Pages

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

assalamualaikum..

salam ramadhan..
ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. dalam 2 atau 3 hari lagi syawal akan menjelma. menggantikan ramadhan yang berlalu pergi. ramadhan yang pasti akan datang lagi pada tahun hadapan, insyaAllah.. semoga bertemu lagi ramadhan yang akan datang.

masa berlalu begitu pantas.
hari ni aku akan bergerak pulang ke kampung isteri tercinta. tahun ni giliran beraya di rumah ibu mertua la pulak. kali pertama dalam hidup aku, beraya berjauhan dari keluarga. jauh dari mak dan ayah. jauh dari sanak saudara. inilah resam hidup berumah tangga. kenalah bertolak ansur. keluargamu keluargaku jua.. masih lagi berhari raya bersama keluarga.

hari ni, lepas je raya terus aku nak gerak balik dari office. isteri aku biasa la, ikut aku datang office. jap lagi boleh la dia bershopping di sogo. memang menjadi hobi la.. huhu.. harap2 dengan perancangan ini, dapat la aku balik dengan tenang dan dapat mengelak dari kesesakan lalulintas yang tersangatlah teruk.. faham2 je la balik kelantan di musim perayaan. memang padat..

KENANGAN RAYA 2009 DI PERAK

dengan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepasa semua ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat islam di serata dunia. jangan lupa bayar zakat fitrah. semoga selamat pulang ke kampung halaman..

selamat datang syawal..

Thursday, September 2, 2010

Maaf, saya sibuk..

salam ramadhan..

dah hampir sebulan aku tak hupdate blog.. last entry adalah pada 9 ogos 2010.. betullah dah dekat satu bulan.. bulan puasa pun dah dekat2 nak habis..

'Maaf, saya sibuk..'
tu alasan yg aku dapat fikirkan.. sebenarnya takdelah sibuk sgt.. tapi, dah lama aku tak boleh nak bukak blog kat opis ni.. macam dah kena block plak kat opis ni.. sekarang nih dah ok balik dah.. so, boleh la aku hupdate blog..

memang banyak benda yg aku nak tulis, tapi macam takmau keluar pulak.. biasa la, bila dah lama sangat terperap dalam kepala hotak ni, mula la dia berkarat sikit..

jadi, hari ni hanya sekadar intro je.. cukup setakat ni dulu.. tgk la, nanti sebelum balik raya ni mesti kena sediakan satu pos khas hari raya...

selamat hari raya.. selamat hari raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...