Kita Ibarat Pinggan
Andaikan
3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang
beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut
dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun
terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan
asalnya..
Individu kedua pula
memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak
berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian
barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu
ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..
Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan
kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain
menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua
halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan
bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan
Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu
syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor
dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka
sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita
kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt
dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk
menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya,
ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
No comments:
Post a Comment