Pages

Thursday, February 9, 2012

ayahku kahwin lagi

Sejak kebelakangan ini, lagu "Ayahku kahwin lagi" memang asyik bermain-main dalam kepala aku ni. Sape yang nyanyi lagu ni pun aku tak tahu.

Huh..memang ayah dah kahwin lagi. Selepas 5 bulan pemergian mak. Semoga ayah bahagia di samping isteri barunya. Ayah kahwin dengan seorang janda anak sepuluh. Jadi sekarang ni anak ayah dah ada 20 orang. 10 anak kandung, 10 anak tiri. Pening kepala bila difikirkan.

Kalau diberi peluang untuk menyatakan pendapat kepada ayah, memang semua anak2 ayah tidak akan bersetuju dengan keputusan ayah. Bukan tak bagi ayah kahwin lagi, tapi memikirkan beban yang ayah perlu tanggung selepas dia berkahwin dengan makcik beranak sepuluh ni.

Tapi, jodoh di tangan Allah. Ayah telah selamat diijab kabulkan dengan isteri barunya. Semoga ayah bahagia dengan pilihan yang dibuat. Kami anak2 hanya boleh berdoa demi kebahagiaan ayah. Harap makcik baru dapat jaga ayah dengan baik.

*sedih sangat bila teringatkan arwah mak.

5 comments:

  1. hahahaha... lawak plak aku baca hang ni tulis mcm ni.... anyway, ko dah ada mak baru.. selamat berbahagia juga :)

    ReplyDelete
  2. tiba-tiba terasa nk komen. sedih bila memikirkan ayh yg baru kehilangan isteri telah menemui pengganti, tp itulah nmnya jodoh. Aku rs kalau perkara yg sm terjadi pd kami, mebi kami yg 3 beradik ni pun mst tak setuju, tp alhmdulillah sehingga hari ini, setelah 2 tahun lebih pemergian mak, ayah masih memilih utk hidup sendiri.

    ReplyDelete
  3. syed- ni bukan lawak. ni betul2 kejadian la. haha.

    ReplyDelete
  4. idok le... mmg riso kalau ayah ko ni kawen lagi... tapi dah hidup dia, bior la dia... korg doakan la yg terbaik... mcm dlm drama tu byk sgt konspirasi... tapi sapa yg kenen2 kan ayah hang ni???? konpius aku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...