Pages

Monday, February 21, 2011

PilihanRaya Kampus UM. lagi calon hilang..

"KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin." petikan Kosmo Online.

haha.. dah macam main nyorok2 plak. pilihan raya kampus di Universiti Malaya memang sentiasa mencuri perhatian media. macam2 peristiwa yang berlaku sepanjang pilihan raya berjalan. memang dah macam pilihan raya umum malaysia dah.

pada dasarnya pilihan raya kampus dibuat adalah untuk memilih pemimpin mahasiswa yang akan memimpin dan menjaga kebajikan mahasiswa. setiap pemimpin yang dipilih tidak kiralah dari pihak mana sekalipun seharusnya memperjuangkan hak dan kepentingan mahasiswa. pemimpin yang dipilih akan menjadi suara mahasiswa. jadi, biarkan mahasiswa yang membuat pilihan sendiri. kenapa perlu ada campurtangan politik kotor tidak kira dari mana2 parti politik samada kerajaan atau pembangkang.

kenapa perlu wujud pro-pembangkang atau pro-kerajaan. sepatutnya hanya ada pro-mahasiswa. kenapa perlu ada rekrut dari parti politik negara? biarkan pilihan raya kampus berjalan dengan bersih tanpa ada campurtangan politik luar.

sekadar pandangan bekas pelajar UM.

3 comments:

  1. terus imajin ko pakai blazer..ko kan suker! hehe..

    ReplyDelete
  2. haha.. tu dulu2 masa sekolah.. kat UM aku dah tak join PRK ni. serabut je..

    ReplyDelete
  3. eleh.. aku tak percaya.. masakan kat friendster dulu ko pakai sweater ada tulis nama Uni malaya... mesti ang ada semangat cintakan universiti yg tinggi.. mesti darah pemidato masih mengalir dalam kapilari!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...