Pages

Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal JKR



hari ni adalah hari terakhir aku di Ibupejabat JKR Malaysia. ni semuanya sebab Malaysia Menang semalam. kalau tak, aku boleh je stay sampai Jumaat. tapi jumaat plak diisytiharkan sebagai cuti umum.. marah betul aku kat skuad Datuk K.Rajagopal ni. eh, sejak bila Rajagopal dapat datuk ni. bertambah plak sorang lagi Datuk K.

opsss... kena kekalkan mood sedih untuk meninggalkan JKR. makanya, esok aku akan ke Ipoh. untuk apa? berkhidmat di Ipoh pulok la.. cess.. kau ingat aku suka? suka sebab dah dapat jawatan tetap. tiada lagi status kontrak. TIDAK SUKA sebab dipindahkan ke Ipoh dan berjauhan dengan Datin Muja. aduhhh... letih la aku nak berulang-alik Ipoh-KL pas ni.. huhu.. sungguh aku tidak suka..

hari ni aku bawa LAKSA PENANG ke opis. saja nak jamu member2 opis sempena hari akhir aku di sini. laksa yang dibuat sendiri oleh Datin. ape? kau ingat datin tak pandai buat laksa penang? resipi mak mentua lagi tu.. Datin adalah orang kelantan yang makan laksa penang tapi tak makan laksam kelantan. hehehe...

dah..dah..aku nak kemas barang ni... daaaa...

2 comments:

  1. haaa???apa????datin muja wat laksa sndri tanpa bantuan sapa2???
    what's????hahahhahhahhaha

    ReplyDelete
  2. apa?? ingat bini kami tak pandai buat laksa ka ha? hang tu yang tak reti.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...