Pages

Wednesday, April 14, 2010

jangan buang si kecil..

Assalamualaikum,
salam 1Malaysia..

malaysiaku, sedang pesat membangun. lihat saja gambar di atas.
malaysia sekarang ni dah jadi sebuah negara yang dikenali dan disegani di mata dunia. malaysia sudah ada menara pencakar langit, ada bangunan tertinggi, ada litar F1. ada wawasan. ada kemajuan.
tapi sedarkah kita malaysia sekarang ni telah terjerumus ke dalam masalah sosial yang sangat serius.

semakin hari semakin banyak kes pembuangan bayi berlaku di negara kita ni. semakin banyak kes bayi dijumpai dalam tong sampah. di manakah letaknya kewarasan dan moral kita sebagai manusia yang diciptakan sebagai makhluk terbaik. tidak malukah kita untuk menyebut negara kita negara ISLAM?? sedangkan rakyatnya masih JAHIL???

jangan buang si kecil, dia tidak bersalah..
sedarlah wahai anak bangsa...

Monday, April 12, 2010

Penat...saya yang menurut perintah...

12 April 2010..

penat...masih terasa kepenatan...minggu lepas, sehari je aku masuk office. Isnin aku cuti. Selasa masuk office, rabu hingga jumaat aku ke terengganu.. membuat kerja pewartaan jalan sekitar kawasan Tasik Kenyir hingga ke sempadan Terengganu Kelantan. Pengalaman menjalankan kerja pewartaan jalan persekutuan memberikan aku satu lagi ilmu baru dalam hidup.

hari jumaat jam 10 malam baru aku sampai di rumah. semasa di terengganu, sempat jugak aku belikan batik digital terengganu untuk isteri tercinta. itupun setelah dia pesan ratusan kali. yelah, aku mana la tahu nak membeli batik ni. main hentam je la... nasib baik batik yg aku beli tu dia suka.. lega rasa hati.

so, hari ni adalah hari pertama masuk office semula. rasa malas sgt... tapi terpaksa lawan rasa malas ni sebab kerja bertimbun. Bos bila nampak je muka aku dah tanya, "mana report meeting itu hari?" nasib baik sempat aku siapkan sebelum dia tanya. yang menjadikan aku bertambah malas adalah, setiap kali aku jumpak bos, mesti kerja akan jadi bertambah rumit... kan seronok kalo jumpak je bos, kerja terus settle...huh.. penat betul...

saya yang menurut perintah,
sempat lagi tulis blog walaupun kerja semakin banyak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...