Pages

Wednesday, September 9, 2009

JAMBU dan BULI..

assalamualaikum pembuka bicara..


gambar kat atas ni diambil dari KOSMO online..

menunjukkan seorang senior sedang meminta maaf daripada seorang pelajar tingkatan 1 atas kesalahan buli.

2 orang di hujung kiri dan kanan tu adalah bapak 2 orang pelajar ni la..

yg kat tengah tu cikgu.

kes buli ni mendapat liputan media setelah si bapak kepada mangsa membuat laporan polis yg anaknya kena buli + sepak + terajang oleh si senior yg tidak berpuas hati dengan junior nih.


kalau diimbas kembali zaman persekolahan di seratas dulu, kes buli ni memang sesuatu yg sangat dipandang serius.

bukan setakat pandang je, tapi telah banyak tindakan yg diambil oleh pihak sekolah untuk membendung kegiatan kurang sihat ni.


kebiasaannya pelajar tingkatan 1 dan 2 adalah sasaran untuk dijadikan mangsa buli.

kejadian buli ni biasanya berlaku kerana ketidakpuasan hati senior kepada seseorang junior.

maka, apabila senior mendapat peluang untuk mengenakan si junior ni, dan terjadilah kes buli.

macam2 la yg junior ni kena buat untuk memuaskan hati senior ni.


antara perkara yg biasanya perlu dilakukan oleh si junior adalah menjadi hamba abdi kepada senior seperti disuruh mengambil makanan di dewan makan, basuh baju senior ataupun menjadi tukang urut. itu perkara yg biasa dilakukan oleh seorang junior.


kalau junior ada melakukan sesuatu yg dianggap salah di mata senior pula, macam2 denda akan direka khas untuk menghukum si junior. contohnya, berdiri separuh atau nama komersialnya shoalin iaitu berdiri dengan membengkokkan kaki seperti sedang duduk di atas kerusi.

selain itu hukuman yg agak popular juga adalah helikopter, iaitu tangan kanan memegang telinga kiri dan jari telunjuk tangan kiri diletakkan atas lantai, lalu beberapa pusingan perlu dilakukan sehinggalah sesorang yg melakukannya berasa pening dan tidak mampu untuk berdiri akibat kepeningan yg teramat sgt.


bagi sesetengah pelajar yg tidak sanggup untuk berdepan dengan kegiatan buli ini, telah mengambil langkah selamat iaitu men'JAMBU'kan diri kepada senior2. jambu membawa maksud seperti adik angkat ataupun dalam bahasa artisnya adalah anak ikan.
untuk menjadi jambu pula, seseorang junior perlu memiliki ciri2 tertentu iaitu muka mestilah bersih, putih dan ala2 manja. seseorang jambu juga perlu menjadi ala2 hamba kepada senior yg menjadikannya jambu. bukan semua orang berhak untuk mendapatkan title jambu.
perbuatan membuli ini banyak menimbulkan masalah kepada sekolah.
pembuli2 ini hanya akan insaf apabila pepriksaan SPM menjelang tiba.
satu majlis bermaaf-maafan akan diadakan di surau. pelajar2 senior akan menitiskan air mata memohon maaf seolah-olah akan mati di keesokan harinya.
namun, keinsafan ini hanyalah sementara...
kepada mangsa2 buli, ambil pen dan kertas kemudian senaraikan nama2 senior yg membuli anda. ingatkah lagi anda kepada mereka2 ini???


4 comments:

  1. aku nak tambah ciri-ciri yg perlu ada pada seorang jambu, selain comel, putih dan manja, dia juga perlu KURUS, popular dan mungkin jikalau memiliki kakak cantik. hahahha...

    **kurus merujuk engkau mohd naim abdul rahman yg dulunya kurus tetapi kini kembang**

    aku adalah mangsa buli. kalau aku nak catat nama mereka, memang banyak. form 5 kita dulu sume kaki buli tolak abang buniyamin je yg baik hati.

    **type sambil padang2 takut norhan nampak

    **norhan tu senior kita!! knal dok??

    ReplyDelete
  2. cis, hatiku terasa seperti sedang ditusuk sembilu..bukan kembang, tapi sihat..

    norhan adalah seorang senior yg disandingkan di atas pentas dalam dewan besar. kalau tak silap aku la..

    syed nahar adalah jambu kepada AZIM...
    hahaha..

    ReplyDelete
  3. syed, masih ingatkah pada KALOI the dammed senior.
    hang agak2 kalau dia jumpa kita sekarang, kalau ajak bertumbuk, dia brani tak?
    hahah

    ReplyDelete
  4. eleh dia tak berani kot...sebab dulu kita rasa dia mcm gergasi tapi la sama saiz je...**aku je yg kecik.

    tusuk sembilu?? ko ni byk tgk filem erra fazira lah! hahahaha..sejak bila aku jambu terhadap azim mata bulat tu? gila hang asyik kena hempuk je jambu mende..dalam dorm aku yg jambu baqi jek...
    mat due nak menjambu pun tak dapat. hahaha.. eh lupa. wahab pun jambu gak ngan abang matrix tuh..tapi tak ler se take care mat dect ngan jambu dia..atau pun romzi ngan cha.

    azri hang sepejabat ngan idasary ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...