Pages

Thursday, May 14, 2009

perjalanan ke penang

memandu seorang diri ni memang bosan giler... aku bertolak dari KL tepat pukul 12 t/hari.. agak2 dalam pukul 5 petang boleh la sampai Penang. aku pun tak tau kenapa aku nak sangat pi kenduri kahwin member aku yang sorg ni.. malas tu memang la malas, tapi entah la.. macam ada sesuatu yang menguatkan semangat aku untuk ke majlis ni. aku memandu sambil mendengar alunan radio. kedengaran suara jawa rangers dengan semangat sedang menjalankan tugas sebagai penyampai radio Hot FM.

jam menunjukkan pukul 4 ptg. dekat dah ni nak sampai rumah nazri.. nazri tinggal di batu feringgi tak jauh dari rumah member aku yang nak kahwin ni. so, aku dah janji nak lepak umah dia malam ni. majlis esok hari kami akan bertolak beramai-ramai dari rumah nazri. mawardi and the gangs maybe sampai lewat malam sebab diorang bertolak lambat sikit. mawardi cakap diorang gerak 2 kereta. aku je yg gatal sangat nak bertolak awal, sorang2 plak tu.

jalan untuk ke rumah nazri agak sunyi. cuaca yang mendung menyebabkan keadaan agak gelap dan samar2. aku memasang lampu kereta. tiada kereta lain yang melalui jalan ni. nazri cakap ni jalan pintas nak ke rumah dia. menyusuri tepian pantai. memang mendamaikan, tapi sunyi sangat. kalo malam hari memandu ikut jalan ni memang kurang sesuai. sedang asyik aku melayan keindahan pantai, tiba-tiba...

aku terlihat kelibat seorang kanak2 perempuan berpakaian serba putih melintas jalan. aku terpaksa mengelak dari terlanggar kanak2 tu. boomm... aku terlanggar batu penanda di bahu jalan. batu penanda putih tu pecah dan menyebabkan kereta aku kemek sikit di bahagian depan. kenapa la ada kanak2 perempuan plak kat sini. dah la nak lintas tak tengok kereta yang lalu. aku memandang cermin mencari kelibat kanak2 tersebut. dah hilang dari pandangan.. malas aku nak berhentikan kereta kat kawasan ni. tak pasal2 kemek kereta baru aku ni.. hilang rasa mengantuk dan penat buat seketika. kalau la aku terlanggar kanak2 tadi, macam mana la... nasib baik sempat elak. dan nasib baik tak terbabas terus masuk dalam semak.

pukul 5.30 ptg baru aku sampai rumah nazri. dia pun baru je balik dari tempat kerja. turun je dari kereta, aku terus membelek keadaan depan kereta. teruk jugak la.. aku pun menceritakan apa yang berlaku pada nazri. raut wajah dia berubah.. tanpa memberi komen, dia terus ajak aku masuk dalam. hari pun dah maghrib.. lepas solat, nazri ajak aku pi rumah tok imam. dia cakap ada hal sikit nak bincang dengan tok imam. aku dan nazri pi umah tok imam naik motor je.. rumah tok imam dekat je kata nazri..

pukul 9malam..
aku duk di luar sementara nazri berbincang sesuatu dengan tok imam. selepas 10minit berbincang, nazri ngn tok imam pun keluar. tok imam menerangkan sesuatu pada aku. tok imam cakap mungkin aku dah terlanggar batu nisan kubur seorang kanak2 perempuan yang mati kena langgar kat jalan tu. kanak2 tu terus dikebumikan ditepi jalan tu. kubur tu tak boleh ubah sebab ada penunggu. meremang bulu roma aku dengar citer tok imam. tok imam bawa sebaldi air yang telah dijampi dengan bacaan ayat suci al-quran terus kerumah nazri. dia curahkan air tersebut pada kereta aku. dia cakap, kalo tak buat macam ni, banyak benda tak elok akan berlaku.. belum sempat tok imam menghabiskan sesi 'memandikan kereta' aku, tiba2 kereta aku hidup sendiri. terlompat tok imam.. "dah terlambat" kata tok imam... "cepat panggil orang kampung"
aku tercengang.. tak pernah aku alami benda macam ni. ada cahaya merah yang keluar dari dalam kereta. nampak kelibat seorang kanak2 perempuan kat dalam kereta tu.. berpakaian putih..kereta mula bergerak.. semua orang lari dan aku terjatuh.. mata aku terpejam rapat. tak berani aku nak bukak mata.. semakin kuat deruman kereta aku dengar..tiba2...

aku bukak je mata, aku dapati yang aku berada atas katil.. jam pukul 6.30ptg.. aku mimpi.. hampeh tul... tido dari kul 3 tadi.. mimpi memang mainan tido... bangun semayang asar... terus tulis citer ni...

pengajarannya: jangan tido petang lama2 sangat.. sampai senja...tak elok...

5 comments:

  1. saspenss..igtkan kisah betol..rupanya kisah keliwon..haha..

    ReplyDelete
  2. citer ni betul la... betul aku bermimpi... aku pun saspenss... yg peliknya, kenduri sapa kt penang? kenapa nazri duk penang? kan dia keje kt kelantan skarang nih??

    ReplyDelete
  3. nk g knduri umah aku ke tuh weh? mcm umah aku jer kat png, dkt plak ngn kem askar... hehehe....
    hmmmm.... aku rs mimpi hg tu nk ingtkn ttg bday aku sbb tu mimpi tu trjadi [d 14 mei dan tmpt kejadian adalah batu feringghi.... hehehe...

    ReplyDelete
  4. sangat2 mendebarkan..meremang la jugak..yg paling saspen nape chin peng xciter pun dia nak g penang? adekah dia cube menyembunyikan sesuatu? seb baek mimpi je..

    ReplyDelete
  5. bleh bagitau david teo nih, mesti die nak buat filem pnyer...buleh bagi tajuk JANGAN TIDOR PETANG...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...