Pages

Friday, January 29, 2010

cerita lucu: siri 2

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian.

Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

kohkohkoh

cerita lucu: siri 1

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”
Pelajar : “Saya suka, tok.”
Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”
Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”
Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”
Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”
Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”
Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”
Polis : “Tentu.”
Pelajar : “Apakah tok merokok?”
Polis : “Tentu tidak.”
Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”

kohkohkoh

Thursday, January 28, 2010

awas bloggerzzz...

assalamualaikum pembuka bicara..

perhatian kepada semua penulis blog.

ingin diingatkan di sini, berhati-hatilah ketika melontarkan idea dan penulisan anda.

sememangnya blog adalah ruangan untuk kita mencurahkan idea dan pandangan.

tapi janganlah sampai boleh dikategorikan sebagai menghasut dan meracuni fikiran orang lain.

janganlah sampai kita dituduh menyebarkan fitnah yang boleh menjatuhkan air muka orang lain.

dan yang paling bahayanya, janganlah sampai kita menyalahi undang2 negara yang membolehkan kita dihadapkan ke mahkamah.

gunakanlah blog ini untuk menyebarkan sesuatu yang boleh memberikan keuntungan kepada diri dan orang lain.

hanya sekadar peringatan kepada diri sendiri dan rakan2..

Wednesday, January 20, 2010

suami, isteri dan ....

assalamualaikum...

di pagi hari, tatkala merempuhi kesesakan lalulintas arus kota metropolitan, suara kecoh DJ radio Faizal Ismail dan Farah Fauzana sentiasa menjadi peneman. Peneman di kala rasa mengantuk masih menyelubungi diri. berbekalkan air vitagen dan gula2 getah wrigleys supermint yang menjadi kudapan pagi sebelum tiba di pejabat.

Topik hangat di corong radio adalah mengisahkan seorang isteri yang membuat panggilan mengadu rasa kurang selesa dengan layanan yg diberikan oleh si suami. katanya si suami terlalu mengongkong kehidupannya sehinggakan dia tidak dibenarkan langsung untuk bersosial dengan rakan2 sepejabat walaupun telah menjalinkan perkahwinan selama 8 tahun. sehinggakan untuk makan tengahari pun perlu pulang dan makan di rumah. setiap masa si suami akan menelefon isteri bila berjauhan. hmmm..memang mendapat respon yang sangat banyak daripada pendengar radio yg ingin memberi pendapat.

ada pendengar yg merasakan tindakan si suami adalah salah dan ada juga yg menyatakan si isteri sangat beruntung mempunyai suami yg sangat perihatin.. ada yg mengutuk tindakan si suami dan ada juga yg mencemburui si isteri kerana merasakan si suami tersebut tersangatlah penyayang dan mengambil berat.

terdetik di hati ini untuk memberikan respon dan pandangan tapi dipendamkan saja.. takkan la aku nak call HotFM plak..huhu.. tapi pada pendapat aku, si isteri tersebut sepatutnya telah faham dan masak dengan tindakan suaminya kerana mereka telah berkahwin selama 8 tahun. seharusnya dia tahu bahawa tindakan suaminya bukanlah atas dasar tidak mempercayai, tapi atas dasar kasih sayang. Sepatutnya si isteri bersyukur kerana mempunyainya suami yg sangat menyayanginya..

cara seseorang menunjukkan kasih sayang adalah berbeza. begitu jugalah cara seseorang menilai kasih sayang. bersangka baiklah sesama suami isteri kerana ianya akan membawa kepada kebaikan..

Friday, January 8, 2010

apa dalam hati??

assalamualaikum...

sebenarnya aku sendiri taktau nak bercerita tentang apa pada en3 ni. aku dah kehabisan idea..


aku sememangnya seorang yg susah untuk bercerita.. kehadiran blog ni pada awalnya bertujuan agar aku mampu untuk menceritakan apa sahaja yang terbuku dalam hati ni. tapi seperti ianya masih lagi sukar untuk diluahkan..

seperti ada sesuatu yg berat menghalang aku dari bercerita tentang setiap apa yg aku ingin kongsikan.. memang banyak perkara yg berlegar-legar dalam fikiran ini, tapi teramat sukar untuk aku coretkan..

biarlah ianya keluar perlahan-lahan.. biarpun kehadiran en3 ini tidak memberi apa2 makna, tapi ianya sekadar memberikan aku kepuasan untuk menulis..

wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...