Hari ni lain dari hari2 sebelumnya. aku bangun awal. mak dah kejut aku bangun awal pagi. sama pagi dengan abang mat yang nak pergi sekolah. sama awal dengan kak norli yang nak pergi sekolah. memang hari yang lain dari sebelum ni. dan perasaan aku juga terasa kelainan itu.
sejurus selepas mandi, aku memakai pakaian yang mak sediakan. kenapa aku tak pakai baju sama macam abg mat. kenapa tiada pakai seragam sekolah? aku hanya memakai pakaian biasa yang aku pakai harian. agak hampa. setelah siap berpakaian, mak menyambil sisir dan menyisir rapi rambutku ke tepi. kemas. "pergi tunggu tokwan kat depan." kata mak selepas menyapukan bedak ke mukaku. aku menuruti arahan mak sambil menyapu-nyapu muka yang agak keputihan kerana bedak yang tebal.
"mak, kenapa kena tunggu tokwan? ayah mana?" soalku. mak berlalu tanpa memberi jawapan. meninggalkan aku di tangga depan rumah. aku mencari jawapan sendiri. ayah awal2 pagi lagi dah keluar berniaga ikan. aku menunggu sambil menongkat dagu. mana tokwan.
5 minit menunggu, tokwan pun sampai dengan motor buruknya. aku pun bersalaman dengan mak dan mencium tangannya. dengan perlahan aku memanjat naik motor tokwan. tak sampai. mak mengangkat aku dan diletakkan di belakang tokwan. peluk tokwan. aku sayang tokwan. tokwan selalu tersenyum. seperti juga aku.
"mak, pi mak, assalamualaikum.."
aku ke tadika islam. kenapa aku tidak ke tadika yang sama dengan abg mat? abg mat belajar di tadika kemas semasa dia berumur 6 tahun. kenapa aku tidak dihantar ke situ. mungkin aku tidak cukup bijak, fikirku. di tadika islam tiada permainan. serba kekurangan. pelajar yang ada pun sangat sedikit. mungkin 10 orang. kawan2 setadika denganku yang masih kuingat adalah Paeh, Juki, Lan, Farid Abdullah, amen dan syuar. Pain anak Pakcik syukur hanya sekejap di tadika islam. Lepas kejadian aku kejar dia di tadika islam, dia terus lari ke tadika kemas yang terletak tidak jauh dari situ. dan dia kekal di situ.
di tadika islam tiada permainan. agak bosan. waktu rehat kami hanya diberikan sebiji bola untuk bermain. berkejaran kami bermain bola hingga ke tengah jalan. belajar menulis jawi. tiada belajar menulis rumi. belajar membaca Muqaddam, tiada cerita dongeng dari guru2. hanya dibekalkan pensil kontot. sebatang pensil yang dipatah 3. mewarna menggunakan warna lilin. tiada pensil warna Luna. aku memandang sepi ke arah rakan2 sebaya yang belajar di tadika kemas. mereka bermain riang di taman permainan. ada jongkang-jongkit, ada buaian dan ada papan gelongsor. aku ingin berada di situ. kenapa aku dihantar ke sini.
kenapa aku di tadika Islam?
kerana ayah mahu aku faham Islam sejak kecil.
ada hikmahnya berada di Tadika Islam. mungkin sbb mendapat pendidikan awal di tadika islam lah mengukuhkan ilmu di dada..sampai ke bsr menjaga solat dll perkara yg wajib dlm agama. tadika islam atau kemas sama saja. cuma naluri waktu itu pasti cemburu melihat kwn2 seangkatan mendapat sst yg lbh baik. tp xpelaaa, sampai ke bsr abg mendapat segala yg terbaik..mungkin lbh baik dr apa yg org lain dpt waktu dulu...dulu nak x dpt, skrg nak apepun insyaAllah dpt..... bersyukurlah dgn apa yg dilalui pd waktu silam. jgn sikitpun berasa ralat. you're the best!!
ReplyDeletetadika islam is the best..mungkin! !
ReplyDeletemungkin kerana islam ! ! haha.
ReplyDelete