Pages

Friday, January 28, 2011

auni pakai tudung



auni pakai tudung. cantik kan??
yang sebelah tu bukan mak dia. tapi neneknya.. nape? nampak muda ke?
addin dah besar la...

semayang jumaat

wei, semayang jumaat kat mana ha?

ceh, gila la hang. tak pernah semayang jumaat ka?

first time nak semayang jumaat kat ipoh ni. selalunya jumaat dah ada kat bangi. hehe..

huhu..minggu ni tak balik bangi la...

Thursday, January 27, 2011

Wednesday, January 26, 2011

GempakPMR2010.. Pakdik, Nurul dan Mirul.

salam Ipoh.. aku masih di sini..

asyik cerita pasal ipoh je.. ada apa dengan ipoh.. ibu negeri Perak.. aku anak Perak.. hehe.. kisah aku dan ipoh akan tamat tidak lama lagi..

jom cerita kisah family plak..
aku nak sambung kisah bebudak PMR2010. aku namakan mereka sebagai GempakPMR2010.. sebab apa dinamakan GempakPMR2010?? sebab diorang ni memang GEMPAK habisss... ahli GempakPMR2010 adalah Hafizul Najmi (Pakdik), Nurul Shafiqah (Nurul), Amirul Asyraf (mirul)..

seperti yang telah diwar-warkan, aku dah janji nak bagi hadiah berupa wang tunai bagi setiap A yang depa ni dapat. jadi, aku telah dikikis sebanyak RM250 oleh GempakPMR2010 ni. Pakdik dapat 8A1C, Nurul dapat 7A1B dan mirul dapat 8A. memang hebat... memang aku respek la kat depa ni.. habis la duit aku.. huhu.. tapi takpe, ianya sebagai hadiah dan penghargaan kepada depa ni yang dah mengharumkan nama keluarga Haji Rahman. tahniah buat mereka semua..

Pakdik dah dapat tawaran masuk MRSM Lenggong, Nurul kekal di seratas kesayanganku, dan mirul dapat tawaran ke SM Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang. semuanya dapat masuk sekolah yang hebat-hebat.. belajar di asrama penuh dan MRSM sememangnya adalah impian setiap pelajar.. dan depa ni dah dapat apa yang semua orang impikan.. tahniah buat semua..

untuk pakdik, jangan lepaskan peluang yang terhidang di depan mata. MRSM adalah tempat kecemerlangan tercipta. jangan disebabkan hasutan dan cerita dongeng orang lain, pintu kejayaan dan peluang yang di depan mata dilepaskan begitu sahaja. keputusan hari ini penentu kejayaan masa hadapan..

terukan perjuangan GempakPMR2010..

Tuesday, January 25, 2011

kuala lumpur, tunggu!! aku kembali..

assalamualaikum..

haha, tajuk dah macam citer KL Menjerit plak.. hampir sebulan aku di Ipoh. Nothing interesting here.. just Kerja-Makan-Tido-Kerja.... agak membosankan.. yang aku tau, hujung minggu balik Bangi.. sangat happy bila hujung minggu. Medan Gopeng to Bukit Jalil. hampir 3 jam masa perjalanan menaiki bas TransNasional/PlusLiner. tak terasa jarak perjalanan. sebab aku tido je.. haha..

berbalik kepada tajuk KL Menjerit aku ni.. "Kuala Lumpur, tunggu!! aku kembali.."

pasti aku akan kembali.. selamat tinggal ipoh.. sebulan sahaja aku di sini.. InsyaAllah..

aku gembira...

Wednesday, January 5, 2011

apa ada dengan ipoh? sapa nak jawab?

Salam 2011...

entry pertama untuk tahun baru 2011 ni. tahun 2011 ni memberikan aku satu cabaran baru.. adakah aku rasa tercabar?? haha..

cerita aku di opis baru. Cawangan Pelaksanaan dan Penyelenggaraan Projek Wilayah Tengah, Ipoh. apa yang berlaku kepada aku disini.

1. aku hidup tanpa isteri di sisi. aku di Ipoh, Datin di Bangi. ada ke patut?? macam mana kami nak menjalani hidup yang normal sebagai suami isteri. sapa nak jawab?

2. di rumah baru takde peti telebesen. apa aku nak buat? bosan yang teramat sangat. nak borak2 ngan Datin pun, dah duk jauh. gayut telipon je la.. ape nak buat?

3. bangun pagi dah takde orang nak kejut. ingat senang2 je ke aku nak bangun pi keje. perlu ada datin untuk kejutkan aku. baru semangat. setakat kejut pakai telipon, tak jalann.. boleh terbabas weiii... sape nak tanggung?

4. makan. sape nak masak untuk aku? dapur ada, tong gas pun dah beli. tapi tak pasang2 pun lagi.. cess.. larat ke aku nak makan kat kedai tetiap hari.. muntah hijau weiii.. ape kes?

5. hujung minggu ni kena balik Bangi. naik bas la aku sorang2.. sapa nak teman?

setakat ni keje kat opis baru ok je.. keje pun takde lagi.. yang rasa pelik sikit ni, kat sini tak ramai orang. so, rasa macam sunyi sikit.. member nak ajak makan pun takde lagi.. makan sorang je la.. macam anti sosial plak aku ni.. cess.. satu lagi, internet slow. nak bukak blog amik masa berejam.. susah plak nak update blog. facebook?? jangan harap la..

ok, la.. cukup catatan pembukaan aku untuk tahun 2011 ni.. salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...