Pages

Thursday, April 30, 2009

assalamualaikum...

aku nak balik kampung... hari ahad baru balik kl balik... ade kenduri mak jang.. so,hari ahad la maybe sambung menulis... selamat bercuti...

Wednesday, April 29, 2009

esok kembali bahagia bersama...

hari ni hari rabu, 29 april 2009...
tapi aku nak tulis tentang hari esok... just my prediction..

khamis, 30 april 2009..

"Dalam usik ku merajuk seketika

Laluku pergi meninggalkan dirimu

Tanpa ku duga

Lilin menjadi bara

Gurauanku jadi dilema prasangka"

ringtone handphone berbunyi...

"hello.."

"abg...dah bangun?"

"kul brapa?"

"kul7 dah..bangun semayang yek..."

seperti biasa, mywife call pagi2 kejut subuh...pas semayang subuh sambung tdo jap, pastu siap2 pi keje...kat office memang banyak la keje yg nak buat.. en.hussien telekom pun dah mintak draft laluan cable high speed broadband(HSBB) Kepong.. byk keje2 civil yg kena buat nih.. mintak2 telekom luluskan terus, pastu leh mula wat keje..baru boleh senang sikit hidup aku...

tengahari aku keluar makan, pastu terus pi site.. nak kena survey site nak buat cabinet telekom utk HSBB Kepong.. agak2 kul 4 ptg je aku nak blah terus.. malas dah nak masuk office..kalo masuk office, comfirm kul5.30 baru leh balik.. mesti jalan dah jem masa tu.. malas aku nak tempuh kesesakan lalulintas dari damanasara nak ke bangi.. jauh tu...

hari ni aku kena pi nilai jap.. tadi wife aku cakap kul3 dia bertolak dari johor..lebih kurang kul6 sampai la nilai kot... so, aku kena sampai nilai sebelum kul6... dia tumpang member sampai nilai..dah habis kursus kat johor...dah 2 minggu tak jumpak, so kerinduan sgt2lah terasa... see u tommorrow...

*(takkan la citer pas aku jumpak wife aku pun nak kena citer gak...that's my secret la...)

*memang tak sabar nak tunggu esok...

Tuesday, April 28, 2009

madu 4

assalamualaikum...

main kayu tiga...
aku ade la sorang member nih...satu universiti ngn aku dulu...
member yg kamceng gak ngn aku, still kamceng sampai sekarang.. nama dirahsiakan...

mamat nih pernah ade awek 4 orang dalam satu masa... masa tu aku 1st year...
memang giler playboy la... muka takde la hensem sangat, camana leh awek sangkut tatau la..
semua masalah pasal awek2 dia ni diceritakan kat aku...so, aku jadi penasihat peribadi dia la..
bab2 cover line bagi kat aku la...bersubahat...huhu...dia ni memang kejap2 bergayut di telepon.. satu malam leh habis sampai 30hinggit.. tatau la berbaloi ke tak...

awek2 dia nih memang tak tau la yg mereka telah dimadukan sampai 4... kalo buat drama, kalah citer p.ramlee madu 3... dia punya kelentong memang superb... akulah penasihat yg bersubahat... sampai satu masa tu pernah 2 org awek dia ni ajak balik kampung sama2.. pada masa dan waktu yg sama... dia dah jadi pening... dia pun carik idea...aku cakap kt dia, ko takyah balik ngn 2-2 ni... ko balik sorang je la...dan setelah penat mencari helah, idea aku diterima.. hehe..

mamat ni bukannya nak main2 ngn diorg nih.. dia sayang semua... kasih sayang dibahagi sama rata.. kalo tepon sorg, kena tepon semua.. sorg dapat kadar rata, 10hinggit sorg...kan adil namanya...hahaha...

sampai satu tahap, dia dah tak tahan...satu persatu aweks ni dia lepaskan... dan tinggallah sorang...sampai sekarang...dah jadi bini pun..aku taktau la dia dah citer ke belum kat bini dia ni yg dia pernah memadu-4-kan bini dia ni satu ketika dulu...

bini dia ni dipilih atas keistimewaan tertentu.. nak kata cantik, ade lagi yg lebih cantik yg dilepaskan.... maybe itu pilihan terbaik setelah diteliti antara 4 org tu... keistimewaan bukan terletak pada kecantikan semata2, tapi perlu dilihat dari setiap segi... mampukah seorang wanita menjadi ibu yg baik pada anak2, dan layakkah kau bergelar suami pada wanita itu...

fikir dan renung2kan, dan selamat beramal...

wassalamuuu...

wanita solehah menjadi impian setiap lelaki..

gambar hiasan semata-mata..



Monday, April 27, 2009

perhimpunan

"assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada tuan pengetua, Tuan Haji Ahmad Arbi Bin Hamzah, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, guru2, barisan kepimpinan pelajar dan seterusnya rakan2 pelajar sekalian. kita mulakan majlis perhimpunan kita pada hari ini dengan ummul kitab, Al-Fatihah..."

setiap hari jumaat, perhimpunan rasmi akan diadakan di sekolah menengah raja tun azlan shah.. seperti biasa, walaupun majlis dah bermula masih ada lagi pelajar yg tengah dok berlari dari asrama ke dewan besar..kedengaran suara pengawas dok memanggil pelajar supaya cepat turun dari asrama...kalo warden masuk campur mesti ramai dah yg kena rotan nih... warden yg memang suka sangat rotan student, sapa lagi kalo bukan en. sohor...hor,hor,hor....ganas nih... sapa yg tak pernah kena rotan en.sohor nih memang boleh dikatakan student yg paling skema la... aku pun pernah kena la wei...(pengakuan untuk mengelakkan diri dari dicop skema..hehe)

pada pendapat anda semua, siapakah guru yg paling garang di SERATAS???
dan siapakah pula guru yg paling sporting dan baik hati???

calon2nya adalah:
1.___________
2.___________
3.___________
4.___________

ntah, aku tak berapa ingat la nama cikgu...(durhaka sungguh...)

*aku paling suka cikgu Azmi...kelakar superb...

pintu masuk SERATAS..

pemandangan dari dewan besar

gambar di konsert

gambar yg sempat aku ambil masa tengah tengok konsert AF7 sabtu lepas.
aku duduk betul2 belakang Adlin Aman Ramli..
ade la kot gambar aku masuk tv sikit2..hehe.. cari publisiti...

aku dan member yg keje kat astro, yob... ade tiket free boleh la pegi..
nak suruh aku beli tiket, harap maaf la... thanks pada pembekal tiket free..

*sokonglah industri muzik tanah air...(walaupun hampeh)

akademi fantasia....

sabtu, 26 april 2009

celik2 je mata dah kul7 pg.. bgn semayang subuh yg agak gajah.. nasib baik belum subuh dinasour.
pas semayang, seperti biasa mesti tido balik..hehe..rutin yg kurang baik...tapi dah menjadi kebiasaan aku..
kul8.30 pg bangun balik.. hari ni sabtu, aku keje da... seperti biasa aku memang suka pi lambat..siap2 kul 9 kuar rumah.. naik CCH 770.. nak naik DAT 224 tapi takde minyak la plak... huhu..
sampai office dah dekat kul 10. aku wat selambe je masuk lambat..hehe..
hari ni sebenarnya banyak keje.. tapi malas giler nak buat... bahan tak cukup.. isnin dah nk kena submit.. mati aku.. dalam keadaan malas tu, aku buat jugak la sikit..tak siap pun.. tengok org lain duk melepak + berpolitik je... malas aku nak campur..wat keje sendiri je..
telepon berbunyi.."yob"..

"hello org bujang, still bujang lagi ke minggu ni?"

"haha, tetap sekali.. bujang lagi la yob. khamis baru muja balik.. apahal?"

"wei, tengok konsert malam nih.."

"ade tiket ke?"

"ade la. ko nak berapa?"

"satu je la..."

"ala, ajak la awek 2 org..utk aku sorg.."

"banyak la awek ko...ok la wei, jumpak kt umah eddy la ptg nih.aku byk keje ni"

haha...tgk konsert la plak malam nih...konsert ape??? akademi fantasiaaaa....huhu, naeim ab rahman layan konsert?? wat malu je...hehe..xtvt sampingan...abis tu nak wat ape? takkan nak tgk bola kelantan vs selangor kot..malas la aku, kang bergaduh plak...layan AF pun ok ape...










Sunday, April 26, 2009

permaisuri


Permaisuri

Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

*ni lagu masa zaman cintan cintun aku dulu... mywife mmg suka bila aku nyanyi lagu nih...


Saturday, April 25, 2009

naeims dah buta....

beberapa hari sebelum raya, 2002

aku baru pulang dari kelantan. sudah setengah tahun aku menjalani pengajian matrikulasi di KYPM Kota Bharu... aku sampai di rumah lebih kurang pukul 2ptg. sebenarnya aku sampai di kamunting pukul 10pg. aku merayau-rayau dahulu di bandar taiping. saja melihat karenah manusia di bulan Ramadhan.. kulihat ramai anak2 muda yg sebayaku berpakaian kurang manis di pandangan mata.."dalam bulan puasa pun nak pakai baju tak cukup kain" detik hati kecilku.. walaupun aku rasa kurang senang dengan cara pemakaian mereka, tapi aku tetap mencuri-curi pandang. kurang pahala puasaku..

setibanya aku di rumah, kulihat semua ahli keluargaku sibuk membuat persiapan menjelang aidilfitri. kepulanganku disambut gembira oleh kaum keluarga..aku bersyukur kerana dapat pulang ke kampung bertemu ahli keluarga..setelah beramah mesra dengan mak dan ayah, aku pun menghantar SMS kepada insan istimewa. "saya dah sampai kul2 td, imissu"..

sehari sebelum raya, 8.30 pg.

aku baru bangun dari tidurku..aku dah bangun tadi semayang subuh, tapi terlelap plak lepas solat..
"Ya Allah, kenapa gelap je ni? dah kul berapa ni?" aku cuba memandang jam di dinding.. kelihatan kabur.. aku tidak dapat melihat dengan jelas. penglihatanku kabur... Ya Allah... apa dah jadi ni??

"mak...mak..." aku pun memanggil emak.

"awatnya? org punya la ramai kat depan ni pun nak menjerit panggil mak lagi ka? bangun2 ja dah melalak panggil mak. mcm budak2.." sahut kak norli.

aku mencari-cari dari mana datangnya suara tadi.

"kak, naim tak nampak"

"nampak apa?mengigau la tu. tu la, lepas subuh sapa suruh tidoq..."

"naim tak nampak apa2 la kak..macam org buta..pasai apa ni??"

aku memang tak nampak apa2 dah...semua kabur..macam dah hilang penglihatan. memang gelabah gila la time tu... takut la wei, kalau2 aku dah buta...
abg ngah terus bawa aku pi hospital selama. lepas doktor check, dia cakap aku kena demam denggi.. aku tak nampak disebabkan demam aku memang dah teruk sangat. boleh bawak mati.. dah seminggu aku demam, kata doktor. aku sendiri pun tak tau aku kena denggi. memang ada rasa tak sedap badan, tapi biasa la aku ni memang malas nak pi klinik. malas makan ubat.

sebenarnya aku kena denggi masa kat kelantan lagi. memang dah ramai member2 matriks yg kena tahan wad. aku je malas nak pi check doktor, takut kena tahan.

last2 aku kena tahan wad kat hospital selama. esok hari raya.. aku beraya la kat hospital. 1st time aku tak berada di rumah berhari raya ngn mak ayah. memang sedih giler...akan ku cari nyamuk aedes yg membuatkan aku menderita.. aku bunuh kau... sampai sekarang aku memang dendam ngn nyamuk aedes..

selama sebulan gak la aku hidup dalam kekaburan.. pas kuar hospital, aku nampak gak la sikit2.. tak clear sangat.. aku tak amik cuti sakit pun. habis cuti raya terus balik kelantan.. belajar la aku dalam keadaan tak nampak tu.. hujung minggu je pi hospital kelantan check mata.. ingat lagi member aku, nasrul bawa aku pi hospital.. dah macam pimpin orang buta dibuatnya.. nak lintas jalan kena pegang bahu dia.. thanks bro. jasamu dikenang..

bersyukurlah dengan keistimewaan deria yg tuhan berikan kepada kita... memang susah sgt kalau hidup tanpa penglihatan...



















gambar kenangan di hari raya keluarga Haji Ab Rahman


*bersyukur dilahirkan dalam keluarga Haji Ab Rahman..

Friday, April 24, 2009

berukband...nate mung...

berukband...

aku guna berukband maxis... kekadang ok, kekadang hampeh... sampai kul1 pg je, dah asik putus2...membuatkan clien aku nak mintak khidmat bimbingan kaunseling pun takleh... kaunseling aku takdak la sehebat cikgu harithudin atau cikgu izhar kaunselor seratas tuh... tapi, baru je nak bukak kes pertama dah diganggu oleh keterukan berukband...
kan best kalo intenet dapat beroperasi sebaik mungkin...

andai dapat kuundurkan masa



andai dapat ku undur masa - AXL

Dalam usik ku merajuk seketika

Laluku pergi meninggalkan dirimu

Tanpa ku duga

Lilin menjadi bara

Gurauanku jadi dilema prasangka


Kau menyangka aku pergi kerna dia

Yang tak pernah wujud dalam alam cinta

Belum sempat ku jernihkan suasana

Engkau pula yang hilang

Entah ke mana


Puas sudah ku mencari

Ku tinggalkan pesan

Ku kirimkan berita

Agar dapatku temui dirimu

Umpama sebutir permata yang sirna


Andai dapat

Ku undurkan putaran dunia

Inginku ubah semula kata

Dan tingkahlaku yang salah

Agar kita dapat seiring

Di mercu asmara


Tak ingin lagi

Dan tak mahu lagi berpisah

Bukan dengan kerelaan hati

Penyesalan yang tiada kesudahan

Ku tersepit dalam jerat sendiri

Thursday, April 23, 2009

best picture of the week


gambar ini diambil semasa menunggu train di KLCC utk ke times square...

komen:
1. mastura seperti mengontrol ayu di depan camera.
2. syed nahar hilang kesopanan apabila duduk mengangkang di depan mastura.
3. bazli seperti sedang menahan nafas kerana dihimpit oleh hasanul.
4. hasanul cuba utk mencari ruang yg sememangnya dah takde ruang.
5. awek mat det ditinggalkan seorang diri bersama lelaki2 yg baru dikenali.
6. aini masih sempat senyum walaupun baru je mengadap ke arah camera.
7. nazri sanggup lari dari kem untuk berpoya-poya...
8. emon: peace....

bila lagi mau reunion???






















gosip liar: artis popular S*** N**** bersama kekasih hati...

kasih tak dianggap

Kasih Yang Tak Dianggap

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Wednesday, April 22, 2009

dah kena tag...

salam sejahtera,

aku terpaksa berkorban untuk kawan tu....

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : mohamad naim ( amik M la)
2. A four letter word : male
3. A boy's name : mamat
4. A girl's name : minah
5. An occupation : mak guard...(boleh la)
6. A color : merah..
7. Something you'll wear: mafla
8. A food : mee goreng
9. Something found in the bathroom: minyak rambut
10. A place : melaka
11. A reason for being late : malas
12. Something you'd shout : MASYAALLAH....
13. A movie title : meet the fockers
14. Something you drink : milo
15. A musical group : meet uncle hussin
16. An animal : monyettt
17. A street name : melati (jalan kt kampung aku)
18. A type of car : mitsubishi
19. Title of a song : maha karya cinta

jawab je la...

sarawak..


gambar ni diambik oleh mywife...gambar kat kuching...aku pi kuching bulan 10 tahun lepas... saje jalan2 makan angin ngn wife... kire honeymoon gak la...baru pas kawin masa tu... plastik hitam tu berisi kek lapis sarawak...ntah nama ape ntah kek lapis tuh... nak beli kek lapis ni kena naik bot kecik nih...tempat dia kt seberang sg.sarawak...

sarawak??? just nice...

sampai jugak korang ke FELDA Ijok...

hohoho...assalamualaikum...naeims ab rahman kembali...
semalam aku tak sempat nak keluarkan citer... so, hari ni aku kena la mengupdate jugak blog aku nih...tak sanggup aku melihat bila ade blog yg dah sebulan tak diupdate...tak nak la aku jadi camtu...sekurang2nya biarlah ade citer baru setiap 2-3 hari...takkan la xde citer langsung kan... semalam aku memang sebok sgt sampai tak sempat nak update... siang keje, malam plak cam penat semacam je...takde mood plak... hari ni aku nak citer pasal...pasal ape hah???? ntah... citer pasal kenduri aku la...

ni gambar masa kenduri kat umah aku... 27 disembar 2008...

ni dah tambah gambar zamri anuar, jimmy(lagi pendek dari zamri) dan penampilan istimewa, jinggo...(takut sial tgk jambang dia...)..pak ohm n ija dah balik kot masa ni...

terima kasih banyak2 kat member2 yang datang...penghargaan buat pak ohm dan isteri(ija), cikgu liana, cik samsinar, cik syatila, nour dan emon yg datang dari jauh. tak lupa pd zamri anuar, jimmy dan jinggo...memang aku hargai sangat la kehadiran korang... sanggup duk kat umah aku dari tghari sampai la ke petang...thanks a lot...


pali n family pun datang gak...siap bawak baby lagi...

aman chon ngn zaim pun ade gak datang...punya la lama tunggu bdk 2org ni...kul5 baru sampai...lepak kejap je...time kasih la byk2... nnt korg kawin aku plak nk pi buat kecoh...jgn tak jemput pulak...kalo takde ape2 hal, insyaAllah aku sampai...



Sunday, April 19, 2009

ahad, aku dan keje....

ari ni hari ahad....ahad hari cuti...tapi aku tetap kena pi keje...hampeh tul...ade keje kt site... keje cam aku ni tak ikut time...tak tentu masa...kalo time ade keje tu, balik kul5 pagi pun ade... tapi time xde keje memang aku merayau je...kul4 dah balik umah...hehe...semalam aku sepatutnya keje, tapi disebabkan aku memang malas nk pi keje, so ponteng la... malas nak bgn awal pagi...hehe...mana boleh bgn kalo dah tido pun kul4 pagi...bukan buat keje pun..aku melepak je kt umah eddy, main game PES2009...game bola...dah lama tak lawan PES ngn memember...sejak dah kawin ni la...aku ni jenis yg tak suka sgt kuar mlm2 lepak kt kedai mamak...kesian plak kt bini duk umah sorg2...lagipun memang bukan jenis melepak malam2...baik duk umah... tapi disebabkan aku membujang selama 2minggu, so baik aku pi umah member...duk umah pun bukan ade teman nk berborak...
aku kuar kul9 pagi tadi...kul2 baru balik...hujan lebat, nasib baik sembat siap keje tuh... aku jadi mando je....tengok je org buat keje...keje aku mamang rileks je, tapi tak syok la...tak kena ngn jiwa aku la... aku rasa time study la yg paling best...aku paling suka time sekolah menengah... pagi pi kelas, ptg main kt padang...hidup enjoy je... time study kt UM plak...ikut suka hati aku je nak pi kelas ke tak...petang je, main.... tapi sekarang ni, pagi pi keje, ptg balik, dah penat... nak main pun tak best...dah takde member nak join....malam plak tengok TV je la... nasib baik aku dah kawin, takde la hidup aku ni keseorangan...hehe...
nasihat kepada adik2 yg masih study tu, nikmatilah zaman remaja anda sebaik mungkin....

ahmad solahuddin & auni firdina. permata hatiku...

garuda the best

ari ni aku nk citer pasal bdk2 dorm aku..C16.. aku duduk katil bawah.. katil atas aku, kimi..ataupun mat nate…dia ni memang tinggi… org jelai, batu kurau…orgnya, sempoi je… kekadang tu lawak jugak.. kalau dia cakap, kena dengar betul2…sebab dia cakap bunyi lain sikit.. hahaha…
sebelah katil aku, ammet..org balik pulau, pulau pinang…hidung mancung… keturunan mami gak kot…masa form 1 sama tinggi ngn aku je, tapi skrg dah renjong…macamana boleh tinggi tak tau la…
atas katil ammet, hafizi(pg)org perlis.. dah kawin dah..dia ni tinggi jugak la... sampai sekarang tak berubah pun muka dia...same je... still kurus..
katil sebelah ammet, nazri..kalu tak silap aku la… nazri ni kami panggil kp sebab dia ketua batch kitorg.. nazri bdk selama, sama cam aku..hensem jugak la..ala2 hindustan gitu... skrg dah jd kepten..
atas nazri, romzi.. org kedah.. dia ni masa form 1 tak kena buli sbb jd jambu form5…member lain geram je..org lain kena wat keje, dia rilek je melepak ngn brader tu…hampes…
sebelah nazri plak, mawardi.. ni gangster batch aku.. badan besar…muka mcm cinpeng…memang ganas,aku pernah gaduh ngn dia ni…tapi kalo di surau dialah yg paling warak.. konpius aku…murid kesayangan pak alim(pengetua time tu)..
atas mawardi, mat det..org penang..tinggi, tapi cakap gagap…selalu kena kutuk... bila lari, bunyi kaki je kuat, tapi lari slow je....memang susah la nak tunggu dia habis cakap…hahaha…a..a…a..aku pernah gaduh ngn mamat ni masa form1.. saje je aku cari pasal…jahat tul aku…mulut je jahat…
katil sebelah plak, mat burn.. rambut kerinting, org gerik…aku taktau la apesal org panggil dia mat burn.. tame la yg mula bg nama kt dia...
atas dia azizul cheweng… depa ni memang kamceng masa form1..satu kampung la…cheweng ni agak lembut sikit..hehe..
katil sebelah plak, muktamir mukhzani…org penang…genius… exam memang terror walaupun tak study…memang dahsyat…orgnye kecik je, tapi ganas… melukis memang hebat… tapi skrg dah hilang mana ntah… a
ts plak, zurul…kami panggil zorro… pendiam je… tapi kekadang tu lawak jugak…selalu keluarkan idea gila2...
sebelah plak, firdaus shah…org kedah… masa form1 dia ni memang pemalu… ckp depan kelas pun dah merah muka… tup2, masa form5 jd ketua pelajar… heran aku…berubah terus penampilan… memang org yg disegani dlm sekolah… study pun hebat…

aikk…macam tak cukup je dak bilik aku ni…sape lg yg aku tertinggal??? rasa cam hilang 2ekor je… sape ha???? ooo…aku lupa k.anu…budak kedah..dia ni memang gila sikit…camana la aku leh lupa ketua rumah sukan garuda ni… lagi sorg sape yek??? misteri tul la…

ahhaaaa….aku dah ingat…dah separuh hari aku pikir, baru aku ingat balik sorg lagi makhluk tu…moktat la…org kedah…dia pernah jatuh katil sampai berjahit kepala…dia ni ade tahi lalat yg misteri kat muka dia… hahaha…

memang best la budak2 c16 ni... duduk plak sebelah bilik pengawas... selalu kena denda sbb suka sgt buat kapla... rindu zaman sekolah dulu....


Thursday, April 16, 2009

bila isteriku....

bila isteriku __________,
mula makan nasi bungkus,
bangun pagi mata berkabus,
letak syampu atas berus,

bila isteriku ________,
badan tegap jadi kurus,
makan jambu rasa gajus,
tengok dinding boleh tembus,

(________ = pergi kursus)

huhu...terpaksa membujang selama 2minggu...
bini kena pi kursus kt johor...2minggu lama tu....
layan blog je la aku mlm2...
tolong la tulis cerita byk2 supaya aku boleh baca...
cerita2 korang la yg jadi teman aku selama aku membujang..

bila takdak air

ni gambar masa aku gi picnic kat sg. gabai... best gak la lepak2 kt air terjun.
bila aku tgk gambar ni balik teringat 'bermis pool' kt belakang SERATAS.
memang best gi mandi kt situ...sebenarnya takdak la best sgt pon... tapi dah itu je tmpt mandi yg ade masa tu... boleh layan la... bila time takdak air plak kt asrama, kena mandi sungai kt hujung padang asrama puteri... budak2 laki memang best la pi mandi situ... sambil lalu kt aspuri, usha2 dulu...huhu...tapi bukan aku la,...cover line...(konon baik la)..hehe...tu la satu tempat nk mandi bila takdak air...bagi yg nak mandi la...tapi ade gak yg jenis tak reti nk mandi... memang pemalas giler...sape??? hehe...identiti dirahsiakan... lu pikir la seniri..

memang best kalo boleh picnic kt air terjun ngn member2... ape lagi??? suruh la mawardi rancang... hehe... asamekom...

Tuesday, April 14, 2009

aku suami

… 4 oktober 2008, tarikh yg cukup bermakna buat aku dan insan tercinta… Alhamdulillah, kami dah selamat diijabkabulkan pada tarikh ni…dah bergelar suami isteri…aku bersyukur sebab aku dah melangkah ke alam baru… menjadi seorang suami ni bukanlah sesuatu yg mudah… aku perlukan kekuatan untuk menjadi seorang suami yg baik… aku perlu belajar untuk menjadi seorang ketua keluarga… segalanya bergantung kepada aku untuk membentuk keluarga yg bahagia… memang aku akui yg aku masih mempunyai banyak kekurangan dalam segala hal… tapi aku cuba untuk memperbaiki diri ini demi keluarga yg tercinta, demi isteriku yg telah banyak memberikan aku harapan… siti mujahadah, suatu pemberian dan kurniaan yg cukup besar maknanya dalam hidupku… aku mencintainya dengan sepenuh hatiku…

kalau diberikan emas setinggi gunung, aku pilih cintanya..

kalau diberikan takhta takluki dunia, aku pilih hatinya..

kalau diberikan mahligai intan permata, aku tetap pilih dirinya..

cintaku kepadanya adalah cinta suci.. aku seorang suami.. aku mahukan seorang isteri yg memahami diriku.. aku mahukan seorang isteri yg ada disisiku walau dalam apa jua keadaan.. aku mahukan seorang isteri yg sanggup mencintai aku hingga ke akhir hayatku.. aku bukanlah lelaki yg terlalu sempurna seperti Muhammad, dan aku bukanlah mengharapkan isteri yg terlalu sempurna seperti Khadijah mahupun Aisyah… cukuplah sekadar kau memahamiku.. aku bukan seorang insan yg biasa hidup dalam kemewahan, aku bukannya seorang yg mengejar kekayaan semata… aku ahukan kebahagiaan, keindahan hidup berkeluarga.. isteriku, aku bersyukur kerana kau adalah pilihanNya untukku… aku bersyukur.. aku sangat bersyukur… Alhamdulillah.. terima kasih atas pemberianMu… Ya Allah…

aku seratasian



aku seratasian
Posted on November 4, 2008 by naeims. edit.
Categories: aku seratasian.

assalamualaikum…

aku baru je buat topik baru ni..saje nk kenang balik zaman sekolah aku kt seratas.. aku bersyukur sangat sebab dapat masuk seratas.. sebelum masuk seratas dulu, aku tak tau pun sekolah ni.. memang la pernah lalu depan pintu masuk seratas yg bertulis ‘daulat tuanku’ tu, tapi aku ingatkan tu tempat anak2 raja belajar.. hehe.. mana la aku tau… kalo nak diikutkan, aku bukannya nak sangat masuk seratas ni.. tapi mengenangkan semua perbelanjaan persekolahan aku ditanggung kerajaan, jadi aku pun tak fikir panjang dah la.. dapat la aku ringankan beban ayah.. sekurang2nya ayah tak payah la nak tanggung duit sekolah aku.. yuran, pakaian, makan-minum, semua ditanggung. duit belanja pun dapat… mana aku nak dapat peluang macam ni lagi… kira aku ni bertuah jugak la dapat masuk seratas ni.. kenapa aku yg dapat masuk seratas pun tak tau la.. upsr aku pun bukannya ok sgt.. ramai lg member sekolah rendah yg dapat result lg best… rezeki tuhan yg tentukan… Alhamdulillah…

aku teruja...



assalamualaikum...
tajuk akufikirkan hari ni, 'aku teruja'...
ces, tak sampai 12jam aku kuarkan post yg pertama, dah dapat 3 komen...
sume nak komplen pasal aku letak gambar zaman seratas dulu...hahaha...
strategi nak bagi korang kenal aku la...
kalo letak gambar sekarang ni, takut hangpa tak kenal plak...
dulu muka muda lagi, sekarang ni dah rupa bapak orang...hahaha...
ape2 pun memang respon yg baik dari group nih...
masa aku buat blog kt friendster dulu, aku bg 14 post, dapat 1 komen je...
hampess....

amaran buat naharabdullah, jangan nak copy plak ape yg kita chat semalam....
hahaha....

tak boleh nk tulis banyak sangat... banyak lagi keje nk buat ni....

salam.....

Monday, April 13, 2009

salam perkenalan


nama : mohamad naim bin ab rahman
umur : 24
location : bandar baru bangi
career : masih dalam peningkatan kerjaya
education : SERATAS, Taiping...> matriks Kota Bharu...> uni malaya

sebenarnya aku baru je nak berjinak2 dalam menulis blog ni... sebelum ade gak tulis blog guna friendster...tapi dah lama giler tak post...cam nak start dari mula balik je... so, kepada semua yg dah terra tulis blog, mintak sokongan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...