Pages

Wednesday, September 30, 2009

cantiknya auni di hari raya..


nama : Nur auni Firdina Bt. Ahmad Azizi
umur : 1 tahun 6 bulan
status : single
adik-beradik : anak kedua (bongsu)
kerjaya : model sambilan
cita2 : menjadi doktor yg cantik
tahap IQ : sangat tinggi
bahasa : b.melayu, b.inggeris, b.sarawak, b.kanak2..

possing hari raya
pipi tembam..

mama, auni mintak maaf sebab selalu nangis..
camat ali laya..
ada duit raya tak???

ahmad solahuddin @ addin @ ultraman Max

abang yg selalu menegakkan keadilan.. "fireeee"

sentiasa dikelilingi peminat yg cuba nak 'enterprame'..

keletihan setelah sehari beraya sakan..

best picture of the year!!!


Thursday, September 17, 2009

balik berhari raya..

bila time nak balik raya ni, memang jalan mesti jem giler.. nak balik kampung ni, kena cari time yg sesuai untuk keluar memulakan perjalanan. bagi aku, waktu yg paling sesuai adalah pada jam 12 malam. pada waktu ni kereta agak kurang la.. betul ke??
tahun lepas, aku balik pukul 12 malam. jalan tu, nak kata jem, takde la sgt. tapi banyak jugak la kereta. tahun lepas, aku balik dengan adik aku, cik siti safura. berkonvoi dengan abg ngah. abg ngah dari kuantan. pukul 12 malam jumpak kt shah alam, bersahur kt kedai mamak. masa tu aku bujang lagi la..
tahun ni aku akan beraya dengan isteri tercinta, cik siti mujahadah. dia telah bersetuju untuk balik berhari raya di kampungku.. biasalah, tahun pertama mesti balik kampung suami. hehe.. tahun depan??? siapa yg tahu??? hehe..
tahun ni aku balik ngn isteri je la.. 2 org je.. ajak si adik pura tu, tapi dia kesian plak nak biar kawan dia balik sorang. dia cakap tiket dia hari khamis, malam. aku pun nak balik khamis malam. sama la.. kan senang kalau balik sekali. ajak je kawan dia si alia tu. tapi alia tak nak balik sama. tak tau kenapa?? malu kot..
tapi petang semalam punya citer.. cik pura ni call aku.
"abang, tak jadi la balik ngn abg. tiket siti hari ni la.. malam ni. bukannya hari khamis.."
ha???boleh plak macam tu?? dah pukul 6ptg dah masa tu. tiket pukul 9.30.. beg tak kemas lagi.. haha.. memang buat lawak la cik pura ni.. kalo terlepas bas tu, raya la kat KL. padan muka..
"abang, jangan bukak citer ni kat rumah plak nanti."
itu sudah semestinya.. hehe..

selamat hari raya pada semua..
maaf zahir dan batin..

rasa tak sabar nak berhari raya bersama isteri tercinta...

Tuesday, September 15, 2009

shahdunya...

assalamualaikum pembuka bicara..

memang shahdu dan memilukan bila dengar lagu2 raya yg didendangkan di radio. macam2 lagu ada. lagu dulu2 dan lagu baru.. tapi yg pastinya lagu raya dulu2 memang menusuk kalbu. memang memberikan kesan yg mendalam kepada hati dan sanubari. boleh buat pendengar mengalirkan air mata sebab terlalu sebak dan pilu. lagu2 baru plak kurang berkesan.. tapi boleh layan je la..

lagu raya yg paling best bagi aku adalah lagu yg dinyanyikan oleh Mamat Exist, "kupohon restu ayah dan bonda". memang best sgt.. rasa macam nak buat permintaan lagu je kat hotFm. biar semua org rasa tak sabar2 nak balik kampung.. nak mintak ampun dari mak dan ayah.. memang shahdu.. bagi aku, time salam2 ngn mak ayah tu lah yg paling best. memang menyentuh perasaan. tambah2 lagi bila mak menitiskan air mata. memang aku tak boleh tahan.. huhu..

Ku Pohon Restu Ayah Bonda

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

ni la bait2 shahdu yg membuatkan aku rasa macam nak cepat2 balik kampung jumpak mak dan ayah..

soalan minggu ini, apakah lagu raya yg paling menyentuh hati anda?

Wednesday, September 9, 2009

JAMBU dan BULI..

assalamualaikum pembuka bicara..


gambar kat atas ni diambil dari KOSMO online..

menunjukkan seorang senior sedang meminta maaf daripada seorang pelajar tingkatan 1 atas kesalahan buli.

2 orang di hujung kiri dan kanan tu adalah bapak 2 orang pelajar ni la..

yg kat tengah tu cikgu.

kes buli ni mendapat liputan media setelah si bapak kepada mangsa membuat laporan polis yg anaknya kena buli + sepak + terajang oleh si senior yg tidak berpuas hati dengan junior nih.


kalau diimbas kembali zaman persekolahan di seratas dulu, kes buli ni memang sesuatu yg sangat dipandang serius.

bukan setakat pandang je, tapi telah banyak tindakan yg diambil oleh pihak sekolah untuk membendung kegiatan kurang sihat ni.


kebiasaannya pelajar tingkatan 1 dan 2 adalah sasaran untuk dijadikan mangsa buli.

kejadian buli ni biasanya berlaku kerana ketidakpuasan hati senior kepada seseorang junior.

maka, apabila senior mendapat peluang untuk mengenakan si junior ni, dan terjadilah kes buli.

macam2 la yg junior ni kena buat untuk memuaskan hati senior ni.


antara perkara yg biasanya perlu dilakukan oleh si junior adalah menjadi hamba abdi kepada senior seperti disuruh mengambil makanan di dewan makan, basuh baju senior ataupun menjadi tukang urut. itu perkara yg biasa dilakukan oleh seorang junior.


kalau junior ada melakukan sesuatu yg dianggap salah di mata senior pula, macam2 denda akan direka khas untuk menghukum si junior. contohnya, berdiri separuh atau nama komersialnya shoalin iaitu berdiri dengan membengkokkan kaki seperti sedang duduk di atas kerusi.

selain itu hukuman yg agak popular juga adalah helikopter, iaitu tangan kanan memegang telinga kiri dan jari telunjuk tangan kiri diletakkan atas lantai, lalu beberapa pusingan perlu dilakukan sehinggalah sesorang yg melakukannya berasa pening dan tidak mampu untuk berdiri akibat kepeningan yg teramat sgt.


bagi sesetengah pelajar yg tidak sanggup untuk berdepan dengan kegiatan buli ini, telah mengambil langkah selamat iaitu men'JAMBU'kan diri kepada senior2. jambu membawa maksud seperti adik angkat ataupun dalam bahasa artisnya adalah anak ikan.
untuk menjadi jambu pula, seseorang junior perlu memiliki ciri2 tertentu iaitu muka mestilah bersih, putih dan ala2 manja. seseorang jambu juga perlu menjadi ala2 hamba kepada senior yg menjadikannya jambu. bukan semua orang berhak untuk mendapatkan title jambu.
perbuatan membuli ini banyak menimbulkan masalah kepada sekolah.
pembuli2 ini hanya akan insaf apabila pepriksaan SPM menjelang tiba.
satu majlis bermaaf-maafan akan diadakan di surau. pelajar2 senior akan menitiskan air mata memohon maaf seolah-olah akan mati di keesokan harinya.
namun, keinsafan ini hanyalah sementara...
kepada mangsa2 buli, ambil pen dan kertas kemudian senaraikan nama2 senior yg membuli anda. ingatkah lagi anda kepada mereka2 ini???


Friday, September 4, 2009

cuti raya..

4 sept 2009
bersamaan 14 ramadhan 1430H..
jam 4:11 p.m

aku baru je lepas habis meeting unit dengan KPP Ir Hj. Azahari.
tujuan meeting: 1) penilaian prestasi
2) cuti raya

fokus utama meeting ni adalah pasal cuti raya.
cuti raya semua orang dah apply.
aku amik 3 hari je, selepas raya. Isnin, Selasa dan Rabu.
orang lain amik 5 hari.. start khamis lagi.
jumaat sblm raya nnt tinggal 2 org je kt office termasuklah aku..

"saya baru dapat email dari Dato' yg menyatakan setiap hari mesti ada sekurang2nya seorang di setiap unit. tak boleh biar office kosong."

ha???
semua org yg sememangnya dah tau tujuan meeting buat2 terkejut..
maknanya setiap hari mesti ada org kat office. tak boleh semua orang orang cuti.
sapa nak keje hari rabu?? semua org dah isi cuti hari rabu. hari lain nasib baik ada org yg keje.
masalah sekarang adalah hari rabu.

aku adalah junior di office ni.
baru masuk 2 bulan..
semua mata dah memandang ke arah aku..
seperti mengisyaratkan tugas ini kepada aku.

tidakkkkkk!!!!!!!
aku nak balik raya...
jangan la bg aku..
kasihanilah aku...
yaAllah, datangkanlah seorang penyelamat...

"takpe la, saya rela.." kata rizal walaupun nampak macam rela dalam terpaksa..

alhamdulillah...selamat..

Wednesday, September 2, 2009

Tun..



"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...