mahupun Aisyah… cukuplah sekadar kau memahamiku.. aku bukan seorang insan yg biasa hidup dalam kemewahan, aku bukannya seorang yg mengejar kekayaan semata… aku ahukan kebahagiaan, keindahan hidup berkeluarga.. isteriku, aku bersyukur kerana kau adalah pilihanNya untukku… aku bersyukur.. aku sangat bersyukur… Alhamdulillah.. terima kasih atas pemberianMu… Ya Allah…
hamboiiiiih! jiwang ko eh???
ReplyDeletebukan main. aku rasa, demi nak kasi korang bahagia, aku wish semoga berbahgia. hahah ayat tipikal btul. takpa lah janji ikhlas kan? hahahah...
sekali sekala nak berjiwang... jgn la jeles plak... ape2 pun thanks 4 ur wish...soalan cepu emas, hang bila plak?
ReplyDelete