Pages

Showing posts with label aku dan UM. Show all posts
Showing posts with label aku dan UM. Show all posts

Monday, February 21, 2011

PilihanRaya Kampus UM. lagi calon hilang..

"KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin." petikan Kosmo Online.

haha.. dah macam main nyorok2 plak. pilihan raya kampus di Universiti Malaya memang sentiasa mencuri perhatian media. macam2 peristiwa yang berlaku sepanjang pilihan raya berjalan. memang dah macam pilihan raya umum malaysia dah.

pada dasarnya pilihan raya kampus dibuat adalah untuk memilih pemimpin mahasiswa yang akan memimpin dan menjaga kebajikan mahasiswa. setiap pemimpin yang dipilih tidak kiralah dari pihak mana sekalipun seharusnya memperjuangkan hak dan kepentingan mahasiswa. pemimpin yang dipilih akan menjadi suara mahasiswa. jadi, biarkan mahasiswa yang membuat pilihan sendiri. kenapa perlu ada campurtangan politik kotor tidak kira dari mana2 parti politik samada kerajaan atau pembangkang.

kenapa perlu wujud pro-pembangkang atau pro-kerajaan. sepatutnya hanya ada pro-mahasiswa. kenapa perlu ada rekrut dari parti politik negara? biarkan pilihan raya kampus berjalan dengan bersih tanpa ada campurtangan politik luar.

sekadar pandangan bekas pelajar UM.

Monday, August 17, 2009

gerai + konvo...

konvokesyen...

time konvokesyen ni ada plak dibuka gerai2 yg menjual pelbagai barangan seperti, bunga, hadiah konvo, pakaian, dan segala macam benda la.. oleh itu, gerai2 ini dinamakan gerai konvo..

seperti biasa, konvo ni dibuat selalunya serentak bagi semua institusi pengajian tinggi. kalau bukan serentak pun, dalam lingkungan masa yang hampir sama la.. sepanjang majlis konvokesyen ni berlangsung iaitu lebih kurang seminggu, maka gerai konvo pun seminggu la.

aku tidak ketinggalan untuk meluangkan sedikit masa untuk ke gerai konvo bersama isteri tercinta, siti mujahadah bt md kamal (nama sebenar). namanya disebut disini atas permintaannya tuan punya nama. hehe..

wife aku ni telah secara senyap2 membuat jadual dan rancangan untuk mengunjungi beberapa gerai konvo di beberapa universiti sekitar lembah klang. antaranya adalah Universiti Malaya (gerai konvo paling best), Universiti putra Malaysia (sunyi sepi) dan UKM (belum dikunjungi).
satu lagi universiti yg turut tersenarai adalah Uniten. kedudukan rumahku yg strategik iaitu di kawasan yg berhampiran 3 universiti ni telah memudahkan isteriku untuk menjayakan rancangannya.

setakat ni aku telah diheret ke 2 lokasi gerai konvo iaitu UPM dan UM. seperti dinyatakan di atas, gerai konvo UM memang the best manakala suasana di UPM agak suram dan lengang. mungkin kerana terkena tempias langkah berjaga2 H1N1. maka student UPM mengambil langkah bijak agar tidak bersesak2 di gerai konvo.

kalau diikutkan jadual, semalam iaitu hari ahad sepatutnya giliran gerai konvo UKM. tapi rancangan tidak dapat dilaksanakan kerana sebab2 tertentu. tapi aku pasti minggu ni akan tercapai juga cita2 isteriku untuk mengunjungi gerai konvo UKM.. aku memang pasti.. ikut je la...

memang seronok tengok student bertungkus-lumus menguruskan gerai masing2..


Friday, August 7, 2009

kita enjoy...

malam ni ada game boling kat mines.. minggu lepas dah main hari sabtu.. memang aku plan untuk buat game setiap minggu.. sebab dah lama tak main ngn member2.. minggu lepas dapat kumpul 5 orang je.. eddy, cabil, pajan, torik dan aku... 1st game aku menang la.. 2nd n 3rd game bagi la org lain plak.. kesian plak kt org lain.. takkan la aku je yg nak menang..hahaha.. riak betul.. memang main boling ngn member2 ni boleh hilangkan segala kekusutan dalam kepala ni.. memang enjoy habis la.. aku gelak pecah perut la.. dah lama tak gelak camtu.. wife aku tak ikut ari tu, dia bagi aku masa utk lepak ngn member2 plak.. sebab aku memang jarang ade time nak kuar lepak ngn member2.. aku ni malas gak nak kuar.. kalo kuar pun sebab wife aku ajak..

malam ni maybe ramai sikit yang join. zarir, kema n yob maybe join... best gak sesekali dapat lepak ramai2.. banyak citer boleh kongsi.. ajak naga, tapi dia ckp bini dia tak sihat.. bakal jadi bapak, camtu la.. tapi torik boleh je.. bakal jadi bapak jugak.. aku bila plak.. huhu.. wife aku ikut jugak kot malam ni.. kesian gak tinggal dia sorang2 kat umah.. dah la wife aku ni 'kurang berani'.. hehe.. jangan marah..

"sayang, nak ikut tak malam ni?"

Friday, May 22, 2009

berakit di sungai nenggiri

assalamualaikum...
cuti semester memang masa yg ditunggu-tunggu.. untuk program hijau tahun 2007, aktiviti berakit di sungai nenggiri telah mengisi masa cuti semester aku. memang satu pengalaman yg tak akan aku lupakan.. memang sangat mencabar.

perjalanan dari KL ke Gua Musang menaiki keretapi.

bersesak dalam sebuah lori untuk perjalanan ke sungai nenggiri.


taklimat sebelum memulakan aktiviti berakit

bermulanya suatu pengembaraan yg mencabar.
kami berakit sepanjang sungai nenggiri, sepanjang hari.

rehatkan minda merasai nikmat keindahan alam ciptaan tuhan.
kita rehat sebentar di kawasan air terjun..

bila malam menjelma, khemah didirikan untuk menghilangkan penat lelah. aktiviti malam lebih santai dan menghiburkan.

pengalaman bermalam di perkampungan orang asli memang sesuatu yg tidak boleh dilupakan.

aku memang suka dengan aktiviti mencabar.. teringat plak aktiviti jalan lasak masa form 4 kat SERATAS dulu. suatu kenangan...



Wednesday, May 6, 2009

aku dan boling

aku memang dah lama tak main boling.. last sekali main boling masa reunion seratas hari tu la... memang best... dapat RM500... jangan jeles semua... dan naim, jangan la riak sgt... huhu... dulu masa kat UM memang selalu gi main boling.. boleh dikatakan setiap minggu mesti main boling... masa tu main kat bangsar shopping centre (BSC)..kat situ je yg murah masa tu.. RM10 dapat main sampai 4 game... memang murah giler la tu... tapi hari selasa je la... so, setiap hari selasa memang geng2 aku akan beramai2 menyerbu BSC... yg selalu join aku main boling dah tentu la cabil, thoriq, eddy, yob, afiq, zarir, izman.. naga, yus, hisyam agak susah la nak join... hisyam byk sgt alasan... yusrul asyik nak dating je... naga plak tak sanggup nak membazir... senang cakap, diorang ni bukannye reti sgt main..haha...
memang rindu nak main boling ngn member2 macam dulu... sekarang semua dah sibuk ngn kehidupan masing2.. aku, thoriq dan naga masing2 dah kahwin... eddy memang sibuk ngn keje... cabil dah asyik terperap je dalam bilik kt umah sewa... yob dah duk ngn kembar dia ayim, dah susah nak ajak kuar.. tambahan plak dah ade awek plak skarang nih... zarir sibuk ngn master dia... kan best kalo boleh spend masa utk main boling ramai2 cam dulu... tentu aku yg menang... hahaha...riak kembali...

dari kiri : cabil, thoriq, eddy, zarir
thoriq je yg dah kahwin, yg lain single lagi...ni gambar masa main kt the mines tahun lepas.. masa ni aku duk serumah ngn diorang nih.. xtvt main boling masih diteruskan walaupun dah abis belajar..

kena letak gambar nih... aku tengah leading masa nih...memang riak habis la.. thoriq tengah down sindrom giler.. muka memang bengang giler...cabil dah sakit kaki memang tak power dah.. eddy memang bukan cabaran..zarir plak memang dah berat bontot, nak strike pun susah..

thoriq sebelum down sindrom..tiga2 org pakai baju UM..baju free...

memang rindu kehidupan kat UM dulu..sentiasa ade xtvt yg menyeronokkan... sekarang dah sibuk...kehidupan yg penuh cabaran sedang menanti di hadapan.. so, hidup perlu diteruskan..

renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, April 28, 2009

madu 4

assalamualaikum...

main kayu tiga...
aku ade la sorang member nih...satu universiti ngn aku dulu...
member yg kamceng gak ngn aku, still kamceng sampai sekarang.. nama dirahsiakan...

mamat nih pernah ade awek 4 orang dalam satu masa... masa tu aku 1st year...
memang giler playboy la... muka takde la hensem sangat, camana leh awek sangkut tatau la..
semua masalah pasal awek2 dia ni diceritakan kat aku...so, aku jadi penasihat peribadi dia la..
bab2 cover line bagi kat aku la...bersubahat...huhu...dia ni memang kejap2 bergayut di telepon.. satu malam leh habis sampai 30hinggit.. tatau la berbaloi ke tak...

awek2 dia nih memang tak tau la yg mereka telah dimadukan sampai 4... kalo buat drama, kalah citer p.ramlee madu 3... dia punya kelentong memang superb... akulah penasihat yg bersubahat... sampai satu masa tu pernah 2 org awek dia ni ajak balik kampung sama2.. pada masa dan waktu yg sama... dia dah jadi pening... dia pun carik idea...aku cakap kt dia, ko takyah balik ngn 2-2 ni... ko balik sorang je la...dan setelah penat mencari helah, idea aku diterima.. hehe..

mamat ni bukannya nak main2 ngn diorg nih.. dia sayang semua... kasih sayang dibahagi sama rata.. kalo tepon sorg, kena tepon semua.. sorg dapat kadar rata, 10hinggit sorg...kan adil namanya...hahaha...

sampai satu tahap, dia dah tak tahan...satu persatu aweks ni dia lepaskan... dan tinggallah sorang...sampai sekarang...dah jadi bini pun..aku taktau la dia dah citer ke belum kat bini dia ni yg dia pernah memadu-4-kan bini dia ni satu ketika dulu...

bini dia ni dipilih atas keistimewaan tertentu.. nak kata cantik, ade lagi yg lebih cantik yg dilepaskan.... maybe itu pilihan terbaik setelah diteliti antara 4 org tu... keistimewaan bukan terletak pada kecantikan semata2, tapi perlu dilihat dari setiap segi... mampukah seorang wanita menjadi ibu yg baik pada anak2, dan layakkah kau bergelar suami pada wanita itu...

fikir dan renung2kan, dan selamat beramal...

wassalamuuu...

wanita solehah menjadi impian setiap lelaki..

gambar hiasan semata-mata..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...