Pages

Wednesday, October 28, 2009

berikan aku semangat..

assalamualaikum...

beginikah rasanya bila kita ketandusan idea..

hmm.. dah hampir 2 minggu aku tak menulis di ruangan ni. nak kata aku sedang sibuk, takde la sangat.. setakat sikit2 keje tu, ada la.. seperti biasa, setiap hari mengulangi rutin hidup yang sama, keluar rumah pergi kerja, balik rumah hari dah gelap.. agak kurang keceriaan.. bila di rumah, banyak habiskan masa bersama isteri tercinta.. dapat la jugak menenangkan hati yg gundah gulana. semalam, lepas je maghrib terus pergi pasar malam dengan si isteri..

isnin dan selasa, aku menghabiskan waktu kerja di PWTC menghadiri konvensyen pengurusan aset dan fasiliti negara 2009 (NAFAM2009). memang tak sempat nak tulis blog. hari ni dapat la jugak aku membaca blog kawan2 yg telah diupdate.. cuma blog aku je yg masih kekal dengan cerita papadom..

semalam aku ada call member2 lama.. call jimmy, dapat cerita yg gembira.. dah menikah rupanya mamat ni. tapi majlis tak buat lagi. aku main terjah je tanya dia semalam, kononnya ada orang cakap yg dia dah nak kawin.. rupa2nya memang dah kahwin.. tahniah buat jimmy..

suffian ramli plak, ada di Pulau Pinang. isteri dia tak berapa sihat.. dah nak jadi bapak rupanya pian ni.. alhamdulillah, rezeki melimpah ruah..

amir hassan, masih lagi di port klang.. meluahkan rasa kurang senang berkerja dengan company yg agak berkira dengan staff.. huhu.. pernah ku alami suatu masa dahulu.. bersabar lah...

tu cerita member2 seratas..

semalam jugak thoriq ada ajak main boling hari ni. aku suruh dia hantar sms kepada senarai pemain2 boling handalan..antara nama2 yg terlibat, naim(aku la tu), eddy, cabil, afiq, zarir, yob, izman, kema, pakjan.. dapat respon dari 2 orang je tak termasuk aku la.. hanya afiq dan kema je yg bagi respon. yang lain semakin sibuk.. aku memang dah malas nak contact diorang ni.. ye la, orang bujang..sibuk la sangat..

aku dah 2-3 kali call eddy sebelum ni, tapi tak diangkat.. maybe sibuk masa tu.. tapi kalo ye pun time tu sibuk, takkan la takde masa nak call balik.. takpe la.. malas dah aku nak call korang..

zarir pulak dah semakin sibuk dengan master study dia..

cabil, macam cuba melarikan diri dari berjumpa kawan2 lama.. hiduplah dia dalam bilik di apartment yg disewanya.. biarkan dia dengan dunianya.. berada di depan komputer sambil melayan lagu omputeh..dan tergelak sorang2.. duduk sampai tumbuh bisul di bontotnya..

yob, semakin sibuk bercinta agaknya.. semoga berbahagia...

semua orang dah semakin sibuk.. aku je yg masih lagi tak sibuk2... so, terpaksalah aku menyibukkan diri sendiri...

Friday, October 16, 2009

jom makan papadom...


assalamualaikum pembuka bicara...

papadom, satu lagi karya afdlin shauki yang sgt aku kagumi. papadom mengisahkan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga anak perempuannya yang semakin meningkat dewasa.
memang aku tunggu2 sangat nak pi tengok filem ni kat panggung.. tambah2 lagi bila filem ni dah menang award Festivel Filem.
so, hari rabu 14/10/2009 aku dan wife terus buat plan nak pi tengok citer ni. nak booking tiket, tapi dah fully book. susah la plak nak tengok citer ni. dengar kata, hari ke4 citer ni ditayangkan, dah berjaya dapat sejuta. waaaa...
dengan slambernya takde tiket aku main redah je pergi alamanda dengan harapan dapat beli tiket untuk menonton jam10 malam. masa tu dah kul9 baru sampai alamanda. wife aku masuk carrefour, aku pi beli tiket. beratur dalam 10 minit, sampai turn aku, tinggal 2 tiket je lagi, tu pun depan sekali dan tepi sekali. mana best tengok camtu.. tak mau la beli..
tunggu tiket release je la kul9.30. nasib baik dapat tiket yg org booking tapi tak amik.. puas hati..
saadom nasi kandar...
memang best sangat citer ni. boleh membuatkan orang gelak tak henti2.. dan ada gak part yg memang menyentuh perasaan. wife aku mengalirkan air mata sebanyak 2 kali. sedih... aku?? (mana boleh aku mengalirkan air mata...) macho beb... jaga ke'macho'an anda.. (air mata tak mengalir sebab aku dah kesat sebelum ianya mengalir..hehe)
inilah pengorbanan seorang bapa.. teringat plak ayah di kampung yg sentiasa berkorban demi anak2. kalau bukan kerana ayah, pasti aku tidak capai seperti apa yg aku kecapi sekarang ni..
inilah masanya untuk aku balas jasa ayah..

tahniah buat afdlin yg berjaya membuat filem yg berkualiti. teruskan usaha anda..





Monday, October 12, 2009

seminggu di New York..

Assalamualaikum pembuka bicara..

seminggu di New York.. aku berlepas dari kuala Lumpur pada hari Ahad bersamaan 4Oktober2009. pada hari yg sama aku menyambut genapnya setahun aku bergelar seorang suami. happy anniversarry buat aku dan isteri.

sampai di New York tepat jam 9.30 malam. perjalanan yg lama membuatkan aku dan 2 lagi rakan kepenatan. tiada aktiviti dilakukan pada hari pertama di sana.

aku telah ditugaskan untuk menghadiri satu kursus pemasangan jambatan keluli bermodular Acrow 700xs yg lebih dikenali sebagai Billy Bridge. sebagai wakil dari HQ JKR Malaysia, aku membawa satu misi yg besar selain menjadi duta kepada JKR Malaysia.

selama seminggu di sana, aku telah belajar cara2 memasang jambatan ini yg baru sahaja digunakan di Malaysia. aku perlu arif dalam memahami cara2 yg betul untuk memasang jambatan ini. jambatan ini digunakan semasa menghadapi bencana seperti banjir dan tanah runtuh. pengajar yg memberikan penerangan semasa kursus adalah seorang mat saleh dari Australia bernama Roland Whitehead. rupa parasnya yg mirip hulk hogan ahli gusti, membuatkan peserta berasa gerun bila mendengar dia memberi tunjuk ajar..

setelah tamat sesi pembelajaran praktikal pemasangan jambatan, aku sempat berjalan2 di sekitar kawasan berdekatan. memang satu pengalaman yg menarik..

begitulah cerita seminggu aku di NEW YORK HOTEL, JOHOR BHARU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...