Pages

Wednesday, February 24, 2010

naim dan bos

assalamualaikum pembuka bicara..

salam 1malaysia..

semakin hari kerja di office semakin bertambah.. skop kerja aku semakin banyak. kalau dulu aku hanya menguruskan hal permohonan pembangunan tepi jalan persekutuan, tapi sekarang ni aku kena buat pewartaan jalan persekutuan.

walaupun kerja semakin bertambah, aku masih seperti biasa, naim memang cool.. hahaha..

sebelum ni aku duduk di meja hadapan bilik bos. bos keluar masuk mesti mengadap muka aku dulu. segala kerja aku terasa seperti deperhatikan. bukannya aku nak curi tulang pun..

sekarang ni aku dah ada bilik sendiri. kecik je, tapi sudah cukup memberi keselesaan dan privacy kepada aku. tak payah la nak tumpang bilik orang lain bila nak semayang. surau jauh sangat.. sekali-sekala tu pi la jugak ke surau.
bilik aku pulak terletak agak jauh dari bilik bos dan agak tersembunyi. memang sangat selesa.. hehe..

ni la bilik tempat aku menjalankan kerja harian..
sentiasa tersusun rapi.. imej kena jaga..
di pintu ada tertera nama aku. gambar ni kena tukar nih. tak formal la plak.
saya yang menurut perintah,


Wednesday, February 10, 2010

Raiyan Muizzudin

salam kepada semua...

tajuk en3 kali ni adalah Raiyan Muizzudin.
saya bacakan sedikit latar belakang personaliti yg terpilih kali ini.

nama di beri adalah Raiyan Muizzudin Bin Zamzami (ejaan tidak dapat dipastikan)
dilahirkan di Negeri Johor pada 2 ramadhan 1430H.
anak sulung kepada pasangan Zamzami dan Yuana.
cucu ke-10 kepada Haji Ab. Rahman Alwi dan Satariah Shahuddin.


muka dipaksa bergambar..

yg baju putih tu ayahnya.. tapi yg baju merah tu bukan mamanya..
itu makteh raiyan..

beratnya raiyan... penat makteh dukung..


raiyan di atas toto bunny.


sudah pandai bergaya di depan lensa.

tidur pun ada gaya. tengok je pipinya yg labuh, dan tangannya yg berketul macam popeye.

nyenyaknya tido..


menurut ayahnya, nama Raiyan Muizzudin diambil daripada nama seorang pemain bola sepak Manchester United iaitu Ryan Giggs.
lihat sahaja ejaan namanya. Raiyan M.U.izzudin.
sangat fanatik M.U.





Friday, February 5, 2010

cerita lucu: siri 3

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Thursday, February 4, 2010

hari keluarga BSFJ 2010

assalamualaikum..

23 januari 2010, Bahagian senggara fasiliti jalan JKR telah mengadakan hari keluarga di kompleks kejiranan putrajaya, presint 16.

ni la sedikit sebanyak gambar aktiviti2 yg dijalankan.

itik pulang petang..

periuk api..


abang cantik, adik sayang..


ni yg paling best.
polo gediks.. aku join game ni walaupun tak berapa gediks..
dapat gak la no.3

aktiviti kanak2..
rebut gula2..

ni aku dapat hadiah main boling.
warta hebat dapat no.6 je...
acara penutup adalah cari gula2 dalam tepung. dato' pengarah pun join.. habis bertepung muka dato'. memang meriah.. terasa seperti dah kembali ke zaman kanak2..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...