Showing posts with label myfamily story. Show all posts
Showing posts with label myfamily story. Show all posts
Thursday, October 3, 2013
Mana Mak?
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil
Thursday, March 21, 2013
Gempak SPM 2012
Pepatah Melayu ada menyatakan, Usaha Tangga Kejayaan. Siapa rajin berusaha, dia akan berjaya. Tapi, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Apa yang penting adalah usaha yang telah kita lakukan.
Huh. Intro yang penuh dengan kata-kata semangat dan positif. Tahniah diucapkan kepada semua yang baru dapat keputusan SPM. Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang, tahniah juga kepada yang berjaya dengan kurang cemerlang. Dan tahniah juga kepada yang tak berapa berjaya tu. Sebab anda telah berjaya menduduki peperiksaan SPM. Ada juga orang yang tak dapat ambil SPM. Dengan kata lain anda lebih berjaya daripada mereka.
Dalam keluarga aku ada 3 orang yang ambil SPM 2012. Semuanya berjaya. Tahniah kepada PokDik Hafizul Najmi, KakLong Shafiqah Shaharom dan Amirul Asyraf. Sesungguhnya kalian telah membanggakan keluarga dengan keputusan SPM yang baik.
Kepada semua, teruskan usaha yang telah dilakukan. Kepada yang berjaya, jangan lupa diri. Ingat Allah, ingat ibubapa dan keluarga. Jangan terlalu bangga diri. Teruskan kecemerlangan anda. Kepada yang kurang cemerlang, tingkatkan usaha. Jangan berputus asa. Bersyukur atas rahmat yang diberi. Jangan terlalu bersedih mengenang masa lampau hingga kita abaikan masa hadapan. Kehidupan baru bermula.
Kadang-kadang Allah turunkan hujan kerana Allah nak berikan kita pelangi di masa depan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tuesday, October 11, 2011
11 oktober
naim : Hello mak, Assalamuaikum.
mak : Waalaikumsalam.
naim : mak, hari ni hari lahir naim.
mak : oo..selamat hari lahir.
naim : terima kasih mak sebab lahirkan dan membesarkan naim. jasa mak tak dapat naim balas. sayang mak.
mak : ye la. dah tua dah. buat perangai elok-elok. jangan malas-malas lagi.
naim : ye mak.
11 Oktober.
Setiap tahun aku akan telefon mak pada tarikh ni. Dan dialog di atas akan terjadi. Tapi tahun ni lain. Sepi tanpa mak. Aku rindu mak.

Friday, September 23, 2011
kenangan
Cerita kenangan.
Dulu kalau tengok cerita melayu kat TV dengan mak, memang best.Sebab mak mesti akan keluarkan nasihat yang penuh tersirat. Kalau tengok cerita kisah ibu bapa yang dibuang anak-anak, mesti mak akan kata
"Nanti bila mak dah tua, dah tak larat, mesti hangpa pun buat mak ayah macam tu. semua takmau nak jaga mak. Kalau mak duduk dengan hangpa, mesti selalu kena marah. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Lepas tu, hantar mak pi rumah orang tua."
Kami anak-anak hanya akan diam dan tersenyum. Jauh di sudut hati menafikan kata-kata mak.
Sekarang memang kami tak sempat nak jaga mak. Mak dalam kenangan...

Sunday, September 4, 2011
Kuseru rindu itu
5 hari pemergian mak. Rindu semakin dalam.
Mak tetap dalam ingatan. Dalam setiap nafasku.
Mak tetap dalam ingatan. Dalam setiap nafasku.
Friday, September 2, 2011
2 syawal 31 ogos. Emak telah kembali...
2 syawal 1432H bersamaan 31 ogos 2011. Emak telah kembali. Kembali mengadap Tuhan Maha Pencipta. Kembali ke Rahmatullah.
Semoga roh emak ditempatkan bersama orang2 beriman.
Semoga roh emak ditempatkan bersama orang2 beriman.
Tuesday, August 30, 2011
Doa untuk emak
Jam sudah hampir 4.00 pagi. Aku masih di sisi emak. Membacakan surah yasiin untuk emak. Mengajar emak menyebut nama Allah, Tuhan maha pengampun. Sebak di hati. Tidak dapat dibendung lagi. Kuulang bacaan ayat suci AlQuran ditelinga emak. Air mata emak mengalir perlahan. Tanpa suara. Tanpa bicara. Yang ada cuma lirikan redup mata emak yg terbuka sedikit.
Aku masih di sisi emak. Di pagi raya. Hampir terlupa kehadiran syawal. Di saat orang lain bermimpi bersuka di hari raya. Aku masih di sini. Berdoa kepada Tuhan maha kuasa. Menyebut kalimah 'kun fa ya kun'. Diulang-ulang. Moga Allah kurangkan kesakitan emak.

Monday, August 29, 2011
Malam Raya: Emak
Malam raya. Emak masih di ICU. Begitu juga anak2 mak. Ayah setia di samping mak.
Kata Doktor. Mak semakin lemah. Tenat.
Doa pada Allah. Semoga ringan derita emak. Amiin. Allah maha kuasa.
Kata Doktor. Mak semakin lemah. Tenat.
Doa pada Allah. Semoga ringan derita emak. Amiin. Allah maha kuasa.
Friday, August 26, 2011
Menjelang Raya
Tinggal lagi 4 hari sebelum menjelang raya. Masih tiada mood raya.
Mak sedang berada di Bilik Pembedahan.
Mak sedang berada di Bilik Pembedahan.
Thursday, August 25, 2011
Ramadhan Emak 3
23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432H.
Jam 6.50 petang, mak kembali ke Wad ICU. Hanya 3 hari mak berada di wad biasa selepas keluar wad ICU hari tu. Semua anak2 kembali bersama mak selepas sehari pulang ke kota. Kembali risau. Dan semakin risau.

Friday, August 19, 2011
Ramadhan Emak 2
Hari ni dah genap 7 hari mak kat ICU. Setiap hari aku akan call Kak Norli untuk tanya keadaan mak. Alhamdulillah, hari demi hari keadaan mak semakin baik. Itu berita yang aku terima setiap hari. Semoga mak cepat sembuh dan kembali seperti sediakala. Amiinn.
Esok, insyaAllah aku akan pulang untuk lihat keadaan mak di hospital. Semoga segalanya berjalan lancar.
Rindu untuk melihat mak kembali sihat.
Esok, insyaAllah aku akan pulang untuk lihat keadaan mak di hospital. Semoga segalanya berjalan lancar.
Rindu untuk melihat mak kembali sihat.
Wednesday, August 17, 2011
Ramadhan Emak 1
Semakin hari semakin serabut. Aku senyum, tapi dalamnya sangat pahit. Aku ketawa, tapi dalamnya ada tangisan.
Aku semakin serabut hari demi hari. Jiwa rasa bercelaru. Hati cepat terasa. Dalam hati ada taman. Sangat sensitif. Bila terkenangkan Emak.
Ya, Emak. Dah masuk hari ke-6 emak di ICU Hospital Taiping. Rasa sebak sentiasa bermain dalam hati. Bila dilayan pasti tidak dapat dibendung. Aku sebak.
Sejak Hari Jumaat lepas lagi emak dimasukkan ke ICU Hospital Taiping. Ramadhan mak tanpa sedar. Ramadhan mak dengan kesakitan. Aku nampak kesakitan mak. Aku dapat rasa di setiap tubuh mak. Kesakitan. Dan ia mengalir ke setiap salur darahku.
Aku sempat bersama mak ketika dia masih sedar pada hari Jumaat. Sebelum dia dimasukkan ke ICU. Mak masih boleh bercakap. Masih masih mampu tersenyum. Aku mohon ampun pada mak kerana lambat pulang. Sambil tangisan yang tidak dapat aku bendung. Aku sakit melihat keadaan mak. Mak hanya tersenyum.
Sehinggalah mak ditidurkan. Diberikan bantuan pernafasan. Semakin sebak.
Ya Allah, Kau ringankanlah kesakitan yang mak alami. Ringankanlah ujian-Mu ini Ya Allah. Semoga mak kembali ceria. Seperti dahulu.

Monday, August 8, 2011
Ramadhan
Salam,
Sekarang dah masuk minggu kedua Ramadhan. Alhamdulillah, minggu pertama Ramadhan dapat aku tempuhi dengan jayanya.
Hari pertama, aku berpeluang berpuasa di kampung bersama keluarga tercinta. Dan aku juga berpeluang berbuka bersama mak dan ayah. Lepas berbuka barulah aku pulang semula ke kota Kuala Lumpur. Nikmat berbuka bersama keluarga adalah sesuatu yang tiada tandingannya. Memang sangatlah bahagia. Akan ku nantikan peluang begitu sentiasa.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Amiin..

Tuesday, July 5, 2011
Rindu.
Dah lama tak balik kampung. Setiap kali nak balik, mesti ada hal yang menghalang. Huh. Rindu sangat nak balik kampung. Rindu pada Mak dan Ayah serta keluarga yang lain.
Kali terakhir aku balik kampung awal bulan April yang lalu. Abang Mat bertunang masa tu. Jadi, dah masuk 3 bulan tak balik kampung. Tapi setiap bulan jumpa mak dan ayah sebab mak ayah datang KL bulan Mei dan Jun. Terubat sikit rindu.
Minggu ni masih lagi tak dapat nak balik kampung. Datin dah 3 minggu berturut-turut ada aktiviti di sekolah pada hari Sabtu. Guru2 sekarang ni dah semakin sibuk. Lebih sibuk dari guru2 zaman dulu.
Keinginan berjumpa dengan ahli baru keluarga Haji Ab.Rahman terpaksa ditangguhkan lagi. Ahmad Khalid Iman, anak Kak Norli yang baru lahir hampir sebulan yang lepas. Harap2 cepat boleh balik kampung.

Sunday, May 1, 2011
Bila si dia tengok TV
dengan semangatnya nak sangat tengok citer Lake Placid.
dengan semangatnya tercongok di depan TV.
bila nak keluar buaya yg ganas ni.
menunggu penuh debaran.
terus menunggu setiap babak.
bila adegan terkejut.. dia menjerit!!!
bila ada benda jatuh.. dia menjerit!!!
bila orang jatuh sampan.. dia menjerit!!!
bila buaya pemangsa tiba.. dia tutup muka dan menjerit!!!
sampai habis cerita pun dia tak dapat tengok buaya..
kata-kata keramat si dia, "takde keja lain ke nak main kat tempat tu, pergi la tempat lain. pergi la Rantau Panjang ke, KB Mall ke, Wakaf Che yeh ke.."
Wednesday, March 23, 2011
Tahniah kepada Girl tu...
ucapan tahniah diucapkan kepada:
1) Girl yang selalu tolong bukak pintu pagar rumah aku.
2) Girl yang selalu buat air teh masa aku balik kerja.
3) Girl yang selalu buat cendawan goreng kat rumah.
4) Girl yang melekatkan 'L' pada Nouvo aku.
5) Girl yg suka menjeling-jeling.
6) Girl yg suka sangat tengok cerita Merlin.
7) Girl yg main Facebook tak ingat dunia.
8) Girl yg baru Lulus P memandu belajar dengan cikgu Khusairi.
9) Girl yg suka sangat pi Pasar Malam.
10) Girl yg suka beli goreng pisang naik motor tak pakai helmet.
....kerana telah berjaya dalam peperiksaan SPM.

Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 26, 2011
GempakPMR2010.. Pakdik, Nurul dan Mirul.
salam Ipoh.. aku masih di sini..
asyik cerita pasal ipoh je.. ada apa dengan ipoh.. ibu negeri Perak.. aku anak Perak.. hehe.. kisah aku dan ipoh akan tamat tidak lama lagi..
jom cerita kisah family plak..
aku nak sambung kisah bebudak PMR2010. aku namakan mereka sebagai GempakPMR2010.. sebab apa dinamakan GempakPMR2010?? sebab diorang ni memang GEMPAK habisss... ahli GempakPMR2010 adalah Hafizul Najmi (Pakdik), Nurul Shafiqah (Nurul), Amirul Asyraf (mirul)..
seperti yang telah diwar-warkan, aku dah janji nak bagi hadiah berupa wang tunai bagi setiap A yang depa ni dapat. jadi, aku telah dikikis sebanyak RM250 oleh GempakPMR2010 ni. Pakdik dapat 8A1C, Nurul dapat 7A1B dan mirul dapat 8A. memang hebat... memang aku respek la kat depa ni.. habis la duit aku.. huhu.. tapi takpe, ianya sebagai hadiah dan penghargaan kepada depa ni yang dah mengharumkan nama keluarga Haji Rahman. tahniah buat mereka semua..
Pakdik dah dapat tawaran masuk MRSM Lenggong, Nurul kekal di seratas kesayanganku, dan mirul dapat tawaran ke SM Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang. semuanya dapat masuk sekolah yang hebat-hebat.. belajar di asrama penuh dan MRSM sememangnya adalah impian setiap pelajar.. dan depa ni dah dapat apa yang semua orang impikan.. tahniah buat semua..
untuk pakdik, jangan lepaskan peluang yang terhidang di depan mata. MRSM adalah tempat kecemerlangan tercipta. jangan disebabkan hasutan dan cerita dongeng orang lain, pintu kejayaan dan peluang yang di depan mata dilepaskan begitu sahaja. keputusan hari ini penentu kejayaan masa hadapan..
terukan perjuangan GempakPMR2010..

Friday, December 17, 2010
9A = RM100

adik hafizul yg tak berapa hensem.
untuk pengetahuan semua, aku ada seorang adik dan 2orang anak buah yang amik PMR. kalau ketiga-tiganya dapat 9A, maka tamatlah riwayat RM300... huhuhu... matilamakweiii... walaupun bunyi macam agak kurang ikhlas, tapi sememangnya aku ikhlas bangat sih...
masa aku amik PMR dulu takde la plak orang nak bagi aku ganjaran. kalo tak dah comfirm aku dapat straight A's.. macam la aku pandai sangat... hahaha... nak dapat 5A pun dah pecah otak... (padahal aku tak study pon.. hehehe)
jadi untuk adik hafizul, nurul shafiqah dan amirul asyraf... sila tuntut ganjaran anda... kalau lewat dituntut, kira hangus je la... hahaha... semoga anda semua berjaya selamanya...
Friday, December 10, 2010
ayah kami hebat
salam 1Malaysia. cerita kisah ayah yang hebat. ayah baru menang naib johan pertandingan kitchen garden peringkat negeri perak. sebelum dapat masuk peringkat negeri ni, ayah menang johan peringkat daerah larut matang dan selama. kemenangan ni bukanlah kemenangan ayah sorang je. tapi jugak kemenangan mak yang banyak membantu. anak2?? ada gak la tolong sikit2.. hehe.. jom tengok gambar kebun ayah.

tu gambar mak. tengah buat kerja.. berkebun ni dah jadi hobi mak dan ayah..

tu dia ayah yang hebat.. di sebalik sayuran yang segar. kebun ni sebenarnya hanyalah di sekeliling rumah.. rumah aku dah jadi macam house in the garden..

ni kat halaman rumah.. hiasan ni mak yang buat.. dibantu oleh anak2 la...

banyaknya tanaman ayah..

sepatutnya ayah dah menang tempat pertama. tapi disebabkan ada unsur2 politik kotor, ayah dapat naib johan je.. memang politik kotor.. kalau tak masuk peringkat daerah, tapi boleh johan peringkat negeri. kan politik kotor namanya. kesian ayah.. ayah memang agak terkilan.
tapi ayah aku tetap hebat...
"ayah kami hebat"
Subscribe to:
Posts (Atom)