Pages

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhanku tanpamu

Selamat menyambut Ramadhan.

Mungkin agak terlewat ucapan ini diungkapkan. Dah masuk hari ke-11 Ramadhan. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya.

Ramadhan tahun ini sangat berbeza. Perbezaannya memang jelas aku rasakan. Dengan ketiadaan bonda tercinta, hilang satu kebahagiaan menyambut Ramadhan. Hilang satu dahan tempat aku berpegang. Duka hati tiada siapa yang tahu.

Sudah hampir setahun Mak pergi menghadap Ilahi. Jujur aku katakan, aku masih bersedih atas pemergiannya. Masih belum terubat luka di jiwa. Pedih. Sangat pedih. Seperti ada bom masa yang sedang berdetik di dalam dada ini. Mak sentiasa ada dalam ingatanku. Tidak sedetik pun aku mampu melupakannya.

Tahun lalu, Ramadhan pertama aku masih bersama Mak. Berbuka bersama beramai-ramai di kampung. Memang indah. Sehari sebelum puasa kami masih bersuka-ria menghabiskan masa bersama. Sangat bahagia. Sehinggalah Mak jatuh sakit pada minggu seterusnya. Aku berulang-alik ke hospital. Minggu akhir Ramadhan, minggu paling menyedihkan. Sehinggalah mak menghembuskan nafas terakhir pada Hari Raya Ke-2. Bersamaan 31 Ogos 2011.

Mak, selamat menyambut Ramadhan..
Ramadhanku tanpamu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...