Pages

Monday, July 26, 2010

POK NIK oh POK NIK

cerita di Kelantan..

kes ni berlaku 2-3 yg lepas. masa tu aku berada di Kota Bharu Kelantan. Baru je nak naik kereta, tetiba ada sorang pakcik ni tegur aku.. dia ketuk tingkap kereta. aku pun bukak pintu dan bersalaman dengan pakcik tu sebab dia dah hulur tangan.. kena la hormat orang tua.. dia kenalkan diri dia POK NIK..

ni pok nik ni... juppo sini kito deh...

pok nik mana ni? saya tak ingat la..

la, pok nik ni.. demo kijo mano lo nih?

saya kijo JKR HQ KL.. maaf la saya tak ingat langsung ni, pok nik mana ni?

nama gapo tah demo?

Naim..

haa..naim, ni pok nik, tingkat 10 JKR HQ.. meme pok nik sokmo maghi klate ni. juppo nge Dato Halim JKR KB ni.

maaf la pok nik, saya tak ingat la pok nik..

takpo la tak ingat pon. ni pok nik nak cerito sikit nih. tapi tak brapo sedak jugok la cito pok nik ni. naim jange pikir sangat la deh. naim jange pikir pok nik ni gapo2 deh..

gapo dio?? cito la dulu..

gini, pok nik maghi nge ore rumoh pok nik, pahtu nok cucuk duit di ATM. ore rumoh pok nik cucuk, pahtu kad ATM pok nik lekat.. ni nok mitok tolong naim sikit ni.. kot la boleh naim bui pinje ko pok nik duik sikit. 20-30 riyal takpo doh. nok wat isi minyok... tapi kalo tak buleh takpo la..

maaf la pok nik, saya tak kenal alah mano pok nik ni.. kalu saya kenal, buleh la saya bui.. mintak maaf la deh..

takpo la.. maaf la deh..
--------------------------------------

lepas tu, pakcik tu terus blah macam tu.. ceh, comfirm nak temberang aku.. buat rugi masa je aku layan POK NIK ni.. macam2 cara orang buat untuk mendapatkan duit.. yang tak kenal pun boleh buat2 kenal.. hampeh tul.. nasib baik dia tak jampi aku.. nauzubillah..

Friday, July 2, 2010

apa yg kita tidak tahu??

salam,

sedikit pengetahuan untuk dikongsi bersama:

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah, 168 )

Thursday, July 1, 2010

Setahun sudah.. Jasa Kepada Rakyat

salam..

1 julai 2010.
genap setahun aku di sini. masih berstatuskan 'kontrak'. masih menunggu surat cinta dari SPA yg diharapkan akan memberikan khabar gembira. entah bila, aku pun tak tahu. dengan keadaan ekonomi yg masih belum stabil, aku pasrah. masih ada kata2 harapan dari rakan2 sama status denganku. ada khabar2 angin mengatakan kami akan diserap ke status tetap pada september 2010. semoga idnya menjadi kenyataan. semoga aku dapat menjadi keluarga Jasa Kepada Rakyat.

1 julai 2010.
genap setahun jugalah aku meninggalkan Shal Corporation Sdn. Bhd. di situlah aku memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera. walaupun banyak kekurangan semasa aku di situ, aku anggap ia sebagai kenangan yg perlu aku ingati. di situlah aku mendapatkan gaji pertama. dengan gaji di situlah aku dapat membina keluarga.. terima kasih segalanya..

di manakah aku pada 1 julai 2011??? masih belum terjawab..

saya yg menurut perintah,

MOHAMAD NAIM BIN AB RAHMAN,
PENOLONG PENGARAH,
UNIT PEWARTAAN & PEMBANGUNAN TEPI JALAN,
BAHAGIAN SENGGARA FASILITI JALAN,
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...