Pages

Monday, May 24, 2010

teruskan menulis...

Salam...

Post kali ni bercerita tentang Adikku yg sedang berjinak-jinak dengan dunia blog..

kepada ACHIK, selamat menceburi bidang penulisan..

adakalanya menulis lebih mudah dari berkata-kata..
adakalanya menulis lebih berkesan dari bual-bicara..
adakalanya menulis lebih mendalam maknanya dari lisan..
adakalanya menulis lebih jujur dari tutur suara..
adakalanya menulis lebih berkuasa dari segalanya..

tapi hati2 ketika menulis, kerana kita yg menulis perlu tahu siapa pembaca.. kena sensitif terhadap isu semasa, kena peka terhadap perasaan semua..

jangan sampai penulisan kita mengguris hati orang lain dan mencetuskan huru-hara..

kerana penulisan lebih bersifat terbuka...

Tuesday, May 11, 2010

kota kinabalu trip

salam,
sekadar ingin memaparkan gambar2 kenangan percutian di kota kinabalu bersama isteri pada 3-5 April 2010...

cititel express.. ni la tempat penginapan kami di kota kinabalu..
ni view dari dalam bilik hotel.. nampak la jugak bandar KK.

kota kinabalu, 1 kilometer... habis satu bandar kami jelajah...

yang belakang tu adalah jamilah jewellery, dicadangkan oleh abang zizi dan kak norli untuk membeli barang2 berkonsepkan hiasan mutiara.. orang pompuan suka la ni... yg laki2 duduk je la depan kedai...

tadaaa... inilah hasilnya bila si suami membiarkan isterinya membeli belah tanpa kawalan.. habis satu kedai nak diborongnya...
ni permandangan di kawasan belakang pasar pilipino.. betul2 tepi pantai..
ini menara jam atkinson.. tengok dari bawah je.. malas nk naik..
satu lagi tempat yg disukai oleh kaum wanita, SURIA SABAH... shopping complex bah.. mesti kamu suka ni bah...

sekadar bergambar di hadapan house of borneo..

lihatlah matahari di atas tapak tanganku... memang best melihat pemandangan matahari terbenam..

kalo nak tengok sunset, jgn lambat.. kul 6.15 dah kena ready tepi pantai.. kalo nak tggu kul7 alamat melepas la...
terbenam sudah kau bah... cantik sungguh ni bah.. subhanallah..

perjalanan ke sunday market di jalan gaya.. penat jugak ni...

bersedia untuk ke pulau..

sempat lagi posing dalam bot...

sudah sampai...
bersedia untuk snorkling... pengalaman baru...

selamat datang ke pulau manukan...

lihatlah keindahan pulau ni... airnya hijau...
modelnya jugak indah...

selesai pulau manukan, kita ke pulau mamutik pulak...

ni masa balik.. dekat kul7 ptg baru bot sampai... balik dalam hujan lebat.. bot laju melambung-lambung di pukul ombak..

jambatan ni kami jumpak dekat tamparuli.. mungkin inilah yg dinamakan jambatan tamparuli.. dalam perjalanan ke kundasang iaitu kaki gunung kinabalu.
pasar buah di kundasang.. macam cameron highland la...
adakah itu gunung kinabalu???
ni di kaki gunung kinabalu.. romantik sikit.. (kami sudah kahwin)sebenarnya xde la sejuk sangat... saje pakai jaket untuk kelihatan lebih bergaya...
pose menarik sebelum meninggalkan gunung kinabalu...
selamat tinggal kota kinabalu, sabah bah...





Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam..

9 Mei 2010 = Hari ibu.

aku tak pasti sama ada tarikh 9 Mei setiap tahun adalah hari ibu. apa yg aku faham dari penerangan isteriku, hari ibu disambut setiap hari ahad minggu kedua bulan Mei.. dan aku yakin dengan info yg diberikan oleh beliau.. daripada info itu aku tahu yg setiap tahun, tarikh hari ibu adalah berlainan.. FAKTA yg menarik dari si isteri.. Bijak.. Bijak..

hari ibu semestinya mendapat perhatian daripada semua org. di stesen2 televisyen dan radio mengadakan rancangan yg bertemakan hari ibu. byk siaran yg disiarkan di kaca televisyen berkisarkan tentang pengorbanan ibu.

ibu sememangnya seorang insan yg sgt istimewa. darjat seorang ibu adalah lebih tinggi 3 kali ganda berbanding ayah. jadi, dahulukanlah ibumu dalam segala hal...

ibu, emak, ummi, mama, bonda, dan bermacam2 lagi panggilan yg digunakan untuk seorang insan yg terlalu istimewa ini. semoga Allah merahmati semua ibu di muka bumi ini. ibu, kaulah anugerah yg terindah dalam hidupku..

MAK, SELAMAT HARI IBU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...