KISAH YANG SANGAT MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN
''Kalau tuhan ada..kenapa dia tak amankan saja dunia ni..?''
Pada suatu petang, seorang
lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang
agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut
menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak
berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan
kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu
soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang
dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di
sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting
rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh
pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi.
Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu
ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting
rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul
Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya
jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya
40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan
rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang
gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik
tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu
meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba
lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik
tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya
tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua
tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting
rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik
memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya
peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan
manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul
kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki
itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah
memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu
al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka
menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH,
tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam
sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik
tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut
tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya
encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi,
alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya”
Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu
turut tertawa juga.
No comments:
Post a Comment