Pages

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Mari Mengundi

Assalamualaikum,

Mari mengundi. Semalam, 3 April 2013 DS Najib telah mengumumkan pembubaran parlimen. Memang semua orang dah lama tertunggu-tunggu akan pembubaran parlimen ni. Ini menandakan Hari Mengundi dah semakin hampir. Dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen, Pilihan Raya ke 13 perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru. Undi adalah rahsia.

Aku dah pernah turun mengundi sekali pada tahun 2008 PRU 12. Seperti biasa, semua orang balik mengundi di kampung halaman.Ada yang duduk jauh2 macam aku ni, bila balik mengundi je dapat la duit tambang. Aku amik je la bila orang dah nak bagi tu. Kalau tak bagi pun aku tetap akan mengundi sebab mengundi adalah kewajipan dan tanggungjawab setiap rakyat. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Masa nak pi mengundi tu kecoh la dengan kempen sana sini. Memang meriah.

Aku dapat tugas penting jugak masa PRU12 2008. Sebagai orang yang tolong angkut orang mengundi. Sepatutnya ayah aku yang buat kerja ni, tapi dia minta aku yang jalankan tugas ni. Jadi, tugas aku adalah bawa van ayah aku, pusing2 kampung untuk angkut sesiapa sahaja yang nak pergi mengundi. Aku ajak juga sorang kawan aku. Sepanjang proses mengundi tu aku pun menjalankan tugas membawa orang ke tempat mengundi. Tanpa mengira sesiapa pun, semua aku angkut.

Petang lepas selesai je kerja, aku pun balik rumah. Ayah aku kata, ada orang cakap aku angkut orang parti pembangkang. Aku kata apa salahnya. Lagipun mana la aku tahu orang tu parti apa. Tugas aku adalah bawa orang pergi tempat mengundi. Tak kira la orang tu parti apa pun. Nak tolong orang pun kena tahu dia parti apa ke? Susah juga kalau semua benda nak kena ikut parti. Apa yang penting aku telah menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Hak mengundi adalah hak semua rakyat.

Sekian.

Friday, February 15, 2013

Solat Iqbal haqeem

Salam Jumaat,

Tadi Solat Jumaat di Surau Al-Kauthsar bersama anak saudara yang berumur 7 tahun. Iqbal Haqeem namanya. Masa aku sampai di surau tu, baru je lepas tok bilal mengalunkan azan yang pertama. Anak saudara aku si Iqbal ni baru je nak belajar-belajar solat. Biasalah bagi budak yang baru berumur 7 tahun.

Sebelum aku mula solat sunat, aku suruh Iqbal solat sunat sama dengan aku. 2 rakaat aku bagitau kat dia. Dia pun menganggukkan kepala tanda faham. Aku pun mula solat sunat. Setelah aku selesai solat sunat 2 rakaat, aku tengok Iqbal masih lagi belum selesai solat. Beberapa kali dia mengangkat takbiratul ihram. Sedang dia membaca Al-Fatihah, dia berhentikan solat dan mengangkat takbiratul ihram semula. Beberapa kali, dia masih tidak dapat menghabiskan bacaannya dan mengangkat takbir semula.

Aku hanya memerhatikan tingkah laku anak kecil ini. Sehinggalah Khutbah mula dibacakan, aku menarik tangan Iqbal minta dia duduk mendengar khutbah. Dengan rasa tidak puas hati dia bersuara,

"Abang belum habis solat lagi."

Aku hanya mendiamkan diri mendengar khutbah.

"Abang belum habis solat lagi." Diulang lagi dengan riak muka sedih dan macam dah nak menangis.

Aku masih mendiamkan diri. Waktu khutbah tidak boleh berkata-kata. Fikirku.

"Kat sini bising. Abang tak suka bising. Abang tak boleh solat bila bising. Sebab tu la abang nak solat kat rumah je." Kata Iqbal dengan muka sedihnya. Aku hanya memeluknya dan teruskan mendengar khutbah. Kesian pula kat budak ni.

Budak sekecil ini pun rasa sedih bila dia tak dapat menghabiskan solatnya. Ini kan pula kita yang telahpun diwajibkan menunaikan solat. Adakah kita rasa sedih bila kita tidak menunaikan solat. Insaf terasa.

Wassalam.

Thursday, February 7, 2013

Nak bisnes jugak.

Salam,

Dalam kesibukan kerja, hari ni aku banyak memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan. Bisnes sampingan kata orang.

Puas aku fikir, nak buat bisnes apa? Nak jual apa? Macam mana nak mula?

Sebenarnya aku jeles dengan orang-orang yang pandai buat duit sampingan ni. Memang masyuk la. Jual baju, jual barang mainan, jual tupperware, jual keronsang. Jual ape lagi? Jual kek pun ada. Sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Di samping mendapatkan pendapatan sampingan, boleh juga meningkatkan motivasi diri untuk terus maju. Dan aku masih terus berfikir. Nak jual apa ni? huh..

Tuesday, February 5, 2013

Trauma Tahun Baru Cina

Salam,

Selamat Tahun baru Cina. Kepada mereka yang berbangsa Cina.
Memikirkan yang Tahun Baru Cina ni dah dekat, membuatkan aku rasa serik. Serik untuk tersekat dalam kesesakan lalulintas. Serik nak kena memandu sampai 15 jam. Huh.. Sakit kepala bila difikir-fikirkan.

Kenapa, Orang Cina punya Raya, Orang Melayu sangkut tengah jalan?
Kenapa, Orang Cina suka-suka, Orang Melayu derita?
Aku tidak menyalahkan Orang Cina nak sambut raya.
Kita yang kena fikirkan jawapannya.

Aduh! Letih dah ni. Baru fikir dah rasa letih.
Pengalaman tersekat dalam kesesakan jalan raya 2 tahun yang lepas memang menghantui. Masa tu nak balik KL dari Kelantan. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 6-7jam je. Tapi dah jadi sampai 15 jam. Siapa boleh tahan duduk dalam kereta sampai 15jam? Kalau tidur sekalipun, mesti dah 15 kali mimpi.

Pernah sekali tu, pengalaman aku bawa kereta balik kampung. Jem punya pasal, aku jadi mengantuk giler. Apalagi, berhenti la kat Petronas, terus tidur. Siap mimpi lagi tidur dalam kereta. Yang bestnya aku mimpi aku bawa kereta dalam keadaan mengantuk sampai tertidur. So, maknanya aku mimpi aku mengantuk dan tidur.

Hari Jumaat ni In Shaa Allah aku dan isteri akan pulang ke Kelantan. Harap-harap tidak terlibat dalam apa jua perkara-perkara yang tidak diingini termasuklah kesesakan lalulintas.

Gong Xi Fa Cai.

Wednesday, January 23, 2013

Kawan Lama

As-Salam,

Baru sebentar tadi aku dapat notification dari seorang yang bernama HAFIZUDIN.
Kawan lama. Aku berfikir sejenak.

Hafizudin.Hafizudin.Hafizudin.

Aku hilang arah. Siapa Hafizudin?
Maaf kawan. Aku kehilangan memori masa lalu.

Mungkinkah Ustaz Hafizudin, kawan lama masa aku menuntut di KYPM Kota Bharu?
Orang Kedah kalau tak silap. Lama tidak dengar khabar berita darinya.
Dahulu selalu pulang dari kelas malam bersama.
Menyanyikan lagu nasyid bersama.
Teman yang kupanggil 'Ustad'.

 Kawan, Sahabat dan Teman.
Silaturrahim takkan terputus dek masa ataupun jarak.

(email: syahid_06@yahoo.com)




Monday, August 8, 2011

Ramadhan

Salam,

Sekarang dah masuk minggu kedua Ramadhan. Alhamdulillah, minggu pertama Ramadhan dapat aku tempuhi dengan jayanya.

Hari pertama, aku berpeluang berpuasa di kampung bersama keluarga tercinta. Dan aku juga berpeluang berbuka bersama mak dan ayah. Lepas berbuka barulah aku pulang semula ke kota Kuala Lumpur. Nikmat berbuka bersama keluarga adalah sesuatu yang tiada tandingannya. Memang sangatlah bahagia. Akan ku nantikan peluang begitu sentiasa.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Amiin..

Tuesday, August 2, 2011

Pakcik Kayooo...

 Bukak je emeil, terus baca yang ni. entah Sape la insan pemurah ni.

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.
           
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.
Reply to: mrs.shahsillabinti@live.com.my


aku akan jadi kayoo dalam sekelip mata. huh. 

Monday, July 25, 2011

Demam.

Isnin.
Aku ke pejabat seperti biasa.
Ada lawatan tapak di Gua Musang.
Esok hari. Sila hadir.
Arahan dari Bos.
Saya Yang Menurut Perintah.

Selasa.
Pukul 6.30 pagi. Sudah keluar rumah.
Ke Gua Musang.
Bersama Bos.
Dan Bos kepada Bos.
Lunch hour. Makan ikan Klah.
Mahal.
Makan durian Musang King.
Banyak.

Rabu.
Mesej. "Bos, saya EL. Kurang sihat."
Malas.
Malam. Mari menonton wayang.
Maraton.

Khamis.
"Sayang, abang rasa macam deman."
"Kenapa malas kerja ni?" balas datin.
Huhu. Hidupkan enjin motosikal, pergi kerja.
Di pejabat, pening. Terus ke Klinik.
Terima kasih doktor.
MC 2 hari.

Jumaat.
..................zzzz.................

Aku memang jarang sangat demam. Setahun mungkin sekali je demam. Dan bila demam, memang susah. Sakit badan.
Masa sekolah dulu, lagi jarang demam. Mungkin ada demam. Tapi aku sendiri pun tak tahu aku demam. Demam dan tak demam, sama saja. Kerana aku sentiasa bersukan bila petang. Gaya hidup sihat.
Tapi sekarang, bukan lagi gaya hidup sihat. Tapi gaya hidup SEHAT dan LEBIH SEHAT.

Sekian. Aku demam, mak pun demam. Rindu mak. Rindu ayah.

Friday, July 15, 2011

Teka-Teki 2

Petang semalam masa balik kerja dah dapatkan cara untuk cari jawapan Teka-teki tu.

Dan jawapannya, aku salah lagi.. haha.. Demm..

Firasat aku selalu salah.

Wednesday, July 13, 2011

Teka-teki

Teka-teki teka tekuk,
Ular mati dalam mangkuk.

haha.. ni la teka-teki paling femes masa kecik2 dulu. Walaupun semua orang dah tau jawapannya, tapi teka-teki ni tetap femes. haha..

Aku memang suka dengar teka-teka. Boleh menguji minda. Berfikir di luar kotak. Berfikir melangkaui kemampuan otak. Berfikir secara kreatif. Tapi kalau jawapannya tak masuk akal, memang menyakitkan hati. Setiap teka-teki mesti ada jawapannya. Kalau yang jenis suka bagi teka-teki, lepas tu taknak bagi jawapan, memang menyampah. Baik kau tak payah bagi teka-teki kalau jawapannya adalah rahsia. Punya la penat orang duk fikir jawapan, lepas tu kau kata jawapan dia semua salah, dan kau tak pulak nak bagi jawapan yang betul. Memang kau ni sangat menyakitkan hati.

Ok, kenapa aku keluarkan entri pasal teka-teki. Sebabnya aku memang ada satu teka-teki yang sedang bermain di fikiran. Aku memang tak boleh tenang selagi tak tau jawapan daripada teka-teki ni. Jadi aku akan membuat tanggapan bahawa jawapan yang aku berikan adalah betul dan menggembirakan aku. Tapi ianya tetap hanya satu tanggapan selagi tidak dibuktikan.

Jadi, harap2 boleh dapat tau jawapan daripada teka-teki ni. Biarpun jawapannya adalah lain dari tanggapan aku, aku akan terima.

Apa teka-tekinya?? haha.. rahsia.. sakit hati tak?

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Kalau aku seorang bapa.

1. Aku akan jadi bapa yg terbaik untuk anak-anakku.

2. Aku akan sentiasa berada di sisi anak-anak dalam apa jua keadaan.

3. Aku akan ajarkan mereka cara menjadi anak yang soleh dan solehah.

4. Aku akan ajar mereka berdikari.

5. Aku akan ajar mereka berakhlak mulia dan menghormati orang lain.

6. Aku akan ajarkan mereka cara berkasih sayang.

7. Aku akan ajar mereka menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

8. Aku akan ajar mereka mengenali keindahan Islam.

9. Aku akan ajar mereka menghargai kehidupan.

10. Aku akan pastikan mereka bangga menjadi diri mereka.

Selamat hari bapa 'ayah'. Ayah adalah sumber inspirasi untuk aku lebih berusaha. Semoga aku dapat menjadi bapa yang sehebat ayah.

Saturday, June 4, 2011

kalau aku seorang guru.

salam,

dah 3 hari aku keseorangan. bila cuti sekolah menjelma, memang aku akan keseorangan. bosan bila duk sorang2 ni. aku nak berborak dengan sape? datin muja dah balik kampung la. cuti sekolah, memang dia balik kelantan. balik sekejap je tu. 4-5 hari je.. nanti balik la..

kalau masa zaman sekolah dulu memang suka sangat bila cuti sekolah. boleh duduk rumah bermanja dengan mak ayah. boleh pergi jalan2. dah tak payah nak bangun awal2 pagi, siap2 pergi sekolah.. boleh bermalas-malas di rumah. haha.. memang best cuti sekolah.

tapi sekarang dah tiada makna lagi cuti sekolah ni. cuti sekolah 2 minggu, bagi guru2 memang la seronok boleh cuti lama2. tapi bagi yang bukan guru, biasa je... sama jugak, kena kerja.. kan best kalau aku pun seorang guru. cuti sekolah, laki bini cuti. 2 minggu cuti, seminggu di kelantan, seminggu di perak.. wahhh, seronok sangat. kalaulah aku seorang guru.. guru tuition tak boleh kira la..

boleh ke aku jadi seorang guru?


kalau aku seorang guru, pasti aku tidak akan keseorangan di hari cuti sekolah.. hehe..

Monday, May 23, 2011

Blog dgn iPhone4

Salam... Aku cuba nak menulis blog menggunakan iPhone4. Macam agak susah je. Jadi aku tulis pada notes, copy dan paste semula pada blog. Macam pelik je cara ni. Haha.. Kenapa aku nak tulis blog guna iPhone plak? Mana laptop? Ade je, saje aku nak tulis dengan cara lain plak. Ade ke cara lain untuk tulis blog guna iPhone?

Thursday, January 27, 2011

Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal JKR



hari ni adalah hari terakhir aku di Ibupejabat JKR Malaysia. ni semuanya sebab Malaysia Menang semalam. kalau tak, aku boleh je stay sampai Jumaat. tapi jumaat plak diisytiharkan sebagai cuti umum.. marah betul aku kat skuad Datuk K.Rajagopal ni. eh, sejak bila Rajagopal dapat datuk ni. bertambah plak sorang lagi Datuk K.

opsss... kena kekalkan mood sedih untuk meninggalkan JKR. makanya, esok aku akan ke Ipoh. untuk apa? berkhidmat di Ipoh pulok la.. cess.. kau ingat aku suka? suka sebab dah dapat jawatan tetap. tiada lagi status kontrak. TIDAK SUKA sebab dipindahkan ke Ipoh dan berjauhan dengan Datin Muja. aduhhh... letih la aku nak berulang-alik Ipoh-KL pas ni.. huhu.. sungguh aku tidak suka..

hari ni aku bawa LAKSA PENANG ke opis. saja nak jamu member2 opis sempena hari akhir aku di sini. laksa yang dibuat sendiri oleh Datin. ape? kau ingat datin tak pandai buat laksa penang? resipi mak mentua lagi tu.. Datin adalah orang kelantan yang makan laksa penang tapi tak makan laksam kelantan. hehehe...

dah..dah..aku nak kemas barang ni... daaaa...

Tuesday, December 21, 2010

saya yang menurut perintah



petang tadi aku pi ke bahagian sumber manusia, cawangan pengurusan koprat. mencuba nasib. mana la tau, boleh adjust balik pasal penempatan aku ni.

ok, ramai jugak yang tertanya-tanya pasal penempatan aku ni.. huhu.. aku ditempatkan di kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT). mula2 tu aku ingat kena kat HQ KPKT Damansara. rupa2nya aku ditempatkan di KPKT Ipoh. memang aku terkejut tak terkata apa. terus call Datin..

ok, sambung balik pasal petang tadi. aku jumpa dengan En. Hashim Buyu, Ketua Penolong Pengarah J52. aku pun bincang la pasal kesulitan aku untuk ditempatkan di KPKT Ipoh. Jawapannya negatif. sebab, penempatan tu semuanya adalah urusan KPKT. JKR hanya memberi penempatan di KPKT. KPKT yang menempatkan pegawai2 yang baru melapor diri. ceh.. sedih plak..

usaha telah dilakukan.. beberapa komen dan nasihat yang aku terima dari kawan2 seperjuangan..

"terima je la mana yg dia bagi, mungkin inilah tempat yang terbaik untuk kita." positif

"ni lantikan pertama kau. baik kau terima je.. takkan awal2 dah nak demand." positif

"jadi kader ni tak best la, kau mesti ketinggalan nanti." negatif

huh.. bagi aku bukanlah aku nak memilih pasal kerja ni. tapi aku memikirkan pasal kehidupan kekeluargaan aku. aku di Ipoh, Datin plak kat KL. wiken husband and wife.. memang sedih..

tapi perkara macam ni dah memang menjadi kebiasaan pada masa sekarang ni. memang dah tak pelik dah. tapi tetap pelik bagi aku.. mungkin inilah takdirnya..

"Tuhan tarik SATU nikmat hambaNya, untuk berikan SERIBU rahmat yang lain.."

saya yang menurut perintah..

aku dapat jawatan tetap.. yes.. aku kena transfer ke tempat lain.. NO..NO..NO..NO..


unhappy hour...
sekarang dah sampai masa bersedih..
sebabnya??
huh.. memang sedih... PINDAH..

gambar di atas..
botol tu adalah air 100+ ok..

aku sedih sekarang ni..
datin pun sedih..
bila cakap ngn datin pasal benda ni..
dah jadi double sedih..

arrrgghh...
tapi bila difikirkan balik,
memang hidup manusia ni ada masa bersedih..
bukan untuk bersuka sahaja..

tapi aku tak suka masalah..
kesian kat datin..
bila dia sedih, aku memang tersangatlah sedih..
aku tak boleh tengok dia sedih..

macam mana ni???

Friday, December 17, 2010

9A = RM100

adik hafizul yg tak berapa hensem.

bila keputusan PMR nak keluar?? aku dah janji nak bagi RM10 untuk setiap gred A kepada adik dan anak2 buah aku yang amik PMR. sebenarnya untuk menaikkan semangat diorang ni jawab periksa. mana la tau bila dengar ada orang nak bagi ganjaran, depa ni jadi bersemangat. walaupun bukannya dapat banyak sangat pon.. 1A = RM10. 9A = RM100. aku up lagi RM10 bagi yg dapat straight A's.. wahhh.. berbaloi-baloi...

untuk pengetahuan semua, aku ada seorang adik dan 2orang anak buah yang amik PMR. kalau ketiga-tiganya dapat 9A, maka tamatlah riwayat RM300... huhuhu... matilamakweiii... walaupun bunyi macam agak kurang ikhlas, tapi sememangnya aku ikhlas bangat sih...

masa aku amik PMR dulu takde la plak orang nak bagi aku ganjaran. kalo tak dah comfirm aku dapat straight A's.. macam la aku pandai sangat... hahaha... nak dapat 5A pun dah pecah otak... (padahal aku tak study pon.. hehehe)

jadi untuk adik hafizul, nurul shafiqah dan amirul asyraf... sila tuntut ganjaran anda... kalau lewat dituntut, kira hangus je la... hahaha... semoga anda semua berjaya selamanya...

Thursday, November 4, 2010

kisah aku dan firefly


aku memang jarang2 la naik belon (kapalterbang).. tapi bukan tak pernah ye.. ada la 2-3 kali naik sebelum ni. Mas sekali, AirAsia pun sekali.. pi sabah dan sarawak..

so, kali ni aku nak naik firefly plak. aku ada bengkel MARRIS kat Kuala Terengganu. MARRIS tu adalah singkatan daripada perkataan Malaysian Road Record In System (betul ke ni?).. ingat2 lupa lak.. yang betul2 mastermind pasal MARRIS ni adalah En.Arif (lelaki berbaju putih dalam gambar). aku hanyalah menjadi pembantu dia.. hahaha.. aku pi bercuti je sebenarnya.. (jangan bagitau bos).. ssshhttt...
sebenarnya En.Arif la yang pilih nak naik firefly ni.. katanya nak try naik firefly plak.. aku ok je.. aku cakap kat dia,

"arip, ok gak naik firefly.. kot2 la pramugari dia cun.. airasia punya tak cun la.."

hahaha.. pilih firefly untuk pramugari yg cun... "ku ingin terbang, tinggi di awan, bersama bintang bersama bulan"... penerbangan dijadualkan pukul 2.50 ptg.. so aku dan arif dah tunggu awal la.. takmau la terlepas plak.. bila sampai pukul 2.50, tak naik2 lagi.. ape citer ni?? delay ka?? tidakkk...

dah pukul 3.10, masih belum ada berita.. pastu ada la pengumuman kata delay kul 5.30 ptg plak.. cis.. dekat 3 jam delay weiii... ape cer... ceh.. "sumpah takmau naik firefly dah.." kata en.arif.. nasib baik dapat makan free kat kopitiam.. hehe..
masa tengah makan kat kopitiam, dapat plak mesej kata flight kul 4.10 ptg... masa tu dah pukul 4 ptg.. gila apa??? so, terkejar2 la aku ngn arif nak pi tempat naik flight.. habiskan air cepat2.. elok dah keluar dari kopitiam je, dapat balik mesej kata flight kul 6.10 ptg plak... mengooonggg tul firefly.. terus update status facebook,

"firefly ni nk kena fire ni.. firefox betul.."

Dato' N masih mampu tersenyum walaupun kecewa dengan perkhidmatan yg disediakan dan kecewa kerana tiada pramugari yg cantik macam dalam awan dania..

masa dalam firefly, tengok la kat pramugari dia.. en.arif pun berkata..

"ceh, tak macam awan dania pun naim.. muka macam tapir je.."

memang tak cun pun pramugari dia.. hahaha... satu benda yang aku agak teruja adalah, pilot yg membawa kapalterbang yg aku naik ni adalah seorang wanita melayu islam dan bertudung.. memang salute.. walaupun sebenarnya terdapat sedikit perasaan takut sebab dia boleh buat aksi mengelak pothole masa kat landasan... (pothole adalah lubang kat jalanraya)
hahaha...

itulah pengalaman Dato' N bersama FIREFOXXXX...

Monday, October 25, 2010

Siapa Ahmad Rifai???




Kelmarin,

masa tengah duk tengok TV sambil bermain Footbal Manager 2010 di Laptop HP dan bermain FB di NoteBook Datin (tamaknya, dah la tgk tv, main game, FB lagi.. semua dia nak), tetiba ada sorang awek indon call..

"hello, boleh saya cakap dengan Ahmad Rifai?"awek indon

"Ahmad Rifai?? sapa Ahmad Rifai?? Salah Nombor ni.."aku

"oo.. enggak ada yang nama Ahmad Rifai ya??"awek indon

"salah nombor ni.. Ahmad Rifai tak dak.. Ahmad DURRAH ada.."aku sambil gelak..

"oo.. maaf ya, nombornya betul orangnya salah.."awek indon terus letak tepon..

ceh, sapa plak Ahmad Rifai ni.. tetiba plak aku jadi Ahmad Durrah.. haha..
semalam dapat plak mesej dari awek indon tu lagi..

"Hai Ahmad Rifai, watpe?"

ceh...naik tensen plak aku... Aku AHMAD DURRAH la!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...