assalamualaikum...
aku berada di rumah walaupun jam dah tunjuk kul 11.00 pagi.. hari jumaat, tak pi keje ke naimabrahman hari ni?hehe...hari ni malas nak pi keje...alasan? nape yek?? sebab, semalam dah keje malam sampai kul 5 pagi.. so ari ni dah malas nak keje.. alasan diterima...
petang ni dah plan nak balik kampung..nape?? sebab, nak balik kampung la... hari ahad ni mybrother nak kawin la... so aku dah amik cuti selama 1 minggu.. macam aku plak yg nak kawin. hehe..kalo ye pun aku nak kawin, ape salahnye.. hehe.. tapi ngn wife aku gak la.. naik pelamin sekali lagi... best wooo... cuti aku dah diluluskan 3minggu yg lalu... aku dah mintak awal2..
sebenarnya keje tengah banyak sekarang nih.. aku plak nak cuti.. camana yek?? aku plak takde pembantu yg boleh nak settlekan keje2 aku yg berlambak tuh... aku jugak yg kena settlekan semua... ingat aku ni robot ke?? siang keje, malam pun keje.. huhu...aku nak keje lain la...
kul3 ptg ni ade interview keje kt subang. tapi aku cam malas je nak pegi. post building planner.. kena tau microsoft project.. boleh la nak goreng sikit2.. primavera??? ntah la.. aku xtau software ni...hancus...
aku mahu kerja....JKR, cepatlah berikan aku kerja... hampeh tul JKR...
Friday, May 29, 2009
Friday, May 22, 2009
berakit di sungai nenggiri
assalamualaikum...
cuti semester memang masa yg ditunggu-tunggu.. untuk program hijau tahun 2007, aktiviti berakit di sungai nenggiri telah mengisi masa cuti semester aku. memang satu pengalaman yg tak akan aku lupakan.. memang sangat mencabar.

perjalanan dari KL ke Gua Musang menaiki keretapi.
bersesak dalam sebuah lori untuk perjalanan ke sungai nenggiri.

taklimat sebelum memulakan aktiviti berakit
bermulanya suatu pengembaraan yg mencabar.
kami berakit sepanjang sungai nenggiri, sepanjang hari.
rehatkan minda merasai nikmat keindahan alam ciptaan tuhan.
kita rehat sebentar di kawasan air terjun..
bila malam menjelma, khemah didirikan untuk menghilangkan penat lelah. aktiviti malam lebih santai dan menghiburkan.
pengalaman bermalam di perkampungan orang asli memang sesuatu yg tidak boleh dilupakan.

Saturday, May 16, 2009
apa cita2 anda?
cuba kita imbau kembali kenangan di zaman persekolahan...
1. tadika islam felda ijok
ustazah : awak nak jadi apa bila besar nanti?
faiz : doktor
marzuki : polis
naim : haa?? apa ustazah??
2. sekolah kebangsaan sultan idris 2
cikgu rosnah : apa cita2 awak bila dewasa nanti?
najib : lawyer
farid : lawyer jugak cikgu
naim : saya tak mau jadi lawyer cikgu. saya nak jadi peguam.
(dalam hati, "lawyer tu ape ha??")
eh! tak mau la jadi peguam, nak jadi askar.
3. SERATAS
cikgu norasmah (guru kelas 1K) : apa cita2 awak semua?
syed nahar : doktor
meso : engineer
naim : saintis..(amik hati cikgu asmah, cikgu sains)
4. Universiti Malaya
lecturer : apa nak jadi la dengan kamu ni???
naim : ("jadi orang la..." dalam hati)
SEKARANG...
apa aku nak jadi??? ntah la...
pernah tak kita tanya apa cita2 seorang guru??
insan bernama guru : cita2 saya adalah untuk melihat kejayaan setiap pelajar saya. kejayaan awak semua adalah hadiah paling istimewa untuk saya.. semoga awak semua berjaya dalam hidup.
selamat hari guru..

Thursday, May 14, 2009
perjalanan ke penang
memandu seorang diri ni memang bosan giler... aku bertolak dari KL tepat pukul 12 t/hari.. agak2 dalam pukul 5 petang boleh la sampai Penang. aku pun tak tau kenapa aku nak sangat pi kenduri kahwin member aku yang sorg ni.. malas tu memang la malas, tapi entah la.. macam ada sesuatu yang menguatkan semangat aku untuk ke majlis ni. aku memandu sambil mendengar alunan radio. kedengaran suara jawa rangers dengan semangat sedang menjalankan tugas sebagai penyampai radio Hot FM.
jam menunjukkan pukul 4 ptg. dekat dah ni nak sampai rumah nazri.. nazri tinggal di batu feringgi tak jauh dari rumah member aku yang nak kahwin ni. so, aku dah janji nak lepak umah dia malam ni. majlis esok hari kami akan bertolak beramai-ramai dari rumah nazri. mawardi and the gangs maybe sampai lewat malam sebab diorang bertolak lambat sikit. mawardi cakap diorang gerak 2 kereta. aku je yg gatal sangat nak bertolak awal, sorang2 plak tu.
jalan untuk ke rumah nazri agak sunyi. cuaca yang mendung menyebabkan keadaan agak gelap dan samar2. aku memasang lampu kereta. tiada kereta lain yang melalui jalan ni. nazri cakap ni jalan pintas nak ke rumah dia. menyusuri tepian pantai. memang mendamaikan, tapi sunyi sangat. kalo malam hari memandu ikut jalan ni memang kurang sesuai. sedang asyik aku melayan keindahan pantai, tiba-tiba...
aku terlihat kelibat seorang kanak2 perempuan berpakaian serba putih melintas jalan. aku terpaksa mengelak dari terlanggar kanak2 tu. boomm... aku terlanggar batu penanda di bahu jalan. batu penanda putih tu pecah dan menyebabkan kereta aku kemek sikit di bahagian depan. kenapa la ada kanak2 perempuan plak kat sini. dah la nak lintas tak tengok kereta yang lalu. aku memandang cermin mencari kelibat kanak2 tersebut. dah hilang dari pandangan.. malas aku nak berhentikan kereta kat kawasan ni. tak pasal2 kemek kereta baru aku ni.. hilang rasa mengantuk dan penat buat seketika. kalau la aku terlanggar kanak2 tadi, macam mana la... nasib baik sempat elak. dan nasib baik tak terbabas terus masuk dalam semak.
pukul 5.30 ptg baru aku sampai rumah nazri. dia pun baru je balik dari tempat kerja. turun je dari kereta, aku terus membelek keadaan depan kereta. teruk jugak la.. aku pun menceritakan apa yang berlaku pada nazri. raut wajah dia berubah.. tanpa memberi komen, dia terus ajak aku masuk dalam. hari pun dah maghrib.. lepas solat, nazri ajak aku pi rumah tok imam. dia cakap ada hal sikit nak bincang dengan tok imam. aku dan nazri pi umah tok imam naik motor je.. rumah tok imam dekat je kata nazri..
pukul 9malam..
aku duk di luar sementara nazri berbincang sesuatu dengan tok imam. selepas 10minit berbincang, nazri ngn tok imam pun keluar. tok imam menerangkan sesuatu pada aku. tok imam cakap mungkin aku dah terlanggar batu nisan kubur seorang kanak2 perempuan yang mati kena langgar kat jalan tu. kanak2 tu terus dikebumikan ditepi jalan tu. kubur tu tak boleh ubah sebab ada penunggu. meremang bulu roma aku dengar citer tok imam. tok imam bawa sebaldi air yang telah dijampi dengan bacaan ayat suci al-quran terus kerumah nazri. dia curahkan air tersebut pada kereta aku. dia cakap, kalo tak buat macam ni, banyak benda tak elok akan berlaku.. belum sempat tok imam menghabiskan sesi 'memandikan kereta' aku, tiba2 kereta aku hidup sendiri. terlompat tok imam.. "dah terlambat" kata tok imam... "cepat panggil orang kampung"
aku tercengang.. tak pernah aku alami benda macam ni. ada cahaya merah yang keluar dari dalam kereta. nampak kelibat seorang kanak2 perempuan kat dalam kereta tu.. berpakaian putih..kereta mula bergerak.. semua orang lari dan aku terjatuh.. mata aku terpejam rapat. tak berani aku nak bukak mata.. semakin kuat deruman kereta aku dengar..tiba2...
aku bukak je mata, aku dapati yang aku berada atas katil.. jam pukul 6.30ptg.. aku mimpi.. hampeh tul... tido dari kul 3 tadi.. mimpi memang mainan tido... bangun semayang asar... terus tulis citer ni...
pengajarannya: jangan tido petang lama2 sangat.. sampai senja...tak elok...

Monday, May 11, 2009
aku budak sekolah...
assalamualaikum...
hari ni aku nak citer pasal zaman kanak2 aku... aku mula masuk sekolah masa umur 6tahun... bukan sekolah rendah, tapi tadika.. aku tak masuk tadika kemas...tapi aku masuk tadika islam.. agak sedih gak la masa kecik2 dulu... tadika kemas banyak mainan, tapi tadika islam xde ape2 pun.. huhu.. tapi banyak benda yg aku belajar di tadika islam...tapi kenapa aku kena hantar ke tadika islam??? abg aku masuk tadika kemas...
masuk darjah satu, aku masuk kelas 1Mawar.. kelas cikgu Rosnah... garang giler... kalo wat salah je, dia akan pulas perut, tak pun tarik sideburn (betul ke ejaan)...sakit giler...aku tak dapat jadi ketua kelas sebab ade org yg lebih comel dari aku masa tu...huhu..
aku sememangnya malas belajar sejak sekolah rendah lagi... mak aku selalu marah sebab aku tak pernah nak ulangkaji pelajaran.. keje sekolah buat malam2..tu pun sebab terpaksa.. kalo takdak keje sekolah, jangan harap nak bukak buku.. tapi pernah ke takdak keje sekolah??? so,untuk memaksa aku belajar, mak berjanji nak beli basikal kalo dapat no.1... aku tak pernah dapat no.1 sekolah pagi.. kalo sekolah agama tu memang aku top student la.. hehe... walaupun mak dah janji nak beli basikal, tapi aku tetap malas nak belajar... tapi bila exam je, tetiba aku dapat no.1.. aku pun terkejut... apa lagi, terus mintak basikal kat mak aku.. hehe... dapat la basikal sebijik...belajar tetap malas.. tu je la sekali dapat no.1..nasib je...lepas tu mak dah tak mau janji ape2 hadiah kat aku...huhu...
nama sekolah aku. sekolah kebangsaan sultan idris 2...atau singkatannya SKSI 2... sekolah kampung je... budak2 yg belajar kat sini pun bukannya pandai2 sangat... budak kampung la katakan... tapi aku bersyukur sebab dapat belajar dengan seorang guru yg sgt dedikasi.. Cikgu Razak Yusuf, jasamu takkan aku lupakan... memang cikgu yg sgt tekun dalam memberikan ilmu kepada pelajarnya... walaupun ade gak org kata cikgu razak macam pilih kasih, tapi aku tetap suka cara dia mengajar... keje sekolah memang banyak giler... tak terbuat... memang selalu la aku kena denda berlari keliling padang, berdiri luar kelas... macam2 la.. buat malu je ketua pengawas kena denda...huhu..
tapi, kerana ketegasan cikgu razak, aku berjasa dapat keputusan yg agak baik dan dapat masuk seratas...terima kasih cikgu...

emak...
emak...
engkau mendidik dan membimbing
mengajar kami berdikari
demi wawasan yang suci murni
emak...
enkau berkerja penuh masa
jadi kemegahan anak bangsa
moga tercapai cita-cita
emak...
bagiku engkaulah ratu
penawar di kala ku merindu
engkau yang disayangi dihormati
emak...
tiada seindah kata2
kuiring sekalung doa
bahgialah hidupmu sentiasa
emak...
jasamu akanku sanjung tinggi
baktimu kusemat kan di hati
suci sejernih embun pagi
engkau mendidik dan membimbing
mengajar kami berdikari
demi wawasan yang suci murni
emak...
enkau berkerja penuh masa
jadi kemegahan anak bangsa
moga tercapai cita-cita
emak...
bagiku engkaulah ratu
penawar di kala ku merindu
engkau yang disayangi dihormati
emak...
tiada seindah kata2
kuiring sekalung doa
bahgialah hidupmu sentiasa
emak...
jasamu akanku sanjung tinggi
baktimu kusemat kan di hati
suci sejernih embun pagi
Friday, May 8, 2009
seharian di rumah...
hari ni memang aku rasa malas sgt nak pi keje... aku sengaja lewat2kan masa... seawal pukul 9 pagi telefon sudah berdering.. 6 miss call yg aku tidak jawab... nombornya macam kenal je.. tapi aku malas nak jawab.. kalo jawab nnt mesti banyak plak benda nak kena buat.. banyak plak perkara2 yg akan menserabutkan kepala aku... dah la kepala aku ni dah semakin serabut..dah memang sarat ngn perkara2 yg tak dapat nak aku fikirkan apatah lagi untuk diselesaikan.. jam menunjukkan pukul 9.30 pagi..aku masih di atas katil... memejamkan mata yg dah tak sanggup lagi dipejamkan... aku mengambil keputusan utk cuti je hari ni... malas nak fikirkan segala masalah yg memenuhi benak fikiran ini..
pukul 11.30 pagi... mywife dah kuar gi sekolah... dia pun suruh aku duk umah je... dia pun dah faham kalo tengok aku malas2 nak gi keje tu, mesti ade masalah... baik duk umah je..amik cuti, rehatkan minda...tak payah nak pening2... nasib baik en.nazri tak call hari ni... en.hussien sivam pun dah malas nak call aku...
hari ni seharian aku duk umah je... ade sub-con call, aku temberang je.. jahat sungguh aku... duk umah termenung memikirkan masa depan... mywife dah hantar borang GSTT untuk aku... aku nekad, kalo dapat GSTT aku nak berenti keje nih...keje yg menyakitkan otak... kerja untuk memenuhi kehendak orang atasan yg tak memahami situasi kerja yg sebenarnya.. letih nak melayan karenah orang2 telekom nih...
pukul 7.15...
mywife dah balik... aku masih dalam bilik... makan meggi je hari ni.. takde mood nak memasak... mywife tak terus naik bilik... mesti dia tengah masak kat dapur... buat sup ayam... sedapnye... pas makan malam, dia ajak gi Billion... ade sale... dah memang hobi dia gi shopping bila ade sale... ikut je la... beli bantal sebijik... murah katanya...RM9.90... murah la tu... dia belek2 baju kemeja untuk aku... aku memang malas nak beli baju.. tambah2 kalo aku tak berkenan... so,dia pun tak jadi nak beli baju utk aku... haha...
kul10.00...
singgah MiniMydin... nak beli bedak katanya... so berenti kat situ...dekat sejam gak la... banyak gak membeli...aku beli air vitagen je...perisa anggur...sedap gak... kul11 balik umah... bukak labtop...dan di sinilah aku sampai saat aku menulis ni... masa untuk tido...esok ade keje kt setapak...survey cabinet telekom... memang membosankan... aku mahu lari dari kebosanan ini...

Wednesday, May 6, 2009
aku dan boling
aku memang dah lama tak main boling.. last sekali main boling masa reunion seratas hari tu la... memang best... dapat RM500... jangan jeles semua... dan naim, jangan la riak sgt... huhu... dulu masa kat UM memang selalu gi main boling.. boleh dikatakan setiap minggu mesti main boling... masa tu main kat bangsar shopping centre (BSC)..kat situ je yg murah masa tu.. RM10 dapat main sampai 4 game... memang murah giler la tu... tapi hari selasa je la... so, setiap hari selasa memang geng2 aku akan beramai2 menyerbu BSC... yg selalu join aku main boling dah tentu la cabil, thoriq, eddy, yob, afiq, zarir, izman.. naga, yus, hisyam agak susah la nak join... hisyam byk sgt alasan... yusrul asyik nak dating je... naga plak tak sanggup nak membazir... senang cakap, diorang ni bukannye reti sgt main..haha...
memang rindu nak main boling ngn member2 macam dulu... sekarang semua dah sibuk ngn kehidupan masing2.. aku, thoriq dan naga masing2 dah kahwin... eddy memang sibuk ngn keje... cabil dah asyik terperap je dalam bilik kt umah sewa... yob dah duk ngn kembar dia ayim, dah susah nak ajak kuar.. tambahan plak dah ade awek plak skarang nih... zarir sibuk ngn master dia... kan best kalo boleh spend masa utk main boling ramai2 cam dulu... tentu aku yg menang... hahaha...riak kembali...

dari kiri : cabil, thoriq, eddy, zarir
thoriq je yg dah kahwin, yg lain single lagi...ni gambar masa main kt the mines tahun lepas.. masa ni aku duk serumah ngn diorang nih.. xtvt main boling masih diteruskan walaupun dah abis belajar..
kena letak gambar nih... aku tengah leading masa nih...memang riak habis la.. thoriq tengah down sindrom giler.. muka memang bengang giler...cabil dah sakit kaki memang tak power dah.. eddy memang bukan cabaran..zarir plak memang dah berat bontot, nak strike pun susah..
thoriq sebelum down sindrom..tiga2 org pakai baju UM..baju free...
memang rindu kehidupan kat UM dulu..sentiasa ade xtvt yg menyeronokkan... sekarang dah sibuk...kehidupan yg penuh cabaran sedang menanti di hadapan.. so, hidup perlu diteruskan..
renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, May 5, 2009
ayah memang hebat...
assalamualaikum...
penceritaan tentang keluarga aku... susah senang kehidupan keluarga aku...
kita mulakan dengan gambar nih..

ni adalah gambar ayah dan mak...
ayah dah berumur 60tahun.. dah pencen pun.. sekarang ni duk umah, bercucuk tanam.. ayah memang suka sangat menanam sayur-sayuran..semua jenis sayur ayah tanam keliling umah.. cakap je nak makan sayur ape, sumer ade.. ayah memang rajin... ayah memang seorang yg sangat aku kagumi.. ayah tegas, tapi seorang yg sgt penyayang dan sensitif...ayah juga seorang yg suka berjenaka.. kalo dulu, ayah memang garang giler... anak2 memang tak berani nak bertentang mata ngn ayah.. tak berani langsung nak buat salah...kalo ade salah pun, buat diam je.. mana berani nk citer.. ayah memang sgt mementingkan pelajaran..ayah tak belajar tinggi sebab hidup susah.. sejak muda lagi ayah dah bekerja.. ayah seorang yg suka berniaga.. macam2 perniagaan ayah dah buat... ayah sgt mengharapkan anak2 berjaya... ayah tak pernah menunjukkan kemarahan bila anak2 gagal peperiksaan... tapi dari raut wajah ayah aku tahu ada sesuatu yg terpendam dalam hatinya... kalo anak2 melakukan sesuatu yg membanggakannya, ayah tidak tunjukkan perasaan bangganya... tapi jauh di sudut hatinya, dia bahagia... aku suka bila ayah kata aku adalah pembuka jalan kejayaan buat keluarga.. aku pembuka jalan buat adik-adik... dari kata2 ayah, aku tahu ayah sgt menaruh harapan yg tinggi padaku.. aku masih ingat kata2 yg sgt menyentuh perasaanku...
"ayah tak harap duit dari anak2 ayah, kalo tak boleh bagi kesenangan pada ayah, tak pa...tapi jangan bagi kesusahan pada ayah..."
ayah sekarang nih dah jadi imam masjid kt kampung.. susah sikit la nak jalan jauh lama2.. kalo datang kl ni, kejap je dah nak balik...teringat pada keja imam dia... tanggungjawab... aku doakan semoga ayah sentiasa bahagia... terima kasih ayah atas segala pengorbanan yg telah kau lakukan demi keluarga... ayah adalah tokoh yg paling aku kagumi...

ROKOL
"rokol..."
"rokol..."
"rokol..."
kedengaran suara sayup2 melaungkan suatu perkataan yang tidak pernah didengar sebelum masuk SERATAS.. jam menunjukkan pukul 5.30 pagi... rokol adalah suatu perkataan yg membawa erti lebih kurang berkumpul la.. maknanya, bila ada je org melaungkan "rokol", so kena la turun bawah menghala ke suatu tempat berkumpul.. kalo dulu selalunya berkumpul di antara blok AB dan CD...
rokol ni aku pun tak tau la mana asal usul perkataan ni..maybe "row call" la kot... dulu masa form 1 ada la sorg senior student matriks (dulu kan ada pelajar matriks kt sekolah) yg suka sangat buat rokol nih... asik2 nak buat rokol... kul 5.30 pagi je terdengarlah suara dia melaungkan "rokol"... nama senior ni roslan..(kalo salah tolong jolokkan) sampai org dah gelarkan dia sebagai abg rokol... biasanya rokol yg dia buat khas utk budak2 junior je, form 1 dan form 2... senior sumer dah malas nak layan... rokol ni diadakan untuk kejut pi semayang subuh.. bila sumer junior dah turun dan beratur, dia pun kira la...cukup ke tak... sape lambat siap kena denda lagi...
lepas dah kira, semua org kena pergi surau time tu jugak...dah tak boleh balik dorm..tapi ade je yg balik sambung tido..huhu...awal sgt la... masa rokol ni memang boleh tgk budak2 yg baru bangun tido terus berlari2... masa on the way pi surau tu, siap ada yg berjalan sambil tutup mata... kaki melangkah, mata terpejam..."panggg" langgar tiang... ade jugak yg jatuh longkang... terus hilang mengantukkk...segar terus kerana ke'malu'an... sampai je surau sambung tido balik... semayang subuh biasanya kul 6.15pagi...
memang suatu pengalaman yg tak dapat di tempat lain... hanya di SERATAS.. 'di sini pemimpin dilahirkan...'

Monday, May 4, 2009
kehidupan bukan percuma
kerja...
kenapa manusia perlu bekerja?
kan best kalo tak payah keje..
tapi kalo tak keje camana nak hidup?
apa kene mengena keje ngn hidup?
ye la, bekerja utk menanggung kos kehidupan..
menanggung kos kehidupan..
kenapa kehidupan perlu ada kosnya..
kan best kalo semua benda kt dunia ni percuma...
free of charge..
best giler...
nak apa2 amik je...
tak payah nak pikirkan pasal kewangan..
sapa la yg cipta sistem jual beli nih?
nak sesuatu, kena beli..
takde duit, tak boleh memiliki...
huh..aku bosan dengan kehidupan yg semakin menghimpit...
yang kaya berada di atas..
kaya dan semakin kaya..
yang miskin terus dengan kemiskinan..
aku sukakan kesederhanaan..
aku cintakan kesamarataan..
keadilan..
kesamarataan..harta dikongsi bersama..
sesuatu yg diperjuangkan oleh komunis..
takkan aku menyokong komunisme..karutlah..
aku cuma mahukan keadilan..
sesiapa yg mahukan kejayaan, maka dialah yang berhak memperolehinya..
sesiapa yg malas, hanya menunggu bulan jatuh ke riba, terus ketinggalan..
aku tak mahu ketinggalan..
aku harus bangkit, mengejar kejayaan..
naim ab rahman, kau boleh..
kau mampu utk berjaya..
kejarlah cita-citamu..
haaa??
apa cita-cita aku???
masih adakah sinar kejayaan??
terus berteka-teki..

Subscribe to:
Posts (Atom)