Pages

Wednesday, January 20, 2010

suami, isteri dan ....

assalamualaikum...

di pagi hari, tatkala merempuhi kesesakan lalulintas arus kota metropolitan, suara kecoh DJ radio Faizal Ismail dan Farah Fauzana sentiasa menjadi peneman. Peneman di kala rasa mengantuk masih menyelubungi diri. berbekalkan air vitagen dan gula2 getah wrigleys supermint yang menjadi kudapan pagi sebelum tiba di pejabat.

Topik hangat di corong radio adalah mengisahkan seorang isteri yang membuat panggilan mengadu rasa kurang selesa dengan layanan yg diberikan oleh si suami. katanya si suami terlalu mengongkong kehidupannya sehinggakan dia tidak dibenarkan langsung untuk bersosial dengan rakan2 sepejabat walaupun telah menjalinkan perkahwinan selama 8 tahun. sehinggakan untuk makan tengahari pun perlu pulang dan makan di rumah. setiap masa si suami akan menelefon isteri bila berjauhan. hmmm..memang mendapat respon yang sangat banyak daripada pendengar radio yg ingin memberi pendapat.

ada pendengar yg merasakan tindakan si suami adalah salah dan ada juga yg menyatakan si isteri sangat beruntung mempunyai suami yg sangat perihatin.. ada yg mengutuk tindakan si suami dan ada juga yg mencemburui si isteri kerana merasakan si suami tersebut tersangatlah penyayang dan mengambil berat.

terdetik di hati ini untuk memberikan respon dan pandangan tapi dipendamkan saja.. takkan la aku nak call HotFM plak..huhu.. tapi pada pendapat aku, si isteri tersebut sepatutnya telah faham dan masak dengan tindakan suaminya kerana mereka telah berkahwin selama 8 tahun. seharusnya dia tahu bahawa tindakan suaminya bukanlah atas dasar tidak mempercayai, tapi atas dasar kasih sayang. Sepatutnya si isteri bersyukur kerana mempunyainya suami yg sangat menyayanginya..

cara seseorang menunjukkan kasih sayang adalah berbeza. begitu jugalah cara seseorang menilai kasih sayang. bersangka baiklah sesama suami isteri kerana ianya akan membawa kepada kebaikan..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...