Pages

Tuesday, November 30, 2010

seratas, aku rindu kamu

SERATAS..
hari ni aku banyak menggoogle pasal seratas..
tengok blog2 yang ada word 'seratas'..
banyak jumpa blog Batch2 selain Batch aku.
sebenarnya aku pun kurang pasti, aku batch keberapa..

SERATAS
aku try juga search seratas 9701..
yang aku jumpa blog yg kurang aktif.
update dari teman2 seratas dah semakin kurang.
sunyi..
sepi..

SERATAS
aku tengok banyak gambar gathering batch lain.
ada juga yang buat kat sekolah.
ada juga buat reunion kat seratas berserta dengan motivasi..
untuk adik2 yang masih menuntut di seratas.
cemburu..

SERATAS
aku semakin jauh.
meninggalkan atau ditinggalkan.
kurang pasti.
mungkin aku yang menjauhkan diri.

SERATAS
semakin rindu.
semakin jauh.
semakin sepi.
bila aku akan kembali.

sejak dulu lagi aku menyimpan hasrat untuk buat satu reunion besar-besaran. dan semestinya aku nak buat kat SERATAS. aku nak kumpul semua batch 9701. tiada yang tercicir.

langkah pertama?
senarai nama semua x-student batch 9701 diperlukan. siapa nak update?

masih dalam perancangan.. perlukan pertolongan.. ada yang sudi membantu?

Monday, November 29, 2010

seronoknya membeli surat khabar di mid valley




semalam, hari ahad..
aku bawa Datin dan Cik Pura ke Med belley... (mid Valley la...)
aku dah janji nak bawa datin pi mid valley. janji perlu ditunaikan..

3 jam aku di mid valley. dari pukul 4 sampai kul 7.
aku hanya sekadar mengikut. tiada nafsu membeli-belah..
datin bukan main suka lagi... kejap ke sana, kejap ke sini..
aku hanya memerhati..

niat datang ke mid valley untuk tukar RM ke Rupiah..
katanya berbaloi tukar di mid valley..

dalam perjalanan ke tempat parking kereta:

"beli ape kat mid valley?" aku.

"beli surat khabar. Metro, Kosmo dan BH." jawab datin..

"seronoknya membeli surat khabar di mid valley..." dalam hati..

Friday, November 26, 2010

Dato' Ir. Mohamad Naim Ab Rahman


Mohamad Naim Bin Ab. Rahman

TAWARAN PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN JURUTERA (AWAM) GRED J41

di kementerian/jabatan : Kementerian Kerja RAya Malaysia


wahhh...
aku dah dapat tawaran tetap..
makkkk, ayahhh... anakanda dah dapat tetap..

tapi belum tahu di mana..
surat lapor diri dari kementerian belum diterima.
baru dapat surat SPA je..

penempatan pun belum tahu..
encek penempatan, sila tempatkan saya di Putrajaya.
sebelah pejabat Dato' Seri Najib.
latak nama Dato' Ir. Mohamad Naim Ab Rahman

kalau tak boleh kat sebelah bilik PM, letak sebelah bilik TPM pun takpe..
senang sikit nak pantau kerja2 pemimpin negara. haha..

putrajaya dah penuh?
dapat letak kat JKR Kajang pun ok.
duk sebelah bilik Jurutera Daerah.
dekat dengan rumah..
senang nak balik lunch kat rumah bersama Datin.
hehe..


mesyuarat atas katil sebelum tido:

dato' N : kalau abang ditempatkan kat JKR negara lain, macam mana?
datin M : ada ke JKR kat negara lain?
dato' N : takde. hehe.. kalau kena kat negeri lain?
datin M : tolak je..
dato' N : ha??? No way.. No way.. No way..

Monday, November 22, 2010

Pokke oh Pokke..

ini adalah gambar seekor POKKE. ada jugak yang panggil menatang ni cicak Gecko @ Tokke. kalau dekat kelantan plak, orang panggil POKKO.

sebab apa aku letak gambar menatang ni?? sebab... masa kat kampung hari tu kecoh cerita pasal pokke ni. kecoh kat rumah aku je la.. sejak beberapa hari lepas, rumah pak haji man (ayah aku la) didatangi oleh menatang ni.. kejap2 keluar la bunyi menatang ni... camana bunyi dia ntah.. tak ingat plak aku.. apa yang menarik pasal menatang ni? dikhabarkan yg menatang pokke ni boleh dijual dengan harga yang mencecah 100 ribu ringgit malaysia.. sejauh manakah kebenarannya?? aku pun tak tau..

disebabkan khabaran inilah yang membuatkan semua orang kat rumah tu asyik cerita pasal pokke je.. kalau betul la boleh jual mahal, wahhh... pak haji man kayo... hahaha... pokke ni dikatakan dapat menjadi penawar kepada penyakit AIDS.. tu yg jadi mahal tu. dan menatang ni jugak sukar untuk dijumpai masa sekarang ni. pokke ni jugak adalah binatang yg sangat berbisa. dikhabarkan lebih bisa dari ular tedung. betulkah??

ada sesiapa nak beli menatang ni???



Sunday, November 7, 2010

gambar kenangan

Gambar kenang-kenangan..
bukan bererti orang dalam gambar ni dah takde ok..
sekadar mengenang kembali zaman kecilku..

dari kiri : naim (aku la tu), Abg. Zam, Siti Safura (adik masih solo), Abg Mat

tengok muka aku masa ni memang suci murni..
muka budak baik.. aku memang baik pun..
tengok baju kami adik-beradik, sama kan?
gambar time raya ni.
baju aku dengan abg. mat mesti sama..
baju raya dulu-dulu buat sekali dengan sampin..
baju ngn sampin pakai kain yg sama.
so, warna pun sama je.. dah tak nampak sampin..
(siti, awat kepala hang selalu senget?)

ni gambar kat rumah arwah Tok Som..
tempat paling best untuk jumpa sedara-mara..
memang happening..
masa yang paling best kat rumah Tok adalah time kenduri..
meriah tahap gaban..
maklumlah keluarga besar..
(makluman: adik-beradik mak aku 19 orang. satu ibu)

opss.. yang mana satu aku??
gambar aku adalah yg kena conteng tu.
sapa yang suka sangat menconteng gambar aku?
memang banyak gambar2 aku yg diconteng masa kecik2 dulu.
aku ke yg conteng?? ntah la..
(yang paling kiri berdiri tu abg mat. pakai baju gambar belon2.. haha.. sangat comel)

adib farhan and family

nama kanak2 riang kat atas ni adalah Adib Farhan.
umurnya 5tahun.. belajar di prasekolah..
badan kecik je.. tapi mulut memang besar..
banyak mulut dan sangat bijak..
pemikiran macam orang tua.. sangat lucu..
tiada gigi..

ni adalah keluarga Adib Farhan.. iaitu keluarga Saharom Ab. Rahman.
keluarga abg Long aku.. Adib ni anak bongsu dalam keluarga..
buat masa ni la..

ni abg kepada adib farhan.. aiman hakimi.. tapi panggil pahmi..
sebab masa kecik2 dulu selalu demam, tok moh suruh tukar nama pahmi..
ceh.. apa punya tok moh..
budak ni sangat loyar buruk dan cakap tarak betui..

ni gambar adib dan addin..
bff 2 orang ni.. bestfren forever..
2-2 tak pandai main bola.. hahaha

nah, amik pose menarik dari adib farhan..
adib kalau cakap memang kita susah nak faham..
contoh ayat yg paling menggelikan hati..

"kami buwi bowa tato tat teto"

apa tu??

adib kalau masuk Akedemi Fantasia, dia punya tagline adalah:

"ayah kami hebat"

hahaha... memang budak yang kelakar..
sangat mengagumi kehebatan ayahnya...

Saturday, November 6, 2010

Cinta Berahi

seperti sirih pulang ke gagang..
aku kembali ke Pantai Cinta Berahi (PCB)..
di sinilah tempat yg suatu ketika dulu
pernah mendewasakan aku..

seperti biasa, tujuan kembalinya Dato' N dan Datin M ke PCB ni adalah untuk menikmati colek.
memang sedap jugak la colek kat sini.. tegok saje la gambar kat atas ni. memang mengiurkan..
memang menjadi suatu kebiasaan bagi aku dan Datin untuk datang ke PCB ni jika berkesempatan..

sedikit aksi pelik daripada Dato' dan Datin..
Datin malu2 plak.. "minum la air kelapa ni"

"takmau sudah.. aku bedal sorang je.."
sharing is caring... agak kedekut sikit bila air kelapa dikongsi..

turut serta dalam kembara ni adalah 2 orang dayang.. kongsi jugak.. romantik tu..

memang sesuai untuk pasangan suami isteri menghabiskan masa bersama di waktu petang.. hanya suami isteri dibenarkan.. pasangan kekasih tidak digalakkan.. takut terlebih galak pulak..

tapi yang kurang menariknya adalah keadaan pantai yang kurang memuaskan.. air laut warna cokelat.. nampak macam kotor sikit.. mencacatkan pemandangan pantai.. tapi masih ramai lagi orang yg datang melawat kat sini..

semoga PCB kekal menjadi tempat yg membawa seribu kenangan di hati Dato' dan Datin..

Friday, November 5, 2010

pengganti DAT224

inilah pengganti KANCIL DAT224..
Nouvo LC 135.
warna Merah menyala..
baru sekali cuci..
berusia 2bulan..

(MyVi Pink dah takdak di pasaran.. bagussss)

cinta hati

kisah perkenalan disulam rasa cinta.
8 tahun perkenalan.
2 tahun berkongsi kehidupan..

masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain..
masih banyak lagi yang perlu dipelajari.
walaupun telah banyak yg dilalui bersama..

semoga kisah cinta ini kekal selamanya.
seteguh cinta Muhammad dan Siti Khadijah.
setulus kasih Adam dan Hawa..

Thursday, November 4, 2010

kisah aku dan firefly


aku memang jarang2 la naik belon (kapalterbang).. tapi bukan tak pernah ye.. ada la 2-3 kali naik sebelum ni. Mas sekali, AirAsia pun sekali.. pi sabah dan sarawak..

so, kali ni aku nak naik firefly plak. aku ada bengkel MARRIS kat Kuala Terengganu. MARRIS tu adalah singkatan daripada perkataan Malaysian Road Record In System (betul ke ni?).. ingat2 lupa lak.. yang betul2 mastermind pasal MARRIS ni adalah En.Arif (lelaki berbaju putih dalam gambar). aku hanyalah menjadi pembantu dia.. hahaha.. aku pi bercuti je sebenarnya.. (jangan bagitau bos).. ssshhttt...
sebenarnya En.Arif la yang pilih nak naik firefly ni.. katanya nak try naik firefly plak.. aku ok je.. aku cakap kat dia,

"arip, ok gak naik firefly.. kot2 la pramugari dia cun.. airasia punya tak cun la.."

hahaha.. pilih firefly untuk pramugari yg cun... "ku ingin terbang, tinggi di awan, bersama bintang bersama bulan"... penerbangan dijadualkan pukul 2.50 ptg.. so aku dan arif dah tunggu awal la.. takmau la terlepas plak.. bila sampai pukul 2.50, tak naik2 lagi.. ape citer ni?? delay ka?? tidakkk...

dah pukul 3.10, masih belum ada berita.. pastu ada la pengumuman kata delay kul 5.30 ptg plak.. cis.. dekat 3 jam delay weiii... ape cer... ceh.. "sumpah takmau naik firefly dah.." kata en.arif.. nasib baik dapat makan free kat kopitiam.. hehe..
masa tengah makan kat kopitiam, dapat plak mesej kata flight kul 4.10 ptg... masa tu dah pukul 4 ptg.. gila apa??? so, terkejar2 la aku ngn arif nak pi tempat naik flight.. habiskan air cepat2.. elok dah keluar dari kopitiam je, dapat balik mesej kata flight kul 6.10 ptg plak... mengooonggg tul firefly.. terus update status facebook,

"firefly ni nk kena fire ni.. firefox betul.."

Dato' N masih mampu tersenyum walaupun kecewa dengan perkhidmatan yg disediakan dan kecewa kerana tiada pramugari yg cantik macam dalam awan dania..

masa dalam firefly, tengok la kat pramugari dia.. en.arif pun berkata..

"ceh, tak macam awan dania pun naim.. muka macam tapir je.."

memang tak cun pun pramugari dia.. hahaha... satu benda yang aku agak teruja adalah, pilot yg membawa kapalterbang yg aku naik ni adalah seorang wanita melayu islam dan bertudung.. memang salute.. walaupun sebenarnya terdapat sedikit perasaan takut sebab dia boleh buat aksi mengelak pothole masa kat landasan... (pothole adalah lubang kat jalanraya)
hahaha...

itulah pengalaman Dato' N bersama FIREFOXXXX...

Wednesday, November 3, 2010

aku mangsa banjir


Banjir datang lagi...
haha.. macam iklan Tora kat tb la plak..
adakah anda salah seorang mangsa banjir?? adakah anda berada di kawasan banjir?? sekarang ni banjir dah berlaku di negeri2 utara dan pantai timur.. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.. dah mula banjir.. memang kebiasaannya banjir akan berlaku hujung2 tahun ni..

adakah aku mangsa banjir?? jawapannya.. YA..
tapi kenapa pulak aku menjadi mangsa banjir? aku berada di Kuala Lumpur. mana ada banjir lagi.. aku bukan duk Perlis atau Kelantan. walaupun kampung datin di kelantan.. memang aku mangsa banjir yang tak kena banjir.. sedih punya cerita..

hari ni dah dapat berita malang ni.. BILIK GERAKAN BANJIR JKR TELAH BEROPERASI.. jadual bertugas telah disediakan.. dan yang lebih malangnya adalah.. DATO' NAIM - 17 NOV 2010. tahukah anda tarikh apakah itu??? ohh..tidak!!! adakah aku akan berkorban di bilik gerakan banjir jkr ibupejabat???

camana nak cakap kat datin ni?? ingatkan nak amik cuti balik kampung.

ALAMAK!!! tindakan akan dikenakan kepada sesiapa yang ingkar!!!

aku dalam dilema.. aku mangsa banjir.. selamatkan aku!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...