Pages

Friday, November 13, 2009

kalau aku seorang boss

macamana rasanya kalau menjadi seorang boss??

mempunyai ramai pekerja yg bernaung dibawah arahanku?

semua orang menghormati setiap kata2 dan perlakuanku..

semua yg aku buat adalah betul, walaupun ianya salah..

aku sentiasa menjadi perhatian semua orang..

aku banyak duit..

rumah besar..

kereta mewah..

aku ada syarikat sendiri..

semua yang aku arahkan akan dituruti..

aku sentiasa dikagumi..

akulah yg berkuasa..

hahaha...kalaulah aku seorang boss...

sebab tu la aku tak boleh nak jadi boss..
banyak sangat perkara tak betul yg aku fikirkan..
masih belum masanya untuk aku menjadi seorang boss..
hehe..

Tuesday, November 3, 2009

saya yg menurut perintah..

assalamualaikum pembuka bicara..

jam baru pukul 11.30pagi.. lapar sangat dah ni. nak keluar makan kat kafe, takde member la plak.. semuanya sibuk. aku pun sibuk jugak, tapi kemalasan mengatasi segalanya.. rileks la.. kerja, kerja jugak.. tapi jangan sampai tak makan.. tujuan kerja pun salah satunya adalah untuk cari makan.. betul tak?

minggu ni mungkin menjadi minggu yg sibuk bagi aku. semalam, aku kena hadiri 2 meeting. satunya meeting yg aku aturkan, iaitu meeting Pembangunan Tepi Jalan dengan pemaju dan perunding la.. yg satu lagi di sebelah petang, meeting di menara tun razak. meeting pasal pembinaan KL-Kuala Selangor Expressway. aku yg masih kurang pengalaman dalam menghadiri meeting ni, terkebil-kebil mendengar penerangan dan perdebatan antara ahli2 mesyuarat. sampai je turn aku, dengan slambernya aku menjawab dan memberi penjelasan. main hentam kromo je.. kekuatan untuk menjawab datang dengan tiba2.. walaupun sebenarnya aku tak tau apa2 pun.. huhu.. apa aku peduli, asalkan aku ada penjelasan dan semua orang boleh terima apa yg aku katakan. ok la tu..


esok ada lagi meeting dengan JKR Selangor.. meeting apa ntah. tak semak lagi pasal meeting ni. sekarang ni aku tengah fikir pasal taklimat REHDA kat Johor minggu depan. aku lagi yg kena pergi. macam la aku ni tau semua benda.. mana la ku tau.. mampus nak menjawab nanti. yang malasnya nak masuk meeting ni adalah kena buat report.. huh.. nak pi johor ni, nak naik flight ke nak drive je?? masih menjadi tanda tanya.. sorang2 aku plak tu.. ces..mana perginya orang yg sepatutnya handle benda ni?? lariiiii... aku yg hanya seorang pencacai ni la yg jadi mangsa..


hari khamis ni aku akan berada di port dickson, menghadiri kursus Team Building. sekali lagi aku akan tinggalkan wife aku sorang2 kat rumah.. kesian la plak.. tapi nak buat camana, dah memang tugasku.. maafkan aku wahai isteriku..




"aku yg sentiasa diperintah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...