Pages

Monday, June 21, 2010

Piala Dunia

assalamualaikum..

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Demam Piala Dunia sedang melanda. aku pun turut merasa kehangatan dan semangat Piala Dunia. kalau masa kecil2 dulu, aku langsung tak peduli dengan kehadiran piala dunia. mungkin kerana aku tidak begitu gemar menonton Siaran Langsung Bola Sepak. sekarang ni, sudah lain. aku dah mula minat menonton bola sepak. ada satu masa tu, aku cakap kat mak, aku nak ke kedai menonton perlawan Bola Sepak. mak jadi hairan. sejak bila pula aku suka tengok bola??? mak kata, dulu aku tak kisah langsung pasal nak tengok bola.. haha..

kalau dulu, aku suka main bola je.. tengok bola tak minat..

tapi sekarang ni dah terbalik.. nak main bola dah tak larat, so tengok je la..

berbalik kepada piala dunia, bagi aku Piala Dunia 2010 agak berlainan dengan yg sebelum2 ni. bagi edisi kali ni, banyak keputusan2 yg tidak dijangka berlaku.

pasukan2 gergasi banyak yg tumpas.
terlalu banyak keputusan seri.
susah sangat nak tengok gol.
banyak pasukan main bertahan je..

so, kesimpulannya, agak hambar la.. tapi aku tetap akan mengikuti perkembangan Piala Dunia. aku ramalkan Argentina akan menjadi juara edisi 2010. Majulah sukan untuk negara.

saya yg melaporkan,

1 comment:

  1. eleh bukan ke ko sokong england? aku memang harapkan benua amerika selatan je. tak pun italy atau sepanyol. tapi croatia kuat plak??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...