Pages

Thursday, July 1, 2010

Setahun sudah.. Jasa Kepada Rakyat

salam..

1 julai 2010.
genap setahun aku di sini. masih berstatuskan 'kontrak'. masih menunggu surat cinta dari SPA yg diharapkan akan memberikan khabar gembira. entah bila, aku pun tak tahu. dengan keadaan ekonomi yg masih belum stabil, aku pasrah. masih ada kata2 harapan dari rakan2 sama status denganku. ada khabar2 angin mengatakan kami akan diserap ke status tetap pada september 2010. semoga idnya menjadi kenyataan. semoga aku dapat menjadi keluarga Jasa Kepada Rakyat.

1 julai 2010.
genap setahun jugalah aku meninggalkan Shal Corporation Sdn. Bhd. di situlah aku memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera. walaupun banyak kekurangan semasa aku di situ, aku anggap ia sebagai kenangan yg perlu aku ingati. di situlah aku mendapatkan gaji pertama. dengan gaji di situlah aku dapat membina keluarga.. terima kasih segalanya..

di manakah aku pada 1 julai 2011??? masih belum terjawab..

saya yg menurut perintah,

MOHAMAD NAIM BIN AB RAHMAN,
PENOLONG PENGARAH,
UNIT PEWARTAAN & PEMBANGUNAN TEPI JALAN,
BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN,
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...