Pages

Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal JKR



hari ni adalah hari terakhir aku di Ibupejabat JKR Malaysia. ni semuanya sebab Malaysia Menang semalam. kalau tak, aku boleh je stay sampai Jumaat. tapi jumaat plak diisytiharkan sebagai cuti umum.. marah betul aku kat skuad Datuk K.Rajagopal ni. eh, sejak bila Rajagopal dapat datuk ni. bertambah plak sorang lagi Datuk K.

opsss... kena kekalkan mood sedih untuk meninggalkan JKR. makanya, esok aku akan ke Ipoh. untuk apa? berkhidmat di Ipoh pulok la.. cess.. kau ingat aku suka? suka sebab dah dapat jawatan tetap. tiada lagi status kontrak. TIDAK SUKA sebab dipindahkan ke Ipoh dan berjauhan dengan Datin Muja. aduhhh... letih la aku nak berulang-alik Ipoh-KL pas ni.. huhu.. sungguh aku tidak suka..

hari ni aku bawa LAKSA PENANG ke opis. saja nak jamu member2 opis sempena hari akhir aku di sini. laksa yang dibuat sendiri oleh Datin. ape? kau ingat datin tak pandai buat laksa penang? resipi mak mentua lagi tu.. Datin adalah orang kelantan yang makan laksa penang tapi tak makan laksam kelantan. hehehe...

dah..dah..aku nak kemas barang ni... daaaa...

harimau malaya mengaum, garuda penyet..



wei.. malaysia menang piala suzuki (AFF).. malaysia hebat..
kemenangan ni menebus penantian selama 14 tahun malaysia nak memang piala suzuki ni. memang menjadi sejarah.. dan sekarang skuad harimau muda dah menjadi bualan ramai.. dan semestinya skuad TimNasIndon tidak akan mendabik dada la.. hahaha..

aku memang tak melepaskan peluang untuk menonton malam tadi. cancel agenda tengok wayang aku di malam khamis. demimu Malaysia.. siapa bilang Malaysia tidak mampu. walaupun aku tak dapat tengok game kat malaysia yang menang 3 - 0 tu, tapi aku memang dah puas hati dengan game malam tadi. corak permainan bertahan dan sekali-sekala buat counter attack. boleh dikatakan menarik jugak la.. tapi yang pasti, GK malaysia memang mantap.

dan sebagai habuan atas kemenangan ini, hari Jumaat diumumkan sebagai cuti umum. haha.. menang la selalu supaya banyak la cuti umum.. hehe..

apa2 pun, malaysia boleh...

Tuesday, December 21, 2010

saya yang menurut perintah



petang tadi aku pi ke bahagian sumber manusia, cawangan pengurusan koprat. mencuba nasib. mana la tau, boleh adjust balik pasal penempatan aku ni.

ok, ramai jugak yang tertanya-tanya pasal penempatan aku ni.. huhu.. aku ditempatkan di kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT). mula2 tu aku ingat kena kat HQ KPKT Damansara. rupa2nya aku ditempatkan di KPKT Ipoh. memang aku terkejut tak terkata apa. terus call Datin..

ok, sambung balik pasal petang tadi. aku jumpa dengan En. Hashim Buyu, Ketua Penolong Pengarah J52. aku pun bincang la pasal kesulitan aku untuk ditempatkan di KPKT Ipoh. Jawapannya negatif. sebab, penempatan tu semuanya adalah urusan KPKT. JKR hanya memberi penempatan di KPKT. KPKT yang menempatkan pegawai2 yang baru melapor diri. ceh.. sedih plak..

usaha telah dilakukan.. beberapa komen dan nasihat yang aku terima dari kawan2 seperjuangan..

"terima je la mana yg dia bagi, mungkin inilah tempat yang terbaik untuk kita." positif

"ni lantikan pertama kau. baik kau terima je.. takkan awal2 dah nak demand." positif

"jadi kader ni tak best la, kau mesti ketinggalan nanti." negatif

huh.. bagi aku bukanlah aku nak memilih pasal kerja ni. tapi aku memikirkan pasal kehidupan kekeluargaan aku. aku di Ipoh, Datin plak kat KL. wiken husband and wife.. memang sedih..

tapi perkara macam ni dah memang menjadi kebiasaan pada masa sekarang ni. memang dah tak pelik dah. tapi tetap pelik bagi aku.. mungkin inilah takdirnya..

"Tuhan tarik SATU nikmat hambaNya, untuk berikan SERIBU rahmat yang lain.."

saya yang menurut perintah..

aku dapat jawatan tetap.. yes.. aku kena transfer ke tempat lain.. NO..NO..NO..NO..


unhappy hour...
sekarang dah sampai masa bersedih..
sebabnya??
huh.. memang sedih... PINDAH..

gambar di atas..
botol tu adalah air 100+ ok..

aku sedih sekarang ni..
datin pun sedih..
bila cakap ngn datin pasal benda ni..
dah jadi double sedih..

arrrgghh...
tapi bila difikirkan balik,
memang hidup manusia ni ada masa bersedih..
bukan untuk bersuka sahaja..

tapi aku tak suka masalah..
kesian kat datin..
bila dia sedih, aku memang tersangatlah sedih..
aku tak boleh tengok dia sedih..

macam mana ni???

Friday, December 17, 2010

9A = RM100

adik hafizul yg tak berapa hensem.

bila keputusan PMR nak keluar?? aku dah janji nak bagi RM10 untuk setiap gred A kepada adik dan anak2 buah aku yang amik PMR. sebenarnya untuk menaikkan semangat diorang ni jawab periksa. mana la tau bila dengar ada orang nak bagi ganjaran, depa ni jadi bersemangat. walaupun bukannya dapat banyak sangat pon.. 1A = RM10. 9A = RM100. aku up lagi RM10 bagi yg dapat straight A's.. wahhh.. berbaloi-baloi...

untuk pengetahuan semua, aku ada seorang adik dan 2orang anak buah yang amik PMR. kalau ketiga-tiganya dapat 9A, maka tamatlah riwayat RM300... huhuhu... matilamakweiii... walaupun bunyi macam agak kurang ikhlas, tapi sememangnya aku ikhlas bangat sih...

masa aku amik PMR dulu takde la plak orang nak bagi aku ganjaran. kalo tak dah comfirm aku dapat straight A's.. macam la aku pandai sangat... hahaha... nak dapat 5A pun dah pecah otak... (padahal aku tak study pon.. hehehe)

jadi untuk adik hafizul, nurul shafiqah dan amirul asyraf... sila tuntut ganjaran anda... kalau lewat dituntut, kira hangus je la... hahaha... semoga anda semua berjaya selamanya...

Tuesday, December 14, 2010

kalau abg kena posting kat negara lain camana


semalam dah lapor diri kat kementerian kerja raya untuk jawatan tetap J41.
tapi pink form belum dapat. penempatan pun belum tau..
memang mendebarkan bila difikirkan tentang penempatan.
adakah aku akan kekal di BSFJ?
adakah aku masih akan kekal di lembah kelang?

semalam sekali lagi aku ulang soalan ni:

"kalau abg kena posting kat negara lain camana?"

"ada ke posting kat negara lain?"

"takde, hehe.."

datin kata kalau dapat posting jauh2 tolak je.. gurauan atau kebenaran?


masih berteka-teki.

Friday, December 10, 2010

ayah kami hebat

salam 1Malaysia. cerita kisah ayah yang hebat. ayah baru menang naib johan pertandingan kitchen garden peringkat negeri perak. sebelum dapat masuk peringkat negeri ni, ayah menang johan peringkat daerah larut matang dan selama. kemenangan ni bukanlah kemenangan ayah sorang je. tapi jugak kemenangan mak yang banyak membantu. anak2?? ada gak la tolong sikit2.. hehe.. jom tengok gambar kebun ayah.

tu gambar mak. tengah buat kerja.. berkebun ni dah jadi hobi mak dan ayah..

tu dia ayah yang hebat.. di sebalik sayuran yang segar. kebun ni sebenarnya hanyalah di sekeliling rumah.. rumah aku dah jadi macam house in the garden..

ni kat halaman rumah.. hiasan ni mak yang buat.. dibantu oleh anak2 la...

banyaknya tanaman ayah..

sepatutnya ayah dah menang tempat pertama. tapi disebabkan ada unsur2 politik kotor, ayah dapat naib johan je.. memang politik kotor.. kalau tak masuk peringkat daerah, tapi boleh johan peringkat negeri. kan politik kotor namanya. kesian ayah.. ayah memang agak terkilan.

tapi ayah aku tetap hebat...

"ayah kami hebat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...