Pages

Thursday, August 13, 2009

jangan biar otak jadi beku

khamis, 13 ogos 2009.

jangan biar otak jadi beku...
hari ni aku sampai office awal, seawal jam 8.00 pagi. takde jem sgt hari ni. tak macam semalam, sgt2 jem..sampai office dah pukul 8.45.. lewat la maknanya... itu la masalahnya kalau hujan di pagi hari.. jalan akan jadi sesak sgt...KUALA LUMPUR kota kesesakan...
dah pukul 11 pagi. baru lepas siapkan kerja yg ditangguhkan dari hari Isnin hari tu. bukan ditangguhkan sebab aku malas, tapi sebab bos takde nak semak surat. so, hari ni dah siapkan dan dah hantar untuk dipos kepada si penerima.

apa yg akan aku buat hari ni?
a) jalan2 kacau orang buat kerja
b) pergi bilik wan azhar dan tido
c) main FM season3
d) tunggu keje baru sambil buat2 ade keje

dah 35 hari aku memperhambakan diri di sini.. kerja dah ade la sikit2. belum banyak kerja lagi. ataupun memang kerja tak banyak. kalau macam ni la kerja kat sini, memang aku goyang kaki. mana boleh goyang kaki je.. tak nak la makan gaji buta je.. tapi aku buat keje jugak.. bukan aku tak buat keje langsung. cuma keje aku tak banyak. takkan la aku nak mintak buat keje orang lain plak. hehe..
kalau dulu keje kat SHAL CORPORATION, aku memang kaki rayau. mana nak lekat kt office. ade je keje aku kt luar. kalau takde keje pun, aku tetap keluar. jalan2 cari makan. tapi sekarang, aku kena duduk je kat sini walaupun takde keje.. tunggu habis waktu keje..
hari masih muda... mungkin nanti ade lagi keje selambak untuk aku.. apa yg ada dalam kepala hotak aku sekarang ni adalah, 'bila gaji nak masuk da???'

Tuesday, August 11, 2009

Bio-Nik buat aku sakit hati

Bio-Nik ditayangkan setiap hari Isnin jam 9malam. hampir setiap minggu aku mengikuti episod drama melayu ni. pelakonnya adalah kamal adli, intan ladyana, fizo omar dan ramai lagi la. aku takde la kenal semuanya. penerbitnya plak adalah KRU Studios. kira cerita ni KRU punya la. dan sebab tu la aku ada minat mau tengok ini cerita. ye la, citer KRU ni kira boleh layan la jugak kan??? minggu demi minggu aku tengok citer ni, aku dah rasa pelik je.. ape punya citer la ni.. skrip memang terabur habis.. hancur.. jalan citer, macam budak2... citer superhero, tapi aksi macam citer teater kanak2.. ada hati nak samakan citer ni ngn citer superhero omputeh. hampeh.. sape la pengarah citer ni.. penulis skrip memang hingusan... budak sekolah buat citer lagi best la... buat sakit hati je tengok.. kalo ye pun nak buat citer bersiri suoerhero, buat la betul2... ni macam main2 je... buat malukan industri per'drama'an melayu je... sekarang ni aku tengok drama melayu kat TV dah semakin mengarut... satu lagi citer yg tak best adalah PUTERI AURORA BERADU... memey, setakat berlakon tido je... hahaha... kelakar... baik tak payah berlakon drama la.. berlakon dalam dunia realiti hebat sangat... "keluarga saya sokong dengan segala apa yg kata lakukan". berkhalwat pun keluarga boleh sokong ke??? pelik tul...

aku yg sakit hati...

Monday, August 10, 2009

Babi tu Haram...


H1N1 @ selsema BABI...


semakin hari semakin ramai yg menjadi korban. masa mula2 penyakit ni menular, kerajaan Malaysia dengan beraninya telah menyatakan bahawa Malaysia bebas daripada jangkitan ini. negara lain telah banyak kes, tapi masa tu Mlaysia memang la bebas. tapi dalam sedar atau tidak hari ni dah ramai yang menjadi mangsa. kes korban telas mencecah hampir 30 orang. setiap hari ada kes baru. semakin hari jumlah kes semakin meningkat, apa tindakan kerajaan Malaysia? hanya mengeluarkan statistik dan bilangan mangsa hari demi hari. setiap hari keluar berita mengatakan yg penyakit ni bahaya. tapi apa yang perlu dilakukan?? setakat suruh basuh tangan, batuk tutup ngn sarung tangan.. manalah org yg batuk tu tahu dia ada penyakit selsema babi ni..

sekarang ni memang aku takut sangat nak pi tempat yg ramai orang. tempat yg ramai orang ni ada macam2 jenis penyakit. mintak jauh penyakit ni dari diri aku dan keluarga serta rakan2ku.. diharap cepat la penyakit ni dapat ditangani. semoga tiada lagi yg menjadi korban.
di mana boleh aku dapatkan topeng muka yg orang selalu pakai tu???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...