Pages

Thursday, December 17, 2009

skuad malaysia, terus berjuang..


assalamualaikum...

hari ini skuad bola sepak malaysia akan turun sekali lagi menentang pasukan Vietnam. vietnam dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mendapatkan pingat emas bagi perlawanan pada hari ini. malaysia sebelum ini telah ditewaskan oleh vietnam dengan jaringan 3-1 dalam peringkat kumpulan.

hari ini skuad malaysia diharapkan dapat mencipta kejayaan dan menyumbangkan emas yang telah sekian lama diidamkan. kali terakhir malaysia memenangi pingat emas bagi acara bola sepak sukan SEA adalah pada tahun 1989. 20 tahun yang lalu.


kejayaan malaysia ke peringkat akhir telah sedikit membuka mata rakyat malaysia yg selama ini memberikan kritikan hebat kepada skuad bola sepak malaysia. memang diakui skuad malaysia masih lagi lemah dan jauh ketinggalan dalam sukan ini. tetapi dengan kejayaan menjadi juara pada sukan SEA kali ini akan dapat memberi sinar harapan untuk sukan ini terus mendapat tempat di hati peminat sukan tanah air.

corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad malaysia pada kali ini dilihat lebih baik dan teratur. serangan pantas yg dilakukan memang dapat membuatkan pihak lawan berasa bimbang. kepantasan pemain2 muda membuat larian dan kawalan bola yg baik dapat menghasilkan kejayaan.

sama-samalah kita menyokong skuad bola sepak malaysia. jangan menyerah sebelum bertempur.. teruskan semangat juang anda..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...