Pages

Showing posts with label dato' dan datin. Show all posts
Showing posts with label dato' dan datin. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Februari bulan istimewa?

Februari datang lagi.

Apa yang ada pada Februari? Tarikh-tarikh istimewa?
Mungkin ramai pasangan kekasih menantikan kedatangan 14 Februari yang dinobatkan sebagai Hari Kekasih. Tapi bagi seorang Muslim, tidak perlu menyambut hari tersebut yang jelas bertentangan dengan agama. Selalunya yang beria-ia ingin menyambut Hari Kekasih ni adalah golongan wanita. Mereka mengharapkan pasangan mereka akan meluahkan isi hati dan mungkin melamar mereka pada hari tersebut. Orang lelaki biasa-biasa je. Apa barang Hari Kekasih ni. Malas nak ambil tahu.

Bagi peminat-peminat bola sepak pula pasti menantikan Februari 2013 ni dengan penuh debaran. Banyak perlawanan-perlawanan penting akan berlangsung pada bulan ini. Makan Bola, Tidur Bola, semuanya Bola. Tak perlu nak kecoh-kecoh sangat la. Manchester United pasti Juara. Glory-glory ManUnited.

Okey, bagi aku Februari ni lain sikit. Bulan istimewa. Kenapa? Bulan ni adalah bulan kelahiran isteri tercinta. Pastinya tarikh 13 Februari ditunggu-tunggu dengan penuh harapan. Apa yang perlu aku lakukan? Kejutan? Kejutan apa? Macam mana? Bila? Boleh naik pening jugak nak fikir. Perlu ke aku buat kejutan? Atau hanya sekadar sambutan sederhana. Hanya kami berdua. Takkan la aku nak buat Besday Party pula. Haha.
 
Apa-apa pun, aku harap Februari ni akan memberikan kebahagiaan kepada si dia dan juga aku. Bila dia bahagia, pasti hidupku ceria.

Selamat Hari Lahir buat Isteri Tercinta


Friday, October 5, 2012

Happy 4th Anniversary

Salam,

Sedar tidak sedar dah 4 tahun aku melayari hidup berumah tangga. Terasa masa berlalu terlalu pantas. Pantas sehinggakan tak sempat untuk aku mengejarnya. Banyak yang aku pelajari dalam kehidupan rumah tangga ni. Hanya bagi mereka yang telah mengalaminya yang tahu pahit manis hidup bersama keluarga sendiri. Yang pastinya, aku bahagia dengan kehidupan ini walaupun kurasakan belum cukup sempurna.

Semalam tanggal 4 Oktober 2012, genap 4 tahun aku dan isteri hidup bersama. Kalau diikutkan dah 10 tahun kami saling mengenali. Sejak dari zaman belajar di KYPM Kota Bharu. Kenangan bersama tidak akan aku lupakan.

So, semalam kami sambut hari bermakna ni di Restoran Horizon Garden Seri Bangi. Sambutan yang ala kadar sahaja. Cuma makan-makan dalam mood yang romantik. Tapi takde la sampai candle light dinner.
 
 
Sesi bergambar wajib sebelum makan.

Di depan Restoran.

 
Ini je la menu ringkas yang kami makan. 

Semoga perhubungan yang suci ini kekal sehingga ke dalam syurga Ilahi. Amiin..

Friday, February 10, 2012

Rumah kena pecah

Salam.

Rumah aku kena pecah masuk masa cuti minggu lepas. Aku balik kampung kat Selama Perak, si celaka2 ni berdatukmaharajalela plak kat rumah aku. Aku beli rumah ni untuk aku suka2 hati, tapi diorang suka2 hati buat rumah ni macam diorang yang beli. Lahanat tul pencuri tarbus ni.

Apa yang hilang?
Pencuri ni tak dapat cari barang2 kemas bini aku. Atas kebijaksanaan seorang isteri menyorokkan barang kemasnya, maka terselamatlah ia. Apasal la bini aku tak sorokkan TV tu sekali? Kalau tak, takde la hilang TV 2 bijik. TV murah kat dapur dia takmau curi. Dia baham TV besar2 je.

Hei si pencuri.
Aku sumpah kau jadi TV 50inci setiap seorang sebagai ganti TV aku yg korang curi tu.

*kalau hukum hudud dijalankan di negara ni, mungkin akan berkurangan kes2 kecurian ni.

Wednesday, October 5, 2011

Happy 3rd anniversary

4 oktober 2008. Tarikh yg menyatukan kami berdua.

Semalam 4 oktober 2011. Genap 3 tahun aku dan isteri mengharungi hidup bersama. Semoga perhubungan suci ini kekal hingga ke akhir hayat. Amiinn.

Monday, August 8, 2011

Eat, Pray, Love

Semalam, Hari Ahad minggu pertama Ramadhan. Bangun tidur dah tengahari. Biasalah hari minggu. Tidur mau lebih. InsyaAllah aku akan berubah. huhu.

Sememangnya Datin akan menonton Melodi pada hari Ahad. Sementara menunggu si suami bangun tidur. Teruk tul si suami. Bila nampak je aku turun, Datin terus berbicara. "Aduh, peningnya duduk lama-lama dalam rumah ni... Jom keluar." Haha..ayat nak ajak keluar jalan-jalan memang ada klass.

So, hari ni mau ke mana? KLCC? Tidak! Aku sudah muak dengan KLCC. Sejak zaman bercinta asyik ke KLCC. Aku sudah bosan. Jauh sangat la KLCC.. The Mines. Ok, setuju. Sambil aku angguk2 kepala dan senyum. Nak beli 'tetikus tanpa wayar' kata Datin. Katanya 'tetikus tanpa wayar' boleh membuatkan laptopnya jadi pantas. Aku setuju sahaja.

Jadi, kami ke The Mines. Tidaklah terlalu jauh dari rumah. Mengambil masa 15 minit sahaja. Dekat. Aku suka. Jalan-jalan dalam The Mines dari jam 3 hingga jam 6. Setelah mendapatkan 'tetikus tanpa wayar', kami pun keluar. Perlu mencari tempat untuk berbuka puasa. Dan pilihan Datin adalah Chop N Steak Sri Serdang. Aku setuju juga. Aku tidak cerewet tentang makanan. Asal boleh, semua aku sebat.

Selepas membuat tempahan, aku ajak Datin ke Bazar Ramadhan Serdang. Mencari murtabak sedap. Bazar Serdang sudah tidak semeriah tahun2 sebelum ini. Agak kurang peniaga di sini. Mungkin peniaga semua sudah lari ke Bazar Putrajaya dan Bazar Bangi. Di sana lebih meriah. Mungkin.

Selepas kenyang menikmati Chicken Chop dan Chicken Rice Sizzling, kami mula merancang tempat untuk menunaikan Solat Maghrib, Isya' dan Terawih. Dan semestinya Masjid UPM menjadi pilihan. Menunaikan Solat Terawih 8 rakaat. Keberatan untuk meneruskan hingga 20 rakaat.

Pulang ke rumah sebelum jam 10 untuk menonton Perlawanan Bola Sepak. Man United lawan Man City.

Friday, July 15, 2011

Blog Datin Terhebat.

Semalam.

Buka blog Datin. Wajah Rahsia Hati.

Dah semakin ramai Follower.

Dah lebih dari blog aku.

Datin senyum lebar sambil membuat muka riak. haha..

Comel sangat.

Wednesday, July 13, 2011

Teka-teki

Teka-teki teka tekuk,
Ular mati dalam mangkuk.

haha.. ni la teka-teki paling femes masa kecik2 dulu. Walaupun semua orang dah tau jawapannya, tapi teka-teki ni tetap femes. haha..

Aku memang suka dengar teka-teka. Boleh menguji minda. Berfikir di luar kotak. Berfikir melangkaui kemampuan otak. Berfikir secara kreatif. Tapi kalau jawapannya tak masuk akal, memang menyakitkan hati. Setiap teka-teki mesti ada jawapannya. Kalau yang jenis suka bagi teka-teki, lepas tu taknak bagi jawapan, memang menyampah. Baik kau tak payah bagi teka-teki kalau jawapannya adalah rahsia. Punya la penat orang duk fikir jawapan, lepas tu kau kata jawapan dia semua salah, dan kau tak pulak nak bagi jawapan yang betul. Memang kau ni sangat menyakitkan hati.

Ok, kenapa aku keluarkan entri pasal teka-teki. Sebabnya aku memang ada satu teka-teki yang sedang bermain di fikiran. Aku memang tak boleh tenang selagi tak tau jawapan daripada teka-teki ni. Jadi aku akan membuat tanggapan bahawa jawapan yang aku berikan adalah betul dan menggembirakan aku. Tapi ianya tetap hanya satu tanggapan selagi tidak dibuktikan.

Jadi, harap2 boleh dapat tau jawapan daripada teka-teki ni. Biarpun jawapannya adalah lain dari tanggapan aku, aku akan terima.

Apa teka-tekinya?? haha.. rahsia.. sakit hati tak?

Thursday, June 30, 2011

Pasar Malam

4.00 ptg.

Dato': Malam ni nak makan apa?
Datin: Takpe, hari ni balik awal. Boleh pergi Pasar Malam kat Seksyen 7. Nanti beli je la..
Dato': Ok, ape2 pun boleh..

Nasib baik datin tak ajak aku pi pasar malam. hehe

5.15 ptg.

Datin: Abang, pasar malam baru bukak la. takde ape2 lagi. Awal sangat.
Dato': ye ke?
Datin: A'ah, nanti la tunggu abang balik kita pergi sama-sama.

huhu..

Saturday, June 25, 2011

Bihun Sup Usahawan Muda vs. Burger Otai vs. Burger Mc.D

Balik dari Karnival Usahawan SMK Perimbun. Menyokong aktiviti sekolah Datin. Makan Bihun Sup dalam mangkuk kecil dibeli di gerai Usahawan Muda. Mangkuk kecil. Nak beli Nasi + Sambal + Ayam Goreng, tapi ramai sangat orang. Ayam tengah goreng 'Pakcik'. Aku dipanggil 'Pakcik'. huh!! Lapar lagi ni.

Datin sangat cantik.
Balik rumah dengan perut masih lapar.
Niat hati nak beli burger Otai depan Anugerah Cafe. Tapi terbeli Burger McD di seberang jalan. Juga Ayam Goreng McD utk Datin dan MJ. Ayam sorang seketul je. Budget RM2.80 dah jadi RM18.00.

Sekarang sedang makan Burger McD depan TV sambil baca buku Catatan Nizam Sani. Kelakar.
Buku kecil sangat. Macam buku Hutang 555

Thursday, June 9, 2011

Permaisuri sudah pulang.

Bangun pagi,
Pasti ada orang di sebelah.

Baju kerja,
Sudah siap digantung tepi pintu.

Sarapan pagi,
Siap dalam bekas Tupperwere.

Pergi kerja,
Ada orang melambai di pintu.

Bakul baju kotor,
Pasti akan kosong semula.

Ruang tamu,
Kemas kembali.

Pulang kerja,
Ada orang menunggu.

Nasi Kukus,
Selamat tinggal.

Nasi 'towednesday',
Sayonara.

Daging goreng, Tomyam ayam,
Menjadi santapan malam.

Nora Elena,
Menonton berdua.

Maharaja Lawak,
Ketawa bersama.

Permaisuri sudah pulang,
Berdua kan lebih baik...


Wednesday, May 11, 2011

mak datin dan anak ikan

salam semua,

orang kata, kalau berbelanja kenalah berhemah.
membeli biar yang perlu, jangan ikut nafsu.
kalau tak perlu, jangan beli.

beberapa hari yang lepas aku telah berbelanja. agak besar perbelanjaannya.
beli apa dato' harimau? beli telefon bimbit.
kenapa panggil telefon bimbit ha?

wei dato', bukan ke kau baru je beli henpon hujung tahun lepas?
eh, ye ke? hujung tahun ke? bukan ke dah lama tak beli henpon?

hehe..
bukannya sengaja aku nak membeli henpon baru. henpon lama dah rosak la..
masuk air. bateri kong kong. tukar je la bateri baru. kohkoh..

atas jasa baik seorang mak datin yg sanggup memayung aku.
aku ni kira macam anak ikan mak datin ni la. opss...
terima kasih datin hajah muja atas hadiah harijadi tu. haha..

jasamu akan dikenang.

kata2 keramat datin: "nanti bagi hadiah harijadi kat sayang plak ye. warna putih."

kau ado?

henpon dah best, tapi tak reti guna. ape kes?

Sunday, May 1, 2011

Bila si dia tengok TV


dengan semangatnya nak sangat tengok citer Lake Placid.

dengan semangatnya tercongok di depan TV.

bila nak keluar buaya yg ganas ni.

menunggu penuh debaran.

terus menunggu setiap babak.

bila adegan terkejut.. dia menjerit!!!

bila ada benda jatuh.. dia menjerit!!!

bila orang jatuh sampan.. dia menjerit!!!

bila buaya pemangsa tiba.. dia tutup muka dan menjerit!!!

sampai habis cerita pun dia tak dapat tengok buaya..

kata-kata keramat si dia, "takde keja lain ke nak main kat tempat tu, pergi la tempat lain. pergi la Rantau Panjang ke, KB Mall ke, Wakaf Che yeh ke.."

Wednesday, April 20, 2011

HAJJAH MUJA

cikgu: kumar, tolong hantar buku ni kat meja cikgu dalam bilik guru.

kumar: baik cikgu.

cikgu: awak tau tak nama saya?

kumar: hehe, tatau cikgu. saya tatau.

cikgu: nama saya Cikgu Mujahadah. M.U.J.A.H.A.D.A.H. cuba sebut.

kumar: MUJAHADAH. ok cikgu.

cikgu: masuk bilik guru, tanya tempat cikgu MUJAHADAH. sebut sekali lagi.

kumar: MUJAHADAH. ok cikgu, senang. boleh punya.

sampai je kat bilik guru,

kumar: tempat cikgu HAJJAH MUJA mana???

cikgu hajjah muja dan muridnya.

Tuesday, March 29, 2011

asmara Dato' dan Datin


kisah dato' dan datin semasa menonton Asmara 2.
****************************************************

Melati : macam mana hari pertama di pejabat?
Asmara : saya ok je. tapi Ikram tu macam tak berapa ok je. saya rasa dia tak suka dekat saya la..
****************************************************

Datin : tengok tu, isteri dia tanya je, banyak di cerita. macam2 dia nak cerita kat isteri dia.
Dato' : Abg pun cerita jugak la. try tanya..
Datin : macam mana kat pejabat?
Dato' : saya ok je. tapi Ikram tu macam tak berapa ok je. saya rasa dia tak suka dekat saya la.. (tiru dialog asmara)
Datin : huhu..

Lelaki memang kurang bercerita. betul kan???

Monday, February 14, 2011

happy besday to u..


selamat hari lahir diucapkan kepada datin.. 13 februari 2011.

00.07 : kelewatan aku mengucapkan happy besday telah mengundang kemuncungan di bibir manis datin.

tapi segalanya telah ditebus dengan sebiji kek secret recipe. hehe..

semoga datin sentiasa diberikan kehidupan yang bahagia..

iloveu...

Monday, February 7, 2011

aku suka cuti tahun baru cina, tapi aku tak suka Genting Sempah

haha.. assalamualaikum..

selamat tahun baru cina kepada semua.. tahun baru cina, mesti cuti 2 hari. banyak suka. lagi suka bila cuti jatuh pada hari khamis dan jumaat. selasa pula hari wilayah. dan semestinya rabu wajib mengambil cuti. supaya dapatlah aku bercuti panjang. dan seperti tahun2 sebelumnya, tahun baru cina dato' dan datin akan bercuti di Kelantan.. hari isnin lagi kami dah meninggalkan bandar baru bangi.. haha.. seronotnya cuti...

siapa yang tak suka bila dapat peluang cuti panjang.. cina punya raya, melayu cuti panjang.. haha.. memang best.. bagi orang yang malas bekerja.. balik seawal hari isnin memang tidak mendatangkan sebarang masalah semasa perjalanan pulang ke kelantan.. perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan..

mengharungi percutian di kelantan bukan sesuatu yang mudah.. sangat mencabar.. setiap hari ada sahaja program yang diatur. kenduri kendara adalah agenda utama. membeli-belah agenda sampingan yang menjadi kewajipan. berada di kelantan tidak banyak bezanya dengan kuala lumpur. bandar pasir mas dan kota bharu sentiasa sesak dengan manusia yang pulang ke kampung halaman. SESAK tetap diharungi bersama keluarga.. inilah masa yang harus digunakan sepenuhnya bersama keluarga.. bila dah balik KL, dah berjauhan dengan ahli keluarga..

keseronokan bercuti berakhir bila AHAD menjelma.. biasalah, kena balik ke KL semula. dan perjalanan yang lebih MENCABAR perlu dihadapi. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebihkurang 7 jam, telah berganda. memang memeritkan bila terpaksa berada di jalanraya selama 15jam. aku bertolak dari kelantan jam 12 tengahari dan tiba di bangi jam 3.30pagi. memang perit. aku benci hentian GENTING SEMPAH.. penyebab kepada kesesakan yang amat teruk. perjalanan di KARAK sahaja memakan masa hampir 4jam disebabkan kesesakan yang berlaku di Genting Sempah. selepas sahaja hentian genting sempah, perjalanan menjadi sangatlah lancar.. genting sempah memang menyakitkan hati..


bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi..

Tuesday, December 21, 2010

saya yang menurut perintah



petang tadi aku pi ke bahagian sumber manusia, cawangan pengurusan koprat. mencuba nasib. mana la tau, boleh adjust balik pasal penempatan aku ni.

ok, ramai jugak yang tertanya-tanya pasal penempatan aku ni.. huhu.. aku ditempatkan di kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT). mula2 tu aku ingat kena kat HQ KPKT Damansara. rupa2nya aku ditempatkan di KPKT Ipoh. memang aku terkejut tak terkata apa. terus call Datin..

ok, sambung balik pasal petang tadi. aku jumpa dengan En. Hashim Buyu, Ketua Penolong Pengarah J52. aku pun bincang la pasal kesulitan aku untuk ditempatkan di KPKT Ipoh. Jawapannya negatif. sebab, penempatan tu semuanya adalah urusan KPKT. JKR hanya memberi penempatan di KPKT. KPKT yang menempatkan pegawai2 yang baru melapor diri. ceh.. sedih plak..

usaha telah dilakukan.. beberapa komen dan nasihat yang aku terima dari kawan2 seperjuangan..

"terima je la mana yg dia bagi, mungkin inilah tempat yang terbaik untuk kita." positif

"ni lantikan pertama kau. baik kau terima je.. takkan awal2 dah nak demand." positif

"jadi kader ni tak best la, kau mesti ketinggalan nanti." negatif

huh.. bagi aku bukanlah aku nak memilih pasal kerja ni. tapi aku memikirkan pasal kehidupan kekeluargaan aku. aku di Ipoh, Datin plak kat KL. wiken husband and wife.. memang sedih..

tapi perkara macam ni dah memang menjadi kebiasaan pada masa sekarang ni. memang dah tak pelik dah. tapi tetap pelik bagi aku.. mungkin inilah takdirnya..

"Tuhan tarik SATU nikmat hambaNya, untuk berikan SERIBU rahmat yang lain.."

saya yang menurut perintah..

aku dapat jawatan tetap.. yes.. aku kena transfer ke tempat lain.. NO..NO..NO..NO..


unhappy hour...
sekarang dah sampai masa bersedih..
sebabnya??
huh.. memang sedih... PINDAH..

gambar di atas..
botol tu adalah air 100+ ok..

aku sedih sekarang ni..
datin pun sedih..
bila cakap ngn datin pasal benda ni..
dah jadi double sedih..

arrrgghh...
tapi bila difikirkan balik,
memang hidup manusia ni ada masa bersedih..
bukan untuk bersuka sahaja..

tapi aku tak suka masalah..
kesian kat datin..
bila dia sedih, aku memang tersangatlah sedih..
aku tak boleh tengok dia sedih..

macam mana ni???

Tuesday, December 14, 2010

kalau abg kena posting kat negara lain camana


semalam dah lapor diri kat kementerian kerja raya untuk jawatan tetap J41.
tapi pink form belum dapat. penempatan pun belum tau..
memang mendebarkan bila difikirkan tentang penempatan.
adakah aku akan kekal di BSFJ?
adakah aku masih akan kekal di lembah kelang?

semalam sekali lagi aku ulang soalan ni:

"kalau abg kena posting kat negara lain camana?"

"ada ke posting kat negara lain?"

"takde, hehe.."

datin kata kalau dapat posting jauh2 tolak je.. gurauan atau kebenaran?


masih berteka-teki.

Monday, November 29, 2010

seronoknya membeli surat khabar di mid valley




semalam, hari ahad..
aku bawa Datin dan Cik Pura ke Med belley... (mid Valley la...)
aku dah janji nak bawa datin pi mid valley. janji perlu ditunaikan..

3 jam aku di mid valley. dari pukul 4 sampai kul 7.
aku hanya sekadar mengikut. tiada nafsu membeli-belah..
datin bukan main suka lagi... kejap ke sana, kejap ke sini..
aku hanya memerhati..

niat datang ke mid valley untuk tukar RM ke Rupiah..
katanya berbaloi tukar di mid valley..

dalam perjalanan ke tempat parking kereta:

"beli ape kat mid valley?" aku.

"beli surat khabar. Metro, Kosmo dan BH." jawab datin..

"seronoknya membeli surat khabar di mid valley..." dalam hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...