Pages

Tuesday, August 10, 2010

esok puasa...

Ramadhan menjelma,

Ramadhan membawa 1001 erti dalam kehidupan umat Islam.. kalo nak 1002 pun boleh jugak. bila tiba ja bulan puasa ni, memang semua orang sibuk. ada yang sibuk mengemas rumah, ada yg mula membeli-belah baju raya, ada yang sibuk buka buku resipi kuih-muih, dan banyak lagi la kesibukan yg datang bila tiba bulan puasa ni..

Aku seperti tahun-tahun yang lalu, tetap slamber je.. takde la sesibuk orang lain, yang duk kalut tak tentu pasal.. tahun ni adalah tahun ke2 aku menyambut ramadhan bersama isteri. kalo bab baju raya, aku dah tak perlu risau lagi. sebab semuanya dah ada orang yg uruskan. (pakai baju tahun lepas je..huhu..)

selalunya kalo dengar ceramah, mesti ustaz2 marah kalo sebelum bulan puasa kita dah sibuk2 beli baju raya.. "puasa pun belum, dah sibuk beli baju raya. ni la budaya kita org melayu. pentingkan raya dari puasa." lebih kurang macam tu la bunyinya.. tapi, minggu lepas masa ceramah menyambut ramadhan, ada sorang ustaz ni (mentor imam muda) kata lebih baik kita beli baju raya awal2, buat persiapan raya sebelum bulan puasa. sebab, bila tiba bulan puasa kita boleh tumpukan sepenuhnya pada amalan kita.. so,aku sgt la bersetuju dengan hujah ustaz ni. hehe.. memang bernas..

jadi, cepat2 la kita buat persiapan menyambut ramadhan dan syawal.. sebab kedua-duanya istimewa..

wassalam..

Monday, August 9, 2010

Doa Malaikat Jibril

Assalamualaikum..

Kepada Saudara sesama Islam ku...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Mudah-mudahan segala amal ibadah kita akan diterima-nya dan mendapat keberkatan serta keredhaan daripada-Nya..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang di sekelilingnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Di kesempatan ini, saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan..

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH dan yang indah itu SOLAT.........

Selamat beribadah :)

Ikhlas,

Friday, August 6, 2010

solat subuh di masjid..

Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu dan LAGI,
berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab
"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak.
pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (syaitan)Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Syaitan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya RISAU jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'
Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat
dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Tuesday, August 3, 2010

i love Ramadhan

Salam,

ramadan semakin hampir.. lagi seminggu je lagi.. apa persiapan yg perlu dibuat ni?? persiapan menyambut bulan ramadhan. bukan persiapan menyambut raya ok..

untuk bulan ogos dan september, aku masuk keje kul 7.30pg. ini pun persediaan untuk ramadhan jugak. bersedia untuk balik pd pukul4.30 ptg. taknak la balik kul5.30. takut lambat sgt plak sampai rumah. dan yg paling tak best kalau terpaksa bukak puasa dalam kereta kerana tersekat dalam kesesakan lalulintas.. so, aku ambil keputusan untuk masuk keja awal, dan boleh balik awal.. bijak2.. tapi, seksanya la nak kena kuar rumah seawal 6.30pg.. mata pun belum celik lagi.. terpaksa la memaksa si isteri bangun awal jugak.. untuk kejutkan suaminya.. hahaha.. kesian isteriku.. jangan marah..

untuk bulan puasa tahun ni, aku bercadang nak balik kampung di awal bulan ramadhan. nak sambut puasa dengan mak dan ayah.. mesti best.. syahdunya bila terkenangkan mak dan ayah.. huhu.. dah lama tak tengok muka mak dan ayah.. rindu bangat sih..

ramadhan, mesti tidak dilupai solat tarawih. rumah depan surau, jadi takkan la aku tak boleh solat tarawih.. hehe.. seingat aku, dah lama aku tak dapat sempurnakan solat tarawih sepenuhnya. harap2 tahun ni penuh la ye.. insyaAllah..

puasa??? yang tu benda wajib, so semestinya tak tinggal.. takkan la benda wajib pun tak boleh buat.. buat malu je..

semoga ramadhan kali ini membawa 1000 rahmat buat kita semua.. amiinn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...