12 April 2010..
penat...masih terasa kepenatan...minggu lepas, sehari je aku masuk office. Isnin aku cuti. Selasa masuk office, rabu hingga jumaat aku ke terengganu.. membuat kerja pewartaan jalan sekitar kawasan Tasik Kenyir hingga ke sempadan Terengganu Kelantan. Pengalaman menjalankan kerja pewartaan jalan persekutuan memberikan aku satu lagi ilmu baru dalam hidup.
hari jumaat jam 10 malam baru aku sampai di rumah. semasa di terengganu, sempat jugak aku belikan batik digital terengganu untuk isteri tercinta. itupun setelah dia pesan ratusan kali. yelah, aku mana la tahu nak membeli batik ni. main hentam je la... nasib baik batik yg aku beli tu dia suka.. lega rasa hati.
so, hari ni adalah hari pertama masuk office semula. rasa malas sgt... tapi terpaksa lawan rasa malas ni sebab kerja bertimbun. Bos bila nampak je muka aku dah tanya, "mana report meeting itu hari?" nasib baik sempat aku siapkan sebelum dia tanya. yang menjadikan aku bertambah malas adalah, setiap kali aku jumpak bos, mesti kerja akan jadi bertambah rumit... kan seronok kalo jumpak je bos, kerja terus settle...huh.. penat betul...
saya yang menurut perintah,
sempat lagi tulis blog walaupun kerja semakin banyak...
wahai encik naim yang jujur,
ReplyDeletesaya suka dengan statement anda..
'sempat jugak aku belikan batik digital terengganu untuk isteri tercinta. itupun setelah dia pesan ratusan kali.'
sangat jujur dan polos lagi naif! :)
kirim salam pada isteri ya. :D
dan.. camna kalau encik boss encik naim baca blog ni? xke beliau kecik aty? seterusnya mempergandakan misi memberi kerja yg banyak pada encik naim, seterusnya encik naim akan lebih tension, hingga tak lagi mampu bertindak sebagai blogger?
dinasihatkan encik naim puji bos encik banyak2.. demi kebaikan insan sejagat. :D
wallahu'alam. :)
haha.. sememangnya diri ini seorang yang jujur.. InsyaAllah..
ReplyDeletesekiranya bos membaca blogku ini, diharap bos dapat memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang lebih bermanfaat kepada anak buahmu ini..
Amiin..
sedikit pujian buat bos : bos baik dan bijak..
:D haiiiii..
ReplyDeletei mcm knl je ayat2 u ni..mcm tau je u ni sape kn huhuhu mu nie bab2 mengutuk meme no.1..huhu
dan buat en naim yg kusayangi...time kaseh blikan cenderahati dr t'ganu yg 'dipesan ratusan kali' itu...hehe (len kali jgn laa ckp kt cni..malu i...huhuhuh)