assalamualaikum pembuka bicara...
papadom, satu lagi karya afdlin shauki yang sgt aku kagumi. papadom mengisahkan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga anak perempuannya yang semakin meningkat dewasa.
memang aku tunggu2 sangat nak pi tengok filem ni kat panggung.. tambah2 lagi bila filem ni dah menang award Festivel Filem.
so, hari rabu 14/10/2009 aku dan wife terus buat plan nak pi tengok citer ni. nak booking tiket, tapi dah fully book. susah la plak nak tengok citer ni. dengar kata, hari ke4 citer ni ditayangkan, dah berjaya dapat sejuta. waaaa...
dengan slambernya takde tiket aku main redah je pergi alamanda dengan harapan dapat beli tiket untuk menonton jam10 malam. masa tu dah kul9 baru sampai alamanda. wife aku masuk carrefour, aku pi beli tiket. beratur dalam 10 minit, sampai turn aku, tinggal 2 tiket je lagi, tu pun depan sekali dan tepi sekali. mana best tengok camtu.. tak mau la beli..
tunggu tiket release je la kul9.30. nasib baik dapat tiket yg org booking tapi tak amik.. puas hati..
saadom nasi kandar...
memang best sangat citer ni. boleh membuatkan orang gelak tak henti2.. dan ada gak part yg memang menyentuh perasaan. wife aku mengalirkan air mata sebanyak 2 kali. sedih... aku?? (mana boleh aku mengalirkan air mata...) macho beb... jaga ke'macho'an anda.. (air mata tak mengalir sebab aku dah kesat sebelum ianya mengalir..hehe)
inilah pengorbanan seorang bapa.. teringat plak ayah di kampung yg sentiasa berkorban demi anak2. kalau bukan kerana ayah, pasti aku tidak capai seperti apa yg aku kecapi sekarang ni..
inilah masanya untuk aku balas jasa ayah..
tahniah buat afdlin yg berjaya membuat filem yg berkualiti. teruskan usaha anda..
No comments:
Post a Comment