Semakin hari semakin serabut. Aku senyum, tapi dalamnya sangat pahit. Aku ketawa, tapi dalamnya ada tangisan.
Aku semakin serabut hari demi hari. Jiwa rasa bercelaru. Hati cepat terasa. Dalam hati ada taman. Sangat sensitif. Bila terkenangkan Emak.
Ya, Emak. Dah masuk hari ke-6 emak di ICU Hospital Taiping. Rasa sebak sentiasa bermain dalam hati. Bila dilayan pasti tidak dapat dibendung. Aku sebak.
Sejak Hari Jumaat lepas lagi emak dimasukkan ke ICU Hospital Taiping. Ramadhan mak tanpa sedar. Ramadhan mak dengan kesakitan. Aku nampak kesakitan mak. Aku dapat rasa di setiap tubuh mak. Kesakitan. Dan ia mengalir ke setiap salur darahku.
Aku sempat bersama mak ketika dia masih sedar pada hari Jumaat. Sebelum dia dimasukkan ke ICU. Mak masih boleh bercakap. Masih masih mampu tersenyum. Aku mohon ampun pada mak kerana lambat pulang. Sambil tangisan yang tidak dapat aku bendung. Aku sakit melihat keadaan mak. Mak hanya tersenyum.
Sehinggalah mak ditidurkan. Diberikan bantuan pernafasan. Semakin sebak.
Ya Allah, Kau ringankanlah kesakitan yang mak alami. Ringankanlah ujian-Mu ini Ya Allah. Semoga mak kembali ceria. Seperti dahulu.
mak ang sakit apa? tadi pun aku tgk pic kat fesbuk ayah mawardi pun byk wayar masuk badan. kesian nye. tak pe naim, ada masa pi la melawat. puas hati.
ReplyDeleteok, semoga mak hang cepat sembuh.