Pages

Wednesday, December 2, 2009

berkorban apa saja..

rabu, 2 disember 2009..
dah masuk bulan 12 dah.. cepatnya 2009 hampir meninggalkan kita..
dah seminggu tak masuk office.. cuti tahunan telah aku habiskan untuk balik kampung raya haji. sempat la balik kelantan dan perak. hati rasa tenang sangat bila dapat berada di samping keluarga tercinta.

Tahun ni aku menunaikan ibadah korban di kelantan kampung halaman isteriku. kemeriahan menyambut raya haji memang terasa bila aku sama2 turut menjalani ibadah korban. ini merupakan pengalaman pertama aku.. belum pernah aku menunaikan ibadah korban sebelum ni. kalau di perak, ibadah korban dijalankan di masjid. dan aku tidak begitu terdedah dengan aktiviti menyembelih binatang korban. tahu2 je, daging korban dah ada di rumah.

hari raya ke-3, aku bertolak balik ke kampungku di perak. pukul 4 ptg sampailah ke FELDA Ijok. perjalanan mengambil masa hampir 5 jam. sebaik saja melihat wajah mak dan ayah, hati aku rasa tenang sangat. segala kekusutan yg bersarang dalam kepala ni boleh hilang begitu saja. seronok bila dapat berada bersama keluarga. melihat mak dan ayah gembira, adik2 riang bergelak tawa..

inilah nikmat hidup berkeluarga.. jasa mak dan ayah takkan aku lupakan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...